Latar Belakang Filem
Kelibat merupakan filem ke 97 terbitan MIG di bawah arahan pengarah Hashim Rejab. Filem bergenre seram ini mengetengahkan elemen yang sering menghantui dan menjadi igauan manusia iaitu kelibat. Kelibat menggabungkan pelakon berpengalaman Fauzi Nawawi, Elly Suriaty dan Ruminah Sidek dan pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Atikah Suhaime, Niezam Zaidi, Shima Anuar dan Fadlan Hazim. Kemunculan pelakon cilik berbakat, adik Nur Qistina menambahkan lagi unsur suspen dalam filem Kelibat ini. Lokasi utama pembikinan filem Kelibat ini adalah di kawasan Hulu Langat.

Sinopsis
Kelibat mengisahkan tentang sebuah keluarga, Kamal (Fauzi Nawawi), Kalin (Elly Suriaty) dan tiga orang anak mereka, Azahari (Niezam Zaidi), Azalia (Atikah Suhaime) dan Azmira (Nur Qistina) terpaksa berpindah dari rumah mereka. Ini kerana Kamal telah jatuh muflis menyebabkan rumah banglo mereka dilelong dan asetnya dibekukan. Lebih parah lagi apabila Kamal terikat dengan pinjaman ah long yang membuatkan Kamal tekad membawa keluarga mereka jauh dari kota. Kamal telah menyewa sebuah resort tidak berpenghuni yang dijaga oleh Ruminah Sidek (Mak Mah) dan cucunya Linda (Shima Anuar). Kamal tidak memberitahu dan berbincang dengan isteri dan anak-anaknya tentang perpindahan ini menyebabkan mereka memberontak. Lebih parah lagi apabila mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah jatuh miskin.
Apa kesudahan kehidupan keluarga ini? Dapatkah Kamal menenangkan keluarga mereka daripada terus memberontak atau sebaliknya? Apakah tindakan Kamal selanjutnya untuk menyelamatkan keluarga mereka? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Kelibat yang sudah di pawagam bermula 6 November 2014.

Komen Penulis
Filem ini sepatutnya mudah untuk difahami seperti ringkasnya tajuk filem ini, Kelibat. Malangnya filem ini agak berat sehingga terpaksa membuat penonton berfikir dan membuat andaian sendiri sehingga akhirnya penonton sukar untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan. Penggabungan scene antara semasa mereka hidup dan mati juga tidak jelas dan mengelirukan penonton. Walaubagaimanapun, watak yang dibawa oleh pelakon muda yang sedang meningkat naik ini harus dipuji kerana mereka berjaya membawa watak anak yang sangat menyakitkan hati. Terasa tercabarnya diri ini jika menjadi ibu bapa kepada mereka berdua. Begitu juga pelakon cilik, beliau berjaya menaikkan unsur seram dalam filem ini. DN berikan 2/5 untuk filem Kelibat ini.
Trailer
Koleksi Gambar

Saksikan Kelibat di pawagam berhampiran bermula 6 November 2014 ini.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
ala..seramnya gmbr yg bawah tu
ReplyDeleteTengok gambar pun dah menyeramkan, apa lagi kalau pi tengok cita ni.tak mo la..haha
ReplyDeletewaaaahhh.... banyak pelakon hantu ni.. hehehe.. tapi kalau penceritaan yang berat, macam berat aje.. hehehe
ReplyDeletekalau movie genre macam ni..tengok malam2 baru syok...tapi kalau jalan ceritanya berat...macam berat je nak tengok...huhu
ReplyDeletetak abis lagi rupanya musim filem seram di malaysia rupanya
ReplyDeletePatut la DN macam bising2 je masa tgk filem ini...
ReplyDeleteGanggu tumpuan Bro buat2 usha hp je wakti itu
Nampaknya masih banyak lagi koleksi kisah filem yang dalam genre seram yea.... kena cari formula lain pulak...
ReplyDeletetak nak tgok..akak ni penakut..kang ada yang x tido malam kang,...
ReplyDeleteDah macam cerita zombie orang putih. Jadi musim zombie di Malaysia pula ya
ReplyDeleteseram nyer..sefamily rupe nyer momox...hhhehheheheee
ReplyDelete@widahihihi.. make up je tu wida... :D
ReplyDelete@Noriza MiracleVitamins hahaha... kalau takut baik jgn pergi. Xbalik nanti.. :p
ReplyDelete@KiD itulah.. nak kena duduk, kaji, tengok betul2 baru faham....
ReplyDelete@Ezad Skytech hahaha... ezad mesti xsuka cerita mcm ni kan.. :D
ReplyDelete@blogger lelaki xkan pernah habis.. :)
ReplyDelete@Bro Framestoneeleh.. takut lettew.. :p
ReplyDelete@hazmanfadzil filem MIG berderet dah senarai utk ditayangkan.. lepas ni pasti genre berbeza pula.. :)
ReplyDelete@Amanda Suria sampai mcm tu sekali? Ok, baik jgn tengok...
ReplyDelete@Mazni Azmi xdelah mcm zombi pun... :)
ReplyDelete@Makcik Anak 3 itulah kak.. hihihi...
ReplyDeleteada elly suriati mesti gempak citer ni kan
ReplyDelete@JMRpatutnya mcm tu tp... hmmm...
ReplyDeleteMana ada takut la...
ReplyDeleteKita nie dah la nk drive jauh tengah-tengah malam dan la lalu jalan yang sunyi pula tue..
Nanti tak pasal-pasal je nanti.
@deq noor : haha...bukan tak layan la DN...layan je cerita seram...tapi tak bestnya layan cerita seram ni...orang menjerit2 dalam pawagam bila ada scene terkejut2 ni...potong mood...tunggu keuar kat astro je la...boleh feeling sorang2...takde siapa kacau...hehe
ReplyDelete@Bro Framestone : hehe...saya faham bro...jalan nak masuk tasik puteri tu kan sunyi je malam2...sy pernah balik sorang dari rumah member kat dalam tu...da dekat tengah malam lalu situ...seram juga...hehe
ReplyDeleteDah nonton...dah biasa..sedikit membosankan...watak yg seringkali dilihat..kekuatan filem ini bergantung kepada elly dan fauzi.. Watak dua remaja yg perlu bnyk penambahbaikkan..lakonan yg mengada2 dan x hidup...
ReplyDelete@Bro Framestone takut lettew... :D
ReplyDeletepatutnya mcm tu? maknanya tak gempak sgt le ni ek hehe
ReplyDeletelongchamp
ReplyDeletechristian louboutin shoes
christian louboutin sale
michael kors handbags
pandora uk
rolex watches uk
jordan pas cher
converse shoes
michael kors outlet
kate spade handbags
20161230