Terrific Teriyaki Treats Menu Baru Kenny Rogers Roasters

 
Kenny Rogers Roaster telah mengembalikan semula citarasa Teriyaki di dalam menu mereka. Kali ini mereka menamakan ia sebagai 'TERRIFIC TERIYAKI TREATS'. Terdapat pelbagai menu diperkenalkan pada kali ini iaitu :-
1. T-Wrapped Chicken
2. T-Chic Rice
3. T-Chic Steak
4. T-Chic Salad
 T-Wrapped Chicken - terdiri daripada peha ayam yang diperap dengan sos teriyaki, herba dan rempah lalu dibakar. Ia dihidangkan bersama dengan nasi beraroma, sup ayam cendawan dan Kenny's muffin. Hidangan ini berharga RM18.50++.
T-Chic Rice - terdiri daripada hirisan dada ayam yang telah dipanggang dengan sos teriyaki dan dihidangkan bersama nasi beraroma beserta sup ayam cendawan. Harga set ini adalah RM12.90++.
 T-Chic Steak - terdiri daripada dada ayam yang tidak bertulang dilimpahkan dengan sos teriyaki dan dihidangkan bersama pilihan 3 jenis side dishes. Harga set ini adalah RM12.90++.
 Terdapat pilihan "Lite" untuk menu ini dimana boleh memilih hanya 2 side dishes sahaja. 
T-Chic Salad - terdiri daripada hirisan dada ayam yang telah dipanggang dengan sos teriyaki dan dihidangkan bersama salad beserta sup ayam cendawan. Harga set ini adalah RM12.90++.

DN telah berpeluang merasai menu-menu Terrific Teriyaki Treats ini. Dalam kesemua menu yang DN cuba, DN sangat menggemari T-Wrapped Chicken kerana rasa teriyaki sudah meresap di dalam ayam menjadikan rasa dagingnya sangat berempah, lembut dan sedap. Lain-lain menu juga sedap dan boleh dicuba bila ke Kenny Rogers Roasters. Maklumat lanjut boleh didapati seperti berikut :-

Website : www.krr.com.my

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. kenapa kenny rogers x de kat trgnu..why why?

    stressnya tgk gmbr DN ni..haha

    ReplyDelete
  2. hurm...nampak lazat..kena harus mencube ni...klu DN kata dah sedap..tentu sedap menu menu baru ni sedap sedap belaka...
    next...

    ReplyDelete
  3. terasa lagi kesedapan t-wrap kat anak tekak ni haa

    ReplyDelete
  4. sedap giler kan KRR ni..sesuai utk mereka2 yang diet...

    ReplyDelete
  5. @mamawaiz serius kenny rogers xde kat sana????? menangis i tau... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. @Makcik Anak 3 nexttttt!!!!! hahaha... xtvt jumaat kite... :D

    ReplyDelete
  7. huhuhu.. nih yang rasa lapar nih.

    ReplyDelete
  8. deqnoor kene diet..ni bagi nad..ahhaa

    ReplyDelete
  9. macam nak repeat lagi makan T-Wrapped Chicken ni...sedap kot ! :D

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech 2 hari lepas pegi mcm dah xde je. Hmm...

    ReplyDelete
  11. makin lapar perut sume sedap2 belaka

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^