Seharian Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Alhamdulillah... DN rasa bersyukur sangat berpeluang menghadirkan diri seharian di Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog semalam. Bertempat di Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam, seminar yang dianjurkan oleh Denaihati Network ini sangat ilmiah dan membuka minda serta mata DN tentang hebatnya sesebuah blog itu jika digunakan sebaiknya dengan jalan yang betul. Ilmu yang DN perolehi sangat berbeza dengan ilmu kejuruteraan yang DN pelajari serta dalami sekarang ini. InsyaAllah DN akan cuba mempraktikkan ilmu yang DN perolehi dari seminar ini dengan sebaik mungkin. Mana tahu DN boleh gabungkan ilmu affiliate dan kejuruteraan menjadi satu lalu terhasil e-book DN sendiri. Hahaha... Berangan lebih... :D
Hasil dari seharian di Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog, ringkasan yang DN boleh simpulkan dari speaker yang sangat tidak lokek ilmu adalah seperti berikut :-

Tuan Hj Anuar (jopana.my)
- Cipta diri sebagai magnet duit
- Persiapan spiritual (niat, cita-cita, impian, tindakan)
- Bantu rakan untuk berjaya

Dato' Hussamuddin (karangkraf.com)
- Perlu jadi luar biasa untuk berjaya
- Syurga tujuan utama kehidupan dan lakukan kerana Allah
- Pentingnya pengurusan kewangan
- Hargai mereka yang membantu kejayaan
- Jadikan al-qur'an & sunnah sebagai panduan

Prof Hariz (profhariz.com)
- Jelas fungsi affiliate dan blog saluran terbaik promosi
- Selitkan link affiliate dalam artikel
- Buat dan kongsikan dengan pembaca

Zeo Unic (inspiredmagz.com)
- Kenalpasti affiliate yang sesuai
- Elakkan promosi yang tidak terarah
- mempunyai asas berblog
- mengetahui ciri-ciri model blog yang baik

En Titan (ahmadfaizal.com)
- Pilih strategi dan niche yang sesuai
- Setiap artikel perlu ada gambar yang sesuai
- Menjiwai setiap artikel yang dihasilkan

Shuth Wang Cyber (klikjer.com)
- Peranan blogger hanya mencadang, bukan menjual
- Tahu bagaimana untuk mencadang dengan baik

Eizil (eizil.com)
- Tetapkan arah tujuan
- Bina jenama dan kredibiliti
- Uruskan blog sebagai perniagaan
- Pilih topik yang kita minat

 

Itulah antara input yang DN dapat selama seharian di Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog semalam. Banyak sebenarnya tetapi tidak mampu DN kongsikan semuanya di sini. 10 helai nota DN tau. Sebab asyik mencatat segala ilmu yang diturunkan oleh sifu-sifu diatas, DN tidak mengambil banyak gambar semasa di sana. Ilmu lebih penting dari gambar kan. Heee...
Di sini juga Denaihati Network mengadakan pelancaran Jam Tawaf keluaran mereka sendiri yang dinamakan sebagai Ilhamku. Semoga impian untuk membuka kedai jam tawaf di Malaysia terlaksana. Harapan DN semoga akan ada jam tawaf untuk wanita dan jam tawaf dinding kelak. DN pasti akan mendapatkannya. InsyaAllah...
Terima kasih dan tahniah Denaihati Network atas penganjuran Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog ini. Semoga usaha dan semangat kalian untuk terus berkongsi ilmu dunia blog ini diberkatiNya serta dipermudahkanNya. Tidak dilupakan, tahniah kepada Ustaz Muaz kerana berjaya menjadi pemenang cabutan bertuah Iphone 6 pada hari tersebut.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

49 Blue Komen:

  1. Dah perasan, yang Deq Noor dah start buat affiliate...

    tahniah, dan all da best

    ReplyDelete
  2. @Bro Framestone ilmu yg diterima sedang cuba dipraktikkan... Thanks bro... :)

    ReplyDelete
  3. Tercari-cari gak orang wat ulasan ni dalam blog. Akhirnya..uumpa gak.

    ReplyDelete
  4. @titan thanks dan halalkan ilmu yang diberi semalam ye... :)

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnya :) praktik terus...

    ReplyDelete
  6. wahhh, boleh praktikan ni ada tip

    ReplyDelete
  7. abam kiddo biasa laaaa... dia akan sentiasa sibuk apabila event.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah Deq Noor terus buat. Akak gak dok terperam entrinya. hehe

    ReplyDelete
  9. best dpt sedut ilmu dr seminar ni..selamat beraffiliate!

    ReplyDelete
  10. waaa...bestnya. fyna nak try juga lah wat affiliate nih ^_^

    ReplyDelete
  11. Baguslah bila tengok DN bersemangat macam nie semoga diberikan masa lapang lebih untuk blogging dan masa untuk kita berdua.. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhem hemmm hemmm... @deqnoor oooo @deqnoor... ngeee...

      Delete
  12. ramai dah yang join buat affiliate nie kan. memang ampak menarik utk tambah income.

    ReplyDelete
  13. semoga masa menjadi kawan baik DN lepasni :D

    ReplyDelete
  14. @nor rugi ilmu simpan lama2 xdipraktikkan.. ^_^

    ReplyDelete
  15. @young girl sikit je ni tip yg mampu dn bg... kalau ikutkan byk lg..

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Dah siap... 1hr 1 mlm buat n3 tu... kih3...

      Delete
  17. @fyna cubalah... insyaAllah rezeki itu akan ada cuma perlu usaha & sabar.. :)

    ReplyDelete
  18. @Nor Fauzah Samid cubalah.. mana tahu ada rezeki dr affiliate ini.. ☺

    ReplyDelete
  19. Seronok baca pengalaman Deqnoor join seminar ni...

    maaf tak dapat nak menghadiri seminar ini.. Sebab ada 5 jemputan kenduri yang saya terima... Daripada 5 tu pun saya dapat pergi dua kenduri jer.. Sebab jaraknya yang agak jauh...

    ReplyDelete
  20. menarikknyerr tq kos sudi serba sedikit ilmu yg anda dapat

    ReplyDelete
  21. @Muhamad anuar Marsib insyaAllah... ada rezeki boleh join lagi lain kali... :)

    ReplyDelete
  22. @nor nazliana xmampu nak kongsi semuanya dlm satu entry... sori ye.. :)

    ReplyDelete
  23. sangat beruntung dapat pergi..ilmu itu terlalu berharga..

    ReplyDelete
  24. Seronok baca entri2 orang yang join seminar ni.. baca pun dah banyak dapat info, apalagi kalau join sendiri kan.. insya Allah satu hari nanti..

    ReplyDelete
  25. Bro tak tahu bila nak start nie... sebab termiss sesi pagi, banyak yang tasa termiss nie

    ReplyDelete
  26. assalam awak.

    kali pertama jumpa awak kat situ dengan kak nowa. insya-Allah kita jumpa lagi di mana-mana.

    yeop seronok menghadiri seminar yang memecah fikiran kita untuk bergiat dalam affiliate.

    ReplyDelete
  27. @Khairil Mazri w'salam yeop.. Mmg ilmu yg sgt berguna kan. Moga ilmu yg diperolehi memberi kita manfaat yg byk kelak.. :)

    ReplyDelete
  28. @titan

    BOLEH JALAN...

    ada pulak kat sini yang di cari...

    ReplyDelete
  29. kalau berkesempatan...boleh joint buat duit mcm ni...hehheee

    ReplyDelete
  30. amin semoga terus sukses ya.

    ReplyDelete
  31. @Makcik Anak 3 insyaAllah... lain kali kalau akak nak join sama beritahu ye... :)

    ReplyDelete
  32. bila join seminar ni baru buka mata kita mengenai affiliate ni...masih trial & error lagi...jom sama2 kita gunakan semua ilmu yang diberi sebaik mungkin :D

    ReplyDelete
  33. @Ezad Skytech betul tu.. dan praktikkan ilmu sebaiknya... :)

    ReplyDelete
  34. @deq noor : kena banyak belajar lagi dari sifu2 affiliate ni... :D

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^