Tempat Shopping Adelaide South Australia

Perempuan dan shopping sangat serasi kan. Siapa yang tidak setuju dengan DN sila tekan pangkah dan baca blog orang lain ye. Keh3! Menghalau nampak. Heee... Jangan lah macam tu. Tak baik tau. Nak duduk lama-lama dekat teratak usang ini sangat-sangat dialu-alukan. Sampai pagi pun tidak apa. Hee...

Kenapa DN kata begitu? Sebabnya setiap kali ke mana-mana semestinya aktiviti shopping tidak pernah tiada di dalam list. Begitulah juga DN semasa ke Adelaide haritu. DN ada pergi ke beberapa tempat untuk shopping. Ke mana? Jom baca perkongsian DN ini. Boleh jadi panduan bila kalian berpeluang menjejakkan kaki ke Adelaide ini.
1. RUNDLE MALL
Rundle Mall yang terletak di Adelaide City merupakan pusat membeli-belah utama disini. Pelbagai barangan dan cenderahati boleh didapati di sini. DN sempat masuk ke beberapa shopping kompleks di Rundle Mall ini. Terlalu banyak shopping kompleks di sini sehingga DN tidak mampu mengiranya dengan mata kasar DN. Ia terletak bersebelahan antara satu sama lain. DN akui tidak mampu untuk masuk ke semua shopping mall yang ada di Rundle Mall ini maka DN masuk mengikut ke mana kaki DN melangkah sahaja.
Di kawasan Glenelg Beach juga terdapat deretan kedai yang boleh disinggahi untuk membeli-belah. DN ada juga memasuki beberapa kedai dan membandingkan harga cenderahati yang ada di sini. Ternyata harganya lebih mahal dari Rundle Mall. Walaupun begitu, tetap ada kedai-kedai yang menawarkan harga yang berpatutan terutama sekali pakaian perempuan.

3. HAIGH'S CHOCOLATE
Haigh's Chocolate merupakan coklat yang sangat terkenal di Australia. DN berpeluang membuat lawatan ke kilang pembuatan coklat ini dan melihat sendiri bagaimana coklat ini dibuat. Malangnya DN tidak dibenarkan mengambil gambar tetapi jika ingin membeli coklat, di sini harganya lebih murah berbanding dengan Haigh's Chocolate yang berada di Rundle Mall dan tempat-tempat lain. Lain-lain gambar semasa DN di kilang Haigh's Chocolate ini boleh dilihat di bawah.
Jika ingin membuat lawatan ke Haigh's Chocolate ini, perlu membuat tempahan dahulu. Ini disebabkan setiap lawatan mempunyai bilangan pelawat yang ditetapkan. Dapat lah merasa coklat percuma di sini. Kalau sedap, boleh beli. Heee....
Harbour Town ini terletak tidak jauh dari Adelaide Airport. Ia menjual pelbagai barangan berjenama dengan harga yang berpatutan (diskaun). Lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia. Sejujurnya jika tanya DN, JPO lebih banyak barang berjenama yang lebih kita kenali berbanding di Harbour Town ini. Tetapi tetap boleh pergi ke sini jika ingin shopping kerana harganya memang lebih berpatutan berbanding di Rundle Mall. Gambar suasana di Harbour Town yang sempat DN ambil  boleh dilihat di bawah ini.

Sepanjang DN di Adelaide, hanya empat tempat ini yang berjaya DN pergi. Jangan risau, public transport sangat mudah dan efisien untuk ke tempat-tempat ini. Nak tahu lebih lanjut bagaimana untuk ke tempat-tempat di atas, boleh ke Adelaidemetro. Jika ada yang pernah ke Adelaide dan mengetahui tempat shopping lain yang ada di sini, sudi-sudilah komen di bawah. Kalau ada masa, DN update di sini. Thanks and love you all... :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

26 Blue Komen:

  1. Shopping Shopping Shopping sahaja kerja dia.. eh kerja ke hobi nie?

    Pergghhhhh jalan dia.. Kalau dekat Malaysia sure jem gila kan.

    Macam mana DN buat tempahan untuk melawat ke Haigh's Chocolate. Kan DN dtg sorang je, bukan under group or menggunakan khidmat travel agent?

    ReplyDelete
  2. @Bro Framestone bebel... bebel.. bebel je kerja bro... eh kerja ke hobi? keh3!

    jalan dia lengang je kan bro.. boleh guling2. hee...

    DN email, diorg reply... sorang ke, 2 orang ke... lebih 2 orang ke... semua boleh join. nanti dia kumpulkan dalam satu group ikut masa lawatan yg diorang dh tetapkan...

    ReplyDelete
  3. Rindu dengan Adelaide pernah 2 kali berada disana. Paling lama 5 minggu atas urusan syarikat.

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya coklat...x borong ke DN?

    ReplyDelete
  5. banyaknya tempat shopping...jalan pun lengang...tak sakit mata sangat macam kat Malaysia ni...jalan penuh dengan kereta sana-sini...ooooppss...hehe

    ReplyDelete
  6. Bila keluar melancong memang banyak duit keluar.

    :) Kena buat bajet sebelum pergi melancong.

    Baru selamat

    ReplyDelete
  7. menarik..tahun depan boleh buat lawatan tadika ke kilang coklat itu....hihiiii
    bagunan yang warne pink merah itu....menguja kan lah...i like...
    byk u shopping kat sinun...hehheee

    ReplyDelete
  8. @akubiomed sama lah kita.. rindu gak nak ke adelaide lg... :(

    ReplyDelete
  9. @wida beli gak tp xde lah borong... :D

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech itulah... mmg tenang shj semasa di sini tau... :)

    ReplyDelete
  11. @Mazni Azmi betul tu.. perancangan kewangan sangat penting.. :)

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 makaih... nak buat lawatan 10k pun xcukup kak. Hihihi...

    ReplyDelete
  13. ok spotted..ni kalau bawa wife, kena elak ke tempat ni la kan haha

    ReplyDelete
  14. Amboi DN.... Komen xde insuran nampak.. nak kena bebel ke?

    ReplyDelete
  15. @ReeneeRaaid : tengok DN jalan-jalan ni...rasa macam nak jalan-jalan ke sana la pula...hehe

    ReplyDelete
  16. @deq noor : sangat berbeza dengan kat sini kan...oppss...hehe

    ReplyDelete
  17. @JMR : haha...kalau da sampai ke Adelaide...kena la singgah sini bro...takkan nak mengelak pula...HAHA

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum DN, bestnya shopping time! hehehhee

    ReplyDelete
  19. @Sheila Salim tp xde pun shopping sgt kt sini.. lebih kpd lihat scenery...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^