Jemputan Makan Malam Sesi 2 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada rakan-rakan yang dikasihi. Skema sungguh kan. Maklum sahaja, baru lepas presentation masa kelas tadi. Heee.... Terima kasih kerana sudi dan setia meninggalkan jejak disini. Seperti dijanjikan DN akan umumkan siapakah mereka yang terpilih menerima Jemputan Makan Malam Julai - Disember 2014. Tahniah kerana anda terpilih untuk sesi kedua tahun lepas.
JEMPUTAN MAKAN MALAM 2014
JEMPUTAN MAKAN MALAM 2014
Maaf jika jemputan ini menyukarkan anda semua. DN bukannya perasan 'retis' siap ada makan malam bagai tetapi tujuan DN buat semua ini adalah untuk lebih mengenali pengomen setia blog ini dengan lebih dekat lagi. Selalu jumpa di alam maya, bila berkumpul dan bertemu muka begini pasti lebih meriah. Disamping beramah mesra sambil makan, DN sediakan sedikit cenderahati sebagai saguhati kerana terus setia memeriahkan blog ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan.

Oleh itu, anda dan keluarga dijemput seperti maklumat di atas. Jumpa Jumaat ini tau. InsyaAllah, jika ada rezeki lebih DN akan cuba untuk menambah bilangan jemputan di masa akan datang. Moga Allah lapangkan rezeki DN dan sahabat-sahabat semua. Apa yang pasti, setiap rezeki yang kita miliki bukan kesemuanya milik kita. Oleh itu, DN kembalikan kepada anda semua yang setia menyokong DN selama ini. Lagi banyak kita beri, lagi lapang rezeki kita. InsyaAllah. Itulah Rahsia Rezeki yang patut diamalkan selama ini. Jangan takut miskin apabila memberi kerana rezeki dari Allah itu sangat luas. Moga bermanfaat untuk semua. 

Terima kasih & sayang semuanya... ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

28 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, wahh bestnya.. taniah korang semua.. hehehhee

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.....kita jumpa disana ya...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih DN...jumpa kat sana nanti ye Jumaat ni...hehe :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya bila ada sesi macam ni...akak nak buat jugak la DN...mana tau ada yg nak dtg umah...boleh jamu masakan orang NS kan...hehhehehe...

    ReplyDelete
  5. @Amanda Suria kalau dah ada family, sesuai ajak makan2 di rumah. sbb masih duduk sendiri, xrasa sesuai sbb takut timbul fitnah. tp kalau akak buat, DN nak datang rasa akak masak. hee...

    ReplyDelete
  6. @✿ Ina Ainaa ✿ boleh je ena... nanti kitorang turun kuantan plak ye... ^_^

    ReplyDelete
  7. Whoaa.... dah ada muka baru yea...mesti sonok la makan-makan dengan DN nanti... ada rezeki kita lunch date bila kelapangan

    ReplyDelete
  8. 6 bulan lagi kita tunggu siapa pula yang bertuah jadi pengomen tegar blog DN...hehe

    ReplyDelete
  9. @hazman fadzil : lunch dengan DN je ke abg man...dengan pengomen tegar blog abg man bila lagi ? hehe

    ReplyDelete
  10. Wah untungnya mereka semua ini, dah macam nak jemput g kenduri kahwin je....

    ReplyDelete
  11. wah , bestnya dapat jemputan makan kenyang perut.... hehe

    ReplyDelete
  12. Ptut bro mkin buncit..haha..deqnoor belnja die..kihkih...mkn kenyang2 korang

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech selamat kembali ezad... thanks jadi pengomen tegar di blog ini.. :)

    ReplyDelete
  14. @Bro Framestone g kenduri kahwin xmampu nak letak senarai dlm ni. hee...

    ReplyDelete
  15. @Nadia Johari hahaha.... bukan DN yg cakap ye bro... :p

    ReplyDelete
  16. wah syiok nye... bile lah rezeki saye dan together2 ngan DN hehe wish me luck

    ReplyDelete
  17. kalau tahu syok join event DN ni, awal2 dulu lagi dah komen kaw2 haha

    ReplyDelete
  18. Ruang nama letak blank je... suruh dorang isi sendiri, kemudian print...

    ReplyDelete
  19. respek dgn komitmen DN dlm event sebegini..harap2 tahun ni dapat join lg

    ReplyDelete
  20. hebat la semua di atas tu. .eh uncle zuan tu sapa? tak pernah dengar pun

    ReplyDelete
  21. Nak join DN juga sebagai pengomen tegar

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^