Pizza Hut Jam Packed Pizza Blogger Party

 Lihat sahaja wajah-wajah gembira rakan-rakan blogger di 'Pizza Hut Jam Packed Pizza Blogger Party' ini. Kami semua sangat seronok dapat berkumpul dan sama-sama menikmati pizza terbaru dari Pizza Hut, Jam Packed Pizza. Riuh rendah dibuatnya apabila sekali-sekala aktiviti seperti ini diadakan. Jam Packed Pizza menjadi lebih sedap apabila dapat dinikmati bersama rakan-rakan. 
Sesuai dengan namanya, Jam Packed Pizza padat dengan segala rasa yang diinginkan. Dari sos, inti dan keju 3 rasa pastinya memberikan kenikmatan berganda dalam setiap gigitan. Memang diakui, Jam Packed Pizza ini sangat sedap lebih-lebih lagi apabila 2 lapisan inti disusun bertingkat dengan 2 kelazatan dalam setiap sajian. Lapisan pertama terdiri dari kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dengan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala dan hirisan daging ayam lazat. Piza lapisan bawah pula dilengkapi dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sangat menyelerakan.
Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, rasa dahulu pasti mengakui kesedapan Jam Packed Pizza ini. Kami tidak cukup dengan 1 pizza, 3 pizza kami berjaya habiskan untuk menunjukkan betapa sedapnya Jam Packed Pizza ini.

Jika anda mempunyai instagram, jangan lupa untuk menyertai peraduan selfie yang sedang dijalankan oleh Pizza Hut Malaysia dimana ia sedang berlangsung kini sehingga 25th November 2014 ini. Mereka yang berjaya akan mendapat voucher Pizza Hut bernilai RM50. Apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :

1. Follow instagram @pizzahutmalaysia
2. Upload gambar selfie anda di instagram dengan hashtag #JamPackedSelfie #JamPackedPizza #PizzaHutMalaysia dan tag @pizzahutmalaysia

Mudah bukan? Selamat mencuba menu baru Pizza Hut ini dan selamat berjaya! :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

25 Blue Komen:

  1. tengok korang makan, macam sedap giler je pizza kali ni

    ReplyDelete
  2. wow! menarik ni... pizzahut yang baru meriah...

    ReplyDelete
  3. Meriahnya geng blogger merasa makan pizza beramai2

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan pizza. Lebih lebih lagi yang cheese banyak.

    Wah wah

    ReplyDelete
  5. Memang meriah la time makan dan gambar selfie /wefie masing-masing pun kreatif jugak kan...

    ReplyDelete
  6. @JMR antara byk2 piza, piza ini yg terbaik.. :)

    ReplyDelete
  7. @Mazni Azmi kan... tp tu lah.. try branch lain xsesedap ini. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Ala voucher RM50 je ke?

    Jadi la dari xde pe2 kan

    ReplyDelete
  9. tak berkesempatan lagi nak try pizza baru dari pizza hut ni...kena try ni..nampak sedap je ! hee :D

    ReplyDelete
  10. @JMR : tengok pun da nampak sedap kan bro JMR :D

    ReplyDelete
  11. @KiD : boleh la order delivery lepas ni kan KiD...hee

    ReplyDelete
  12. @Mazni Azmi : kalau extra cheese tu yang heaven bila makan pizza ni..! :D

    ReplyDelete
  13. @hazman fadzil : memang banyak contest selfie sekarang ni kan abg man...sebab dorang tahu tengah trend sekarang ni... :D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum DN, wahh terliur tengok pizza ~~~

    ReplyDelete
  15. @Sheila Salim dah habis pantang tu.. boleh la mkn piza byk2.. :D

    ReplyDelete
  16. @deq noor : belum berkesempatan nak cuba lagi...harap2 ada lagi la promosi jam packed pizza ni...huhu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^