
Kunjungan DN ke Restoran Aroma Hijrah kali ke berapa DN tidak pasti tetapi kali ini DN berpeluang ke sini bersama rakan-rakan blogger. DN dan rakan blogger lain dihidangkan dengan set A yang terdiri daripada gabungan ayam dan kambing seperti berikut :-
- 1 Roasted Chicken
- 1 Masywi Chicken
- 1 Roasted Lamb
- 1 Kabsah Lamb
- Salatah & Harrah
Kami juga berpeluang merasai shish taouk (grilled chicken skew) RM12.50 dan lamb skewer RM14.50. Keseluruhan rasa makanan di dalam menu disediakan di sini memang tidak dinafikan sedapnya. Sebab itu DN dan keluarga sering ke sini setiap kali ingin menikmati Nasi Arab. Keenakan Nasi Arab ini ingin DN kongsikan bersama pembaca setia dan diharap Restoran Aroma Hijrah menjadi pilihan jika anda berkunjung ke TTDI Jaya Shah Alam. Jom DN kongsikan suasana di dalam Restoran Aroma Hijrah ini pula.
Suasana yang tenang dengan dekorasi yang menarik ini pasti membuka selera mereka yang berkunjung ke Restoran Aroma Hijrah ini. Jangan terkejut jika DN katakan dekorasi yang unik dan santai ini keseluruhannya adalah idea penuh pemilik Restoran Aroma Hijrah sendiri. Cantik kan... :)
Anda juga boleh memilih untuk duduk bersila di ruang yang disediakan ini. Tujuan ruang yang mempunyai tabir ini disediakan adalah bagi menjaga privacy mereka yang ingin makan dalam keadaan tertutup terutama sekali untuk kaum wanita yang memakai purdah.
Ruang makan yang lebih besar juga disediakan jika ingin menempah tempat yang lebih besar. Restoran Aroma Hijrah juga ada menerima pelbagai tempahan tempat dan makan jika ada yang berminat untuk menempah bagi pelbagai majlis. Restoran Aroma Hijrah turut menawarkan pakej perkahwinan di sini yang boleh memuatkan seramai 500 orang sekali masuk. Menarik bukan. Oleh itu, jika ada yang berminat untuk menikmati nasi arab di Restoran Aroma Hijrah dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang tempahan majlis yang ditawarkan, maklumat restoran ini adalah seperti berikut :-
Restoran Aroma Hijrah
No. 6 - 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Restoran Aroma Hijrah
No. 6 - 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Waktu Operasi :-
Isnin - Khamis : 11.00am - 10.30pm
Jumaat - Ahad / Cuti Umum : 11.00am - 11.00pm
*Tutup semasa solat Jumaat : 1.15pm - 2.00pm
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Fuhh terbaik... terbuka selera tengah2 hari minggu ni tengok.. bole pergi nanti ni. Thanks sharing Deq Noor.. :)
ReplyDelete@Khir Khalid sama2. bawa lah keluarga makan di sini hujung2 minggu ni... :)
ReplyDeleteChef Ammar yang selalu kuar kt tv tu ke? masak dgn hati..hehe
ReplyDeletewah..nasi mandy ni mmg feveret suami wida
Yeahhhh port seterusnya selepas ini :)
ReplyDeleteNak try jus buah nenas asamboi
lama pula rasanya tak makan nasi arab ni...boleh turun shah alam pula nanti terjah sini...hee
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, wahh sedapnya. in shaa Allah, boleh bawa keluarga makan sini pula. hehehe dekat je ni ~~~
ReplyDeletesedap gk ni..nk kn bawak famili in law dtg sini la plak
ReplyDeleteNice... nanti kita plan makan nasi arab port lain kat area shah alam ... DN expert kan ?
ReplyDeletetak nyempat lagi nak ke sini ni..
ReplyDeleteSuami dah janji nak bawa pi makan kat sana, tapi tak tahu la bila yang berkesempatan :)
ReplyDelete@mamawaiz betul lah tu wida... :)
ReplyDelete@Bro Framestone jommmm!! :)
ReplyDelete@Ezad Skytech turun sini roger lah ye...
ReplyDelete@Sheila Salim haaa... tahu pun. bawa lah diorg dtg sini..
ReplyDelete@JMR mmg sedap.. recommended ni tau.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil hahaha... abg man lg expert.. :D
ReplyDelete@JMR sempat2 kan lah ye.. :D
ReplyDelete@Noriza MiracleVitamins tanya lah lagi... lupa kot dia.. :D
ReplyDeletehadoiiiii..terliur sudah...
ReplyDelete@deq noor : hee...alrite DN...lagi pun memang da lama tak makan nasi arab ni...teringin pula...hee
ReplyDeleteassalamualaikum DN...sedap kalau dpt mkn nasi arab ni...:)
ReplyDeletetrue religion jeans outlet
ReplyDeletecoach outlet online
coach factory outlet
nike uk
pandora outlet
kate spade bags
mlb jerseys
adidas nmd r1
ray ban sunglasses discount
nfl jerseys wholesale
170517yueqin