Hotel Tebrau CT Johor Bahru

Hotel Tebrau CT Johor Bahru merupakan hotel butik yang terletak tidak jauh dari Tebrau City Jusco Shopping Centre. Kurang dari 5 minit sahaja jarak antara Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini dengan Tebrau City Jusco Shopping Centre. Maklumat Hotel Tebrau CT Johor Bahru adalah seperti berikut :-

Block G 01-13,
Jalan Harmonium 24/2,
Taman Desa Tebrau,
81100 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
Tel : +607-3523555 / +607-3001355 / +607-3001255
Fax : +607-3516199

Lokasi :-

Ketika DN tiba di Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini jam sudah melewati 10.00 malam. Flight dari Penang delay maka DN sampai Johor Bahru juga delay. Huhuhu... Oleh itu, tiada apa yang dapat DN lakukan seperti melihat kawasan sekitaran dengan lebih jelas. Maklum sahaja, datang atas urusan kerja. Jam 10.00 pagi DN sudah checkout untuk ke tempat mesyuarat.
DN memilih bilik Superior King yang berharga RM118 sahaja. Murah sangat kan. Sesuai sangat untuk melelapkan mata sebelum sambung buat kerja semula keesokan harinya. Yang penting terdapat Free Wifi sepanjang menginap di  Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini. Dari pengamatan DN semasa melihat website bilik-bilik yang disediakan di  Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini, terdapat pelbagai jenis tawaran bilik ada di sini iaitu :-

Superior Twin - RM118
Superior Queen - RM98
Superior Three (Triple) - RM148
Superior Four - RM178
Superior Five - RM198
Euro Suite (Jacuzzi) - RM188
Japanese Suite (Jacuzzi) - RM168
Deluxe White - RM168
Malay Suite - RM158
Bali Suite - RM158
Oriental Suite - RM178
Deluxe Suite - RM158
Family Suite - RM188

Tempah hotel anda disini

Pilih sahaja hendak bilik yang bagaimana dan harga bilik di Hotel Tebrau CT Johor Bahru tiada satu pun yang melebihi RM200. Hotel Tebrau CT Johor Bahru menyediakan 54 buah bilik yang telah diubahsuai mengikut jenis-jenis bilik seperti dinyatakan di atas. Gambar-gambar bilik di atas boleh dilihat disini.
 Inilah kemudahan lain yang ada di dalam bilik Superior King. TV dengan pelbagai channel Astro serta Singapore, tray yang dijadikan sebagai ruang pantry disediakan dengan complimentary mineral water, coffee & tea, hair dryer, cermin, almari baju, meja solek dan kerusi. Lain-lain kemudahan di luar bilik Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini tersedia tempat iron, water dispenser, CCTV dan lif. Security juga 24 jam di  Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini.
Bilik air di bilik Superior King Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini dibuat raised floor, iaitu lebih tinggi daripada ruang bilik tidur. Terdapat water heater serta complimentary sabun, berus gigi dan pencukur di dalam bilik ini.

Inilah serba sedikit informasi tentang Hotel Tebrau CT Johor Bahru yang dapat DN kongsikan. Jika anda mencari hotel yang murah dan harga berpatutan, boleh pertimbangkan untuk menginap di Hotel Tebrau CT Johor Bahru ini.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. Harganya tidak terlalu mahal... Maybe akan ke sini jika turun ke JB akan datang :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum DN...mmg terbaik perkongsian info ini...;)

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone betul tu bro... dekat dgn jusco lagi...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. best DN ni kan...byk tempat dah dijelajahi n byk juga hotel2 yg menarik...:)

      Delete
  5. nampak cam berpatutan dgn deco dan kemudahn tu..tp jrg ke area sana..kalau tak boleh try test gk ni

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dn, wahh bestnya. cantik gak hotel ni..

    kenapa ada word verify ni? susah nak komen T________T



    Im not a robot

    ReplyDelete
  7. @JMR kalau ada ke tebrau boleh cuba hotel ini.. :)

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim sorry sheila.. DN pun tgh cuba nak buang benda tu tp xjumpa kat mana lg.

    tapi kalau tekan terus publish your comment pun boleh. ignore je benda alah tu... :)

    ReplyDelete
  9. Bila tengok harga dengan katil besar memang berbaloi la - meanrik jer tengok shower tu sebab transparent... ehhehehe

    ReplyDelete
  10. tu la..kena bookmark entri ni la kot2 ke sana..senang nak rujuk

    ReplyDelete
  11. @hazman fadzil cehh... itu pulak yg ditengoknya... :D

    ReplyDelete
  12. FREE WIFI?
    Itu saya suka saya suka hehehe...

    ReplyDelete
  13. wahhh...cantik juga interior biliknya...harga pun boleh tahan...ikut bajet la kan..hee

    ReplyDelete
  14. free WiFi tu la yang selalunya orang nak kan...boleh connect terus kat bilik...bukan kat reception je...hehe

    ReplyDelete
  15. @Noor Azlin @ Bizznurse wifi skrg sudah jadi satu keperluan kan. Hee...

    ReplyDelete
  16. @Ezad Skytech bagi dn sesuai dgn harganya dan konsep butik hotel.. :)

    ReplyDelete
  17. @deq noor : bagus hotel ni sebab ada ketengahkan konsep...lain dari yang lain... :D

    ReplyDelete
  18. Tahun 2015 ini, Bro plan nak banyak travel ke utara pulak.

    ReplyDelete
  19. @Bro Framestone sama lah kita... dn pun akan byk ke sana lepas ni...

    ReplyDelete
  20. terlalu besar untuk tidor seorang kan..hihii..harus berlima ni...hihiiiii

    ReplyDelete
  21. @Makcik Anak 3 kalau berlima kena ambil bilik byk katil tu lh kak... ^_^

    ReplyDelete
  22. wifi memang penting..lagi-lagi kalau hotel tu ada wifi free..lagi syok..

    ReplyDelete
  23. hmm seumur hidup zuan, bru 2 kali smpai joho

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^