Produk Baru Mitsubishi Electric

Pada 3 Januari 2015 yang lalu, DN dan beberapa rakan blogger lain berpeluang untuk melihat dan menggunakan sendiri produk baru Mitsubishi Electric bertempat di Mitsubishi Electric Petaling Jaya, Selangor. Mitsubishi Electric Malaysia yang sudah bertapak di Malaysia lebih 40 tahun ini sentiasa berusaha memperbaiki mutu dan kualiti produk mereka seiring dengan peredaran semasa. Justeru, Mitsubishi Electric Malaysia telah memperkenalkan produk baru mereka kepada umum. Antara produk baru dan beberapa produk di pasaran yang ingin diketengahkan adalah seperti berikut :-
  1. Penghawa Dingin (Air Conditioner)
  2. Pengering Tangan (Hand Dryer)
  3. Kipas dan Pengudaraan Mekanikal (Electric Fan & Ventilation Fan)
  4. Peti Ais (Refrigerator)
Logo Mitsubishi Electric
Logo Mitsubishi Electric
Pengenalan Mitsubishi Electric Malaysia
Sebelum DN kongsikan dengan lebih lanjut tentang produk baru Mitsubishi Electric, adalah lebih baik jika DN memberi sedikit informasi latar belakang "Mitsubishi Electric Malaysia". Ia merupakan anak syarikat Mitsubishi Electric Corporation yang beribu pejabat di Tokyo,JepunMitsubishi Electric Malaysia adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd yang telah bertapak di Malaysia bermula tahun 1971 (dahulu dikenali sebagai Impex Sdn Bhd). Ia telah dinamakan semula pada tahun 2013 sebagai Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd selepas menggunakan nama Melco Sales Malaysia Sdn Bhd sejak 2007.
  • MISI - khusus untuk terus meningkatkan kualiti hidup pelanggan, kakitangan, masyarakat dan persekitaran.
  • VISI - sebagai sebuah syarikat yang dipercayai, dengan satu jenama pilihan, kami menyasarkan untuk menjadi peneraju pasaran secara konsisten memberikan produk berkualiti, inovatif dan perkhidmatan terbaik.
  • MEQ (Mitsubishi Electric Quality) - 3 aspek penting yang dititikberatkan adalah keselesaan (comfort), kecekapan (efficiency) dan ketahanan (durability).

Produk Baru Mitsubishi Electric

1. PENGHAWA DINGIN (AIR CONDITIONER)
Air conditioning model
Air conditioning model
Terdapat 2 jenis penghawa dingin baru dari Mitsubishi Electric Malaysia iaitu Inverter (R410A) dan Non-Inverter (R22)Inverter pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu wall mounted dan super deluxe manakala Non-Inverter terbahagi kepada 2 jenis juga iaitu Deluxe Range dan Standard Range
i see sensor mitsubishi electric
i see sensor mitsubishi electric (Kredit to akubiomed.com)
Mitsubishi Electric Malaysia telah meningkatkan fungsi penghawa dingin ini dengan memperkenalkan 3D i see sensor (untuk R410A) dan  i see sensor (untuk R22). 3D i see sensor dengan 8 elemen ini merupakan infrared-ray sensor yang dapat mengukur suhu mengikut jarak tertentu dalam 3 dimensi. Ia dapat mengenalpasti di mana individu berada dan boleh ditetapkan dalam 3 ketetapan iaitu natural flowindirect flow dan direct flow. Apabila ia dapat mengenalpasti tiada individu di dalam ruang bilik tersebut atau dikenali sebagai absence detection, penghawa dingin ini secara automatik akan bertukar kepada energy-saving mode. Berbeza dengan i see sensor, ia dapat mengawal suhu dalam lingkungan 150 darjah sahaja dan memastikan suhu ruang tersebut berada pada tahap optimum.
Maintenance Air Conditioner Mitsubishi Electric
Maintenance Air Conditioner Mitsubishi Electric (Kredit to akubiomed.com)
Kelebihan penghawa dingin Mitsubishi Electric ini adalah ia mudah untuk dibersihkan. Hanya dengan membuka panutup panel hadapan dan kemudian keluarkan penapis untuk dicuci dengan air. Penapis ini direkabentuk dengan permukaan 3D (waved surface) dan bersaiz nanometer berfungsi untuk meluaskan kawasan penapisan serta mengumpul habuk dengan lebih baik berbanding penapis lama. Langkah seterusnya adalah buka penutup bahagian ruang pengudaraan dan tarik keluar kipas lalu sedia untuk dibersihkan di bahagian dalam ruang penghawa dingin ini dan juga kipasnya dengan hanya menggunakan kain lap yang basah.

Tahukah anda bahawa penyelenggaraan penghawa dingin dengan baik dapat menjimatkan kos bil elektrik anda? Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!. Sebelum memulakan sebarang penyelenggaraan, pastikan bekalan kuasa penghawa dingin anda telah dipadamkan.
Mitsubishi Electric Room Air Conditioner Indoor & Outdoor
Mitsubishi Electric Room Air Conditioner Indoor & Outdoor
Bermula 2 Mei 2014, setiap peralatan elektrik wajib melepas piawaian MEPS (Minimum Energy Performance Standards) di bawah kelolaan Suruhanjaya Tenaga Malaysia di mana semua produk yang dijual di Malaysia haruslah mendapatkan sekurang-kurangnya 2 bintang. Jika dilihat pada indoor unit di atas, produk penghawa dingin Mitsubishi Electric Inverter R410A Super Deluxe ini telah diuji mengikut ISO 5151:2004 dan telah mendapat 5 bintang. Ini menunjukkan bahawa penghawa dingin di atas bukan sahaja melepasi piawaian yang ditetapkan, malah memberikan penjimatan tenaga yang sangat baik.

DN pernah menggunakan penghawa dingin Mitsubishi Electric ini di beberapa projek DN. Salah satunya adalah sistem penghawa dingin VRF iaitu penghawa dingin inverter multi-system telah digunakan di projek UiTM Pasir Gudang Johor Bahru. Mereka yang menuntut atau mengajar di institusi pengajian tinggi ini boleh merasai sendiri produk Mitsubishi Electric ini di sana.

2. PENGERING TANGAN (HAND DRYER)
Jet Towel Mitsubishi Electric
Jet Towel Mitsubishi Electric (Kredit to akubiomed.com)
Pengering tangan ini dikenali sebagai Jet Towel. Ia didatangkan dengan 3 warna yang menarik dan elegan iaitu putih, kelabu gelap dan perak. Kenapa Jet Towel Mitsubishi Electric ini perlu menjadi pilihan? Ini kerana ia tidak menggunakan ruang yang sangat banyak. Ia lebih nipis dan mempunyai pilihan dengan pemanas atau tanpa pemanas. Kelebihan penggunaan Jet Towel ini adalah seperti berikut :-
  1. Mudah untuk digunakan - mesra pengguna dan rekabentuk sesuai untuk kanak-kanak
  2. Bersih - material adalah anti-bakteria dan rintangan alkohol
  3. Cepat kering - ambil masa 3 hingga 5 saat untuk kering
  4. Bunyi yang rendah - hanya 59 desibel
  5. Penggunaan tenaga yang rendah
  6. Tanpa kertas tisu
  7. Penyelenggaraan yang mudah
how to use jet towel
how to use jet towel
Projek di Malaysia yang telah menggunakan Jet Towel Mitsubishi Electric ini adalah di KLIA2. Jika anda memasuki mana-mana tandas di KLIA2, jangan lupa untuk menggunakan Jet towel ini dan rasai sendiri perbezaannya.

3. KIPAS & PENGUDARAAN MEKANIKAL (ELECTRICAL FAN & VENTILATION FAN)
Kita berhak memilih kipas jenis apa yang diinginkan mengikut keadaan ruang rumah dan keselesaan sendiri. Oleh itu, Mitsubishi Electric Malaysia telah mengeluarkan pelbagai jenis kipas elektrik untuk kegunaan awam. Jenis - jenis kipas dan spesifikasi setiap kipas boleh dilihat seperti berikut :-
  • Kipas siling (ceiling fan
ceiling fan mitsubishi electric
Ceiling Fan Mitsubishi Electric
  • Kipas meja (desk fan)
Desk Fan Mitsubishi Electric
Desk Fan Mitsubishi Electric

  •  Living Fan

Living Fan Mitsubishi Electric
Living Fan Mitsubishi Electric

  •  Tatami Fan

Tatami Fan Mitsubishi Electric
Tatami Fan Mitsubishi Electric

  •  Kipas dinding (wall fan)

Wall Fan Mitsubishi Electric
Wall Fan Mitsubishi Electric
  • Cycle Fan
Cycle Fan Mitsubishi Electric
Cycle Fan Mitsubishi Electric
Selain daripada kipas elektrik, Mitsubishi Electric Malaysia turut mengeluarkan produk pengudaraan mekanikal (ventilation fan) yang berfungsi untuk membantu sistem pengudaraan sesebuah ruang tertutup, tiada tingkap atau tiada pengudaraan semulajadi di ruang tersebut. Contoh ruang yang kebiasaannya menggunakan pengudaraan mekanikal ini adalah di bilik elektrik, tandas dan ruang memasak restoran, Jenis - jenis pengudaraan mekanikal dan spesifikasinya boleh dilihat seperti berikut :-
  • Wall Type
ventilation fan wall type
ventilation fan wall type 
  • Ceiling Type
ventilation fan ceiling type
ventilation fan ceiling type 
  • Glass Type
ventilation fan glass type
ventilation fan glass type
  • Duct Type
ventilation fan duct type
ventilation fan duct type
Jika dilihat kepada beberapa produk kipas di atas, ia telah melepasi piawaian MEPS (Minimum Energy Performance Standards) dengan mendapat 5 bintang. Ini menunjukkan bahawa produk kipas di atas bukan sahaja melepasi piawaian yang ditetapkan, malah memberikan penjimatan tenaga yang sangat baik. Apa yang lebih menarik tentang produk kipas dan pengudaraan mekanikal ini adalah bahan yang digunakan untuk motor, capacitor, lead wire, cord plug, 3-pin plug dan PCB (printed circuit board) adalah dari bahan yang telah ditambahbaikkan dengan ketahanan api (fire resistance). Selain itu, ia dilengkapi dengan perlindungan fius berganda (double protection fuse) di mana terdapat current fuse untuk melindungi produk dari sebarang lebihan arus dan thermal fuse untuk melindungi produk dari motor terlalu panas di mana ia boleh merosakkan produk tersebut.

Tiada rujukan projek yang dapat DN berikan tetapi DN sendiri mempunyai kipas berdiri jenama Mitsubishi Electric di rumah DN dan keadaannya masih baik sehingga kini. Tidak perlu khuatir kerana produk ini diberikan 3 tahun jaminan bagi motor untuk kipas elektrik dan pengudaraan mekanikal.

4. PETI AIS (REFRIGERATOR)
Home Refrigerator Mitsubishi Electric
Home Refrigerator Mitsubishi Electric (Kredit to khirkhalid.com)
Produk terakhir yang diperkenalkan kepada kami adalah peti ais L4Grande. Ia merupakan peti ais pertama yang memperkenalkan 'Uni Glass' pada permukaan luarannya. Uni Glass merupakan lapisan cermin yang menggunakan teknologi nano untuk menjana kejelasan kaca dan kesan sinaran yang lebih tinggi pada permukaannya. Ia juga dilengkapi dengan 'neuro fuzzy system' yang berfungsi untuk menyimpan memori penggunaan peti ais dan juga berubah mengikut kecekapan penggunaannya. Selain itu, peti ais ini menggunakan inverter compressor yang mempunyai 10 corak operasi dan juga multi fan yang mempunyai 5 corak operasi. Penggunaan ini dapat menambah kecekapan, lebih tahan dan dapat menjimatkan tenaga elektrik peti ais tersebut.
peti ais mitsubishi electric
peti ais Mitsubishi Electric
Peti ais ini didatangkan dengan 2 warna menarik iaitu hitam (diamond black) dan keluli tahan karat (stainless steel). Ia mempunyai ruang yang besar dengan ruang meletak barang yang mempunyai pelbagai fungsi tertentu. Tempat meletak barang di pintu juga boleh dilaraskan mengikut barang yang diletakkan. Sangat mudah dan selesa untuk digunakan. Selain itu, ia mempunyai fungsi 'eco mode' di mana secara automatik akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik ketika bukan waktu puncak penggunaan peti ais ini.

Aplikasi iOS dan Android Mitsubishi Electric
Aplikasi ini akan dilancarkan tidak lama lagi dan akan dikongsikan di sini. Dengan adanya aplikasi ini, anda semua dapat mengetahui produk Mitsubishi Electric yang ada di pasaran secara atas talian. Harap sabar menanti.

Apa pendapat anda dengan "produk baru Mitsubishi Electric" ini? Menarik bukan. Apa yang penting adalah produk - produk ini membantu memberikan penjimatan tenaga elektrik yang sangat baik. Justeru, adalah disarankan untuk mendapatkan produk yang memenuhi ciri-ciri ecogreen ini dan seterusnya dapat mencapai GBI (Green Building Index) yang ditetapkan. Jika anda bercadang untuk mengetahui bagaimana cara untuk menjimatkan tenaga elektrik, terdapat panduan yang boleh anda dapatkan dan ia sangat mudah untuk difahami.  Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

23 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, wahh bagusnya. sheila beli barang elektrik yang biasa2 je, tapi bil memang naik mencanak. compare dengan my sis in law, beli a bit pricely tapi bil elektrik dia cun je. takda lebih rm100.. padahal dia surirumah sepenuh masa, sheila ni kerja. hahhahaha. gigil tangan bayar bil elektrik tiap bulan. ekekeee ;p

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok produk2 baru mitsubishi electrik ni.. menarik dan cantik2... mmg best.. :) :)

    ReplyDelete
  3. Aduhai..peti ais nya tu yang paling mengancam kalbu..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnye peti ais tu :)
    da kawen nty bru blh beli (^_~)

    ReplyDelete
  5. pernah tengok pengering tangan tu dekat tandas awam..hehe..anak buah siap main-main lagi..kite first timetengok..hahaa

    ReplyDelete
  6. @Sheila Salim oleh itu, selepas ini pastikan barang yg hendak dibeli mengikut piawaian MEPS... :)

    ReplyDelete
  7. @Khir Khalid betul tu.. harga pun cantik kan. hee.. tp yg penting kualiti.. :)

    ReplyDelete
  8. @Diana Rashid harganya pun pasti mengancam kalbu juga... heee...

    ReplyDelete
  9. @Iena Eliena beli skrg pun boleh iena... dah kawin nanti transfer je ke rumah baru. heee...

    ReplyDelete
  10. @Nadia Johari best kan! kitorang yg pergi ni pun buat main banyak kali gak.. :D

    ReplyDelete
  11. owh macam2 produk gk mitsubishi ni ada..igtkn kete je hehe

    ReplyDelete
  12. @JMR banyak anak syarikat mitsubishi group ni.. salah satunya mitsubishi electric lah selain daripada mitsubishi motor.. :)

    ReplyDelete
  13. fuhh..macam2 produk ada rupanya ya. menarik. especially peti sejuk iteww…boleh bubuh macam2.^_^

    ReplyDelete
  14. @Nor Fauzah Samid besar kan peti ais dia.. puas hati betul kalau dapat satu letak kat rumah... ^_^

    ReplyDelete
  15. saya tertarik sgn peti ais tu... syoknya kalau dpt memilikinya

    ReplyDelete
  16. @zarul farhana mmg syok tp harga pun syok jugak... ^_^

    ReplyDelete
  17. bestnya kalau dapat 1 peti ais ni kat rumah...tapi harga pun mesti BEST kan DN...hehe

    ReplyDelete
  18. suka tengok peti ais tu boleh sumbat macam-macam... produck mitsubishi ni bagus

    ReplyDelete
  19. @Ezad Skytech haaa.. tahu pun so simpan2 la duit kalau nak beli peti ais ni. hehehe...

    ReplyDelete
  20. @young girl haa... tu lah. macam2 boleh sumbat kan... :D

    ReplyDelete
  21. harga mahal sikit takpe, janji kualiti tu boleh tahan bertahun2

    ReplyDelete
  22. banyak gak rangkaian produk keluaran mitsubishi ni rupanya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^