5 Pengomen Tegar Disember 2014

Ahlan Wasahlan 2015...
Selamat Tinggal 2014...
Apa azam tahun 2015 anda? Pasti macam2 yang ada di fikiran kalian kan. Jika tanya DN, biarlah rahsia. Bukan tidak mahu berkongsi tetapi cukuplah hanya DN dan keluarga DN sahaja yang tahu. Heee...

Apapun terlebih dahulu DN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat alam maya yang sentiasa menyokong DN dalam dunia blogger selama ini. Ini menjadikan sudah lebih 5 tahun DN secara senyap di alam maya ini. Bukan populariti yang ingin DN cari, tetapi sebuah perkongsian, persahabatan dan dunia lain selain daripada kerjaya DN sendiri. Alhamdulillah, sehingga kini DN masih boleh seimbangkan antara kerjaya professional DN dan sosial media. Macam-macam yang DN perhatikan sepanjang 2014 dan alhamdulillah, kita semua berjaya menempuh dugaan ini. Moga 2015 akan memberikan sinar kebahagiaan dan kegembiraan dalam dunia blogger yang masih belum pasti gelombangnya. Sama-samalah kita terus bersatu menjadikan dunia blogger sebagai sebuah tapak kerjaya yang menyeronokkan dan terus diterima ramai.

Membebel pula DN kan. Hihihi... Apa yang penting adalah hari ini DN ingin mengumumkan siapakah 5 orang pengomen tegar blog ini bagi bulan Disember 2014. Bulan terakhir 2014 ini dimonopoli oleh mereka seperti berikut :-
1. Ezad Skytech
2. JMR
3. Bro Framestone
4. Makcik Anak 3
5. Nadia Johari

Tahniah! Terima kasih kepada semua yang tidak jemu meninggalkan jejak di sini. Anda semua memang hebat. Terima kasih juga kerana secara tidak langsung mengambil bahagian dalam hmm... untuk dikatakan sebagai contest, boleh juga rasanya. Tapi lebih tepat 'Cabaran Makan Malam Bersama DN'. Ok tak bunyinya? Hahahaha..

Maka dengan ini tamatlah 'Cabaran Makan Malam Bersama DN' dari bulan Julai 2014 sehingga Disember 2014. Cabaran yang hanya DN buat 2 kali setahun ini memang DN tidak sangka mendapat sambutan rakan-rakan alam maya. Terima kasih sekali lagi DN ucapkan. DN akan mengumumkan siapakah 5 rakan yang bertuah memenangi cabaran ini tidak lama lagi. Harap sabar menunggu.

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

********************************
Buat mereka yang masih baru menjejakkan kaki ke blog DN ini dan ingin mengetahui 'Cabaran Makan Malam Bersama DN', di sini DN kongsikan apa yang kalian akan dapat jika melibatkan diri dengan cabaran ini.

1. Makan Malam Bersama DN dan 4 rakan blogger lain ditaja sepenuhnya oleh DN di restoran / hotel / mana-mana tempat makan yang dipersetujui.
2. Hadiah / Cenderahati yang tiada di Malaysia. Ini kerana cenderahati ini akan DN dapatkan setiap kali DN travel ke luar negara.
3. Wang tunai untuk semua yang terpilih Makan Malam Bersama DN.

Makan Malam + Cenderahati + Wang Tunai ini bernilai lebih kurang RM200 setiap seorang...

BONUS! UNTUK PENGOMEN TEGAR SEPANJANG TAHUN 2014

1. Wang Tunai
2. Cenderahati Eksklusif dari DN.

Wang tunai + cenderahati eksklusif bernilai lebih kurang RM500.

Tiada penaja, tiada bayaran, tiada paksaan. Hanya menjadi 5 pengomen tegar setiap bulan, anda layak secara automatik dengan 'Cabaran Makan Malam Bersama DN 2015'. Sesi pertama cabaran ini akan bermula dari Januari 2015 sehingga Jun 2015. Moga 2015 akan ada rezeki DN untuk memberikan yang lebih baik buat semua.

SEMOGA BERJAYA 2015! :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

33 Blue Komen:

  1. semoga di permudahkan untuk DN :)

    ReplyDelete
  2. Telan air liur sat.....

    Tak pe la, bukan rezeki Bro untuk tahun ini.

    Bagi can pada orang lain he...23x

    ReplyDelete
  3. memang untung siapa yang selalu singgah blog DN...hee

    ReplyDelete
  4. @Ezad Skytech alhamdulillah... moga ada rezeki untuk rakan2 blogger lain yg terus support DN macam ezad.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....senyum senyum baca note ni

    ReplyDelete
  6. nak jadi salah seorg pngomen blog ni jgk lah..boleh ya

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak komen-komen dah ni... hehehehehee

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum DN, wahh bestnya. taniah.. siapa la yang bertuah tu. teringin nak jumpa DN balik. hehehhee

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru DN! Menarik cabaran nih.. Baiklah, akan usaha jadi pengomen tegar bulanan di blog DN.. Hehe..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  10. He...23x Oh x percaya ek?

    Ok start bulan ini, bro xkan......... blog DN dah

    ReplyDelete
  11. Aduh...
    Sedeh dah lepas dah ke... Huhu.. Kena rajin blogwalking nih...

    ReplyDelete
  12. @KiD org tu dah busy kan.. mana sempat..

    ReplyDelete
  13. @Sheila Salim thanks sheila.. lama kita xjumpa kan..

    ReplyDelete
  14. @Rosmiza Ali good luck! Moga ada rezeki utk beri yg lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  15. Nampaknya.... kurang aktif mengomen la pulak lately nie....tapi yang penting abang man baca blog ni setiap hari....

    p/s : Nanti kita set makan malam bersama yea... abang belanja - no problem

    ReplyDelete
  16. ouh.. siap ada hadiah makan malam lagi... macam retis... :)

    ReplyDelete
  17. @hazman fadzil xpe abg man... apapun thanks sudi terus baca blog DN ni... :)

    ReplyDelete
  18. @Ismail Ahmad retis mmg jauh sekali.. cara sy utk hargai dan kenal lebih rapat lagi mereka yg komen di blog ini... makin bertambah kawan. seronok... :)

    ReplyDelete
  19. ok zuan akan pastikan bulan 4 ni zuan punya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^