10 Fakta Tentang Adelaide South Australia

Ini merupakan entry terakhir DN tentang Adelaide pada tahun ini. Jika ada kesempatan untuk DN ke Adelaide lagi, insyaAllah DN akan berkongsi lagi dengan pembaca semua. Oleh itu, dari pengalaman DN sepanjang di sana, 10 Fakta Tentang AdelaideSouth Australia boleh DN kongsikan disini.

10 Fakta Tentang Adelaide

1. 'Retirement City'
 
Adelaide dikenali sebagai 'Retirement City'. Selain itu,  Adelaide turut dikenali sebagai '20 Minutes City' atau 'City of Churches'. Melihatkan suasana, kehidupan dan alam semulajadi yang menenangkan di sini memang selayaknya Adelaide dikenali sebagai 'Retirement City'.

2. Mata Wang Australia
Matawang Australia adalah Australian Dollar (AUD). Dinasihatkan untuk menukar mata wang semasa di Malaysia atau sebelum berangkat ke Adelaide

3. Online Visa

Mereka yang merancang ke Adelaide atau ke mana-mana tempat di Australia perlu mendapatkan visa terlebih dahulu. Boleh dapatkan visa online tersebut di Visitor Visa Online Application. Isi segala maklumat yang dikehendaki dan bayar AUD (Australian Dollar) $20 yang akan ditolak dari kredit kad. Selepas menerima electronic travel authority confirmation, anda sedia untuk ke sana. Walaupun telah mendapat visa, borang kemasukan dan keluar dari Australia tetap perlu diisi untuk melepasi kastam.

4. Beza waktu Malaysia - Adelaide
Beza waktu Malaysia dengan AdelaideSouth Australia adalah 2 jam 30 minit. Apabila di Malaysia jam 2.00 pm, di Adelaide sudah jam 4.30 pm. Beza waktu antara negara boleh dilihat pada Jam Dunia.

5. Free Wifi City
Sepanjang berada di bandar Adelaide, tidak perlu risau jika perlu mencari simcard tempatan atau mencari kemudahan internet. Ini kerana sepanjang di bandar, kemudahan Free Wifi City disediakan. Tidak kira sedang berjalan atau sedang membeli-belah, selagi masih berada di bandar Adelaide kita sebebasnya menggunakan kemudahan Free Wifi City ini.

6. Cuaca
Kredit gambar : bobinoz
Adelaide mengalami 4 musim berbeza seperti di atas. Oleh itu, rancang sebaiknya sebelum ke sana supaya pakaian yang dibawa bersesuaian dengan cuaca di sana. Walaupun begitu, dinasihatkan untuk melihat cuaca sebenar mengikut tarikh yang dikehendaki bagi mendapatkan ramalan sebenar.

7. Public Transport vs car
Public transport di Adelaide terdiri daripada bas, train dan tram. Kemudahan kenderaan awam disini sangat memuaskan. Boleh merujuk kepada Adelaide Metro. Jadual waktu bas, train dan tram serta laluan perjalanan boleh dilihat di sini. Sangat mudah untuk merancang perjalanan dengan Adelaide Metro sepanjang berada di  Adelaide. Dinasihatkan untuk mendapatkan Visitor Pass sepanjang berada di sini. 2 jenis Visitor Pass adalah :-
1. 3-day Visitor Pass berharga $25.00
2. 28-day Pass berharga $117.00
Boleh juga mendapatkan kereta sewa jika tidak mahu menggunakan kemudahan awam yang disediakan. Walaubagaimanapun, perlu bersedia dengan harga parking yang mahal di sini iaitu sekitar AUD$15 sejam.

8. Waktu Operasi Perniagaan
Kebanyakan kedai-kedai di Adelaide memulakan perniagaannya dari jam 11.00am sehingga 5.00pm sahaja. Waktu pagi hanya beberapa kedai kopi yang menyediakan makanan sarapan pagi dibuka. Selebihnya, tempat-tempat membeli belah dan kedai makan lain dibuka dari 11.00am - 5.00pm sahaja.

9. Music bar dan Club
Pada waktu malam, terutama sekali di hujung minggu kebanyakan warga Adelaide akan memenuhi tempat seperti music bar dan night club. Kelihatan banyak musin bar dan club membanjiri bandar Adelaide ini. Kehidupan di waktu malam mereka lebih meriah berbanding pada waktu siang.

10. Halal Food
Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Adelaide ini. Banyak tempat telah tersedia dengan restoran makanan halal terutama sekali di bandar Adelaide. Nandos di sini juga halal dan terdapat banyak cawangan Nandos di Adelaide

Itulah 10 Fakta Tentang AdelaideSouth Australia yang dapat DN kongsikan untuk panduan semua. Jika ingin membaca travelog DN serta melihat gambar-gambar sepanjang berada di Adelaide, boleh ke link-link di bawah ini.

Menjejakkan Kaki Ke Adelaide South Australia
Rockford Adelaide South Australia
Bersiar-siar di Kota Adelaide
Menikmati Panorama Glenelg Beach Adelaide, South Australia
Tempat Shopping Adelaide South Australia
Makanan Halal di Adelaide South Australia

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

23 Blue Komen:

  1. Menarik... Kejap aje kdai nya buka ya..

    ReplyDelete
  2. @Maria Firdz itulah... masa mula2 sampai terkejut gak so hari kedua dh plan sebaiknya... :)

    ReplyDelete
  3. thank you kak for the tips! i need this :)

    ReplyDelete
  4. bagus info nih. fyna tak pernah lagi pergi oversea. tapi tengah plan nak pergi korea. ^___^ insyaallah.

    ReplyDelete
  5. @Innanie Ariffin welcome... nak pegi jalan2 ye.. slmt bercuti! :)

    ReplyDelete
  6. @fyna ada peluang nanti boleh ke sini. Selamat bercuti ke korea nanti... :)

    ReplyDelete
  7. Cukup lengkap tips kat sini kalau nak gi ke Adelaide..tapi bila la nk sampai ke sini ni..hmm

    ReplyDelete
  8. @JMR insyaAllah... satu hari nanti akan sampai juga.. :)

    ReplyDelete
  9. waa... bestnya... percutian yg menyeronokkan :)

    ReplyDelete
  10. info yang menarik bg yang bakal nak ke sana...

    ReplyDelete
  11. @Makcik Anak 3 meh la kita ke sana kak. DN boleh jd tourist guide dah. hee...

    ReplyDelete
  12. memang kena bookmark entri DN ni...teringin nak ke sana.. :D

    ReplyDelete
  13. @Bro Framestone : bro kena try pergi sendiri la ke Adelaide masa musim sejuk nanti...baru tahu ada salji ke tak...hee

    ReplyDelete
  14. @Ezad Skytech ada rezeki nanti pergi lah. Mmg menarik.. :)

    ReplyDelete
  15. @deq noor : plan untuk tahun depan...harap ada peluang tu la nanti...hee

    ReplyDelete
  16. Senang nak jumpa makanan halal. Tu yang paling penting tu. Insya Allah ada rezeki nak gak jejak kaki ke sini.

    ReplyDelete
  17. @Moms Avenue senang sgt2.. yg penting cari tempat penginapan dekat dgn hindley street... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^