Marhaba Restaurant @ Borneo Rainforest Sunway

Minggu lepas DN berkesempatan menikmati makan tengah hari di sebuah restoran makanan Yaman yang terletak di Sunway. Boleh dikatakan setiap minggu DN ke Sunway tetapi DN baru mengetahui tempat ini. Tidak jauh dari Sunway Pyramid. Lebih tepat lagi, restoran ini terletak berhadapan dengan Sunway Hotel Resort & Spa.
Restoran yang menghidangkan makanan dari masakan Yaman ini dikenali sebagai Marhaba Restaurant. Maklumat mengenai Marhaba Restaurant adalah seperti berikut:

MARHABA RESTAURANT @ BORNEO RAINFOREST
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel. : 03-74516183
Email : info@marhabarestaurant.com.my
Website : www.marhabarestaurant.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/ArabFoodMarhaba

Sebelum DN menunjukkan apakah makanan Yaman pilihan di Marhaba Restaurant ini, jom DN bawa kalian semua meninjau suasana tempat makan di dalam restoran ini. Dekorasi ungu menjadi pilihan dan terdapat pilihan tempat sama ada untuk makan di atas meja atau bersila.

Marhaba Restaurant juga menyediakan bilik makan yang lebih tertutup di mana sesuai untuk makan sambil bermesyuarat atau sebarang acara kecil-kecilan seperti sambutan hari lahir. Bilik makan ini disediakan di tingkat atas.

Marhaba Restaurant turut menyediakan tempat makan yang lebih santai di luar restoran. Suasana di luar restoran didekorasi dengan menarik di mana terdapat air terjun buatan untuk menyemarakkan suasana tenang buat pengujung yang datang menjamu selera di sini. Selesai melihat suasana Marhaba Restaurant ini, jom DN perkenalkan sebahagian makanan masakan Yaman yang terdapat di restoran ini.

Mulauwah : RM7 (kecil) - roti Yaman.
Lebih enak jika dimakan cicah dengan Saltah Fahsah : RM40 - pilihan antara sizzling kambing / ayam / ikan dalam bekas batu.
Dari atas antara menu utama pilihan :
Chicken Mandy RM30 - ayam dimasak secara kukus
Lamb Hanith RM78 - boleh pilih bahagian ribs / shoulder dan dimasak dengan ramuan khas Marhaba
Chicken Mazbi RM33 - ayam dimasak secara BBQ
Grill King Fish RM39 - menggunakan ikan tenggiri kebiasaannya

Terdapat pilihan Marhaba Mix Grilled RM45 - terdiri daripada Shish Tawook (ayam grill), shish kebab (kambing grill) dan lamb cubes.

Pencuci mulut pula terdapat pilihan yang nampak manis di mata tetapi sedap di mulut, Honey Tammar RM22 - roti yang disebatikan dengan pisang dan kurma serta dilimpahkan dengan madu dan krim keshta.
Antara pilihan minuman di Marhaba Restaurant ini adalah seperti berikut:-
Dari atas kiri :
Marhaba Khas RM18
Manggo Lassi RM20
Fresh Cucumber & Lime Juice RM13
Dari bawah kiri :
Shahee Mula Ban RM7 - teh adeni susu dalam gelas
Gahwa RM18 - kopi dalam teko

Itulah antara suasana dan menu makanan yang dapat DN kongsikan di Marhaba Restaurant ini. Selepas merasai makanan di sini, restoran ini diketegorikan restoran makanan sedap dan eksklusif. Boleh pertimbangkan untuk ke restoran ini jika anda berada di Sunway Pyramid, Sunway Lagoon atau Sunway Hotel Resort & Spa.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

28 Blue Komen:

  1. ni best kalau ajak boss meeting kat sini... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau buat dekat sii pun ok juga.. Cuma xde karaoke je...

    kejolobak kejolobu

    ReplyDelete
  3. @KiD bila bos nak buat meeting kat sini?

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone budget lari kalau buat kat sini. hee...

    ReplyDelete
  5. Singgah blogwalking kat sini...follow saya ya..http://izwawa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap...ayam tu nampak seksi sgt2

    ReplyDelete
  7. semalam kuar tv.konfem ramai org pergi ni..

    ReplyDelete
  8. @Nur Insyirah terima kasih sudi singgah di sini.. :)

    ReplyDelete
  9. @JMR itu lah... lg meriah lah restoran ni nanti.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum DN, wahh sedapnya.. teringin nak ke sini. heheh ritu makan kat Saba je

    ReplyDelete
  11. mcm baru masuk kat wanita hari ini.... ke ape yer.....mewah kan..tempat mkn nyer...

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 aah, masuk tv baru2 ni... restorannya mmg tampak mewah... :)

    ReplyDelete
  13. tu dia..tempat menarik..makanan nampak sedap..

    ReplyDelete
  14. @Nadia Johari betul tu... :)
    ada rezeki nak cuba lg lepas ni...

    ReplyDelete
  15. BAGUS marketing marhaba..kot tv kuar, kot blog kuar..tapi tak kesampaian lagi nak pergi even kt sunway tu sblh ofis je..

    ReplyDelete
  16. nmpk makanan dia menyelerakan....sedapnya...

    ReplyDelete
  17. lama pula rasanya tak pekena menu2 macam ni...adehhh...lapar pula bila baca entri DN ni tengah2 malam ni...hehe

    ReplyDelete
  18. cantik la kawasan dia, nampak tenang jer

    ReplyDelete
  19. @Ezad Skytech malang la baca entry makan2 malam2... keh3! :p

    ReplyDelete
  20. lokasi dah tahu..dkt dh ngn ofis..masa je belum ada utk ke sana lagi ni

    ReplyDelete
  21. waaa smart la tmpt mkn kat luar tu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^