Seharian Bersiar-siar di Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor

Ini adalah entry yang paling banyak gambar. Sebab itu DN mengambil masa untuk menyiapkannya. DN pasti anda semua seronok melihat gambar-gambar di bawah nanti kerana DN juga sangat seronok sepanjang berada di sini. Seharian bersiar-siar di Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor terasa terlalu singkat dan pantas masa berlalu. Walaupun begitu, DN tidak mampu untuk menjejaki kesemua tempat di sini. Apa yang seronok sangat dengan TAMAN SAFARI INDONESIA ini? Jom DN kongsikan dengan semua dan pastinya ia merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi apabila berkunjung ke Jakarta, Indonesia.
Taman Safari Indonesia
Maklumat berkaitan "Taman Safari Indonesia" adalah seperti berikut :
TAMAN SAFARI INDONESIA
Jalan Raya Puncak 601 
Cisarua Bogor 16750 
Indonesia 
Tel: (+62251) 8250000 
Fax: (+62251) 8250555
Email : info@tamansafari.com

Waktu Operasi: 
9.00am - 5.00pm setiap hari 
(Jualan tiket terakhir jam 4.30pm)

Selain dari di Cisarua Bogor, terdapat beberapa lagi Taman Safari Indonesia yang terletak di Pasuruan, Bali dan Batang. Untuk maklumat lanjut berkaitan Taman Safari ini boleh ke Website : http://www.tamansafari.com/
Peta Safari
Peta Safari
Ini adalah peta yang akan diberi apabila memasuki Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor. Besar kan kawasan yang perlu dihabiskan dalam masa sehari. Sebab itu walaupun seharian bersiar-siar di Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor ini, DN tidak mampu untuk menjejaki kesemuanya melainkan jika DN hanya mengelilingi kawasan ini dengan menaiki kenderaan tanpa turun dan melihat apa yang disediakan di Taman Safari Indonesia ini.
Gelang Taman Safari Indonesia
Gelang Taman Safari Indonesia 
Mereka yang memasuki Taman Safari Indonesia ini akan diberikan gelang ini. Harga tiket untuk memasuki Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor adalah seperti berikut :-

Dewasa : Rp.150.000 (Tempatan) , Rp.300.000 (Antarabangsa)
Kanak-kanak 1-5 tahun : Rp.140.000 (Tempatan) , Rp.250.000 (Antarabangsa)
Kereta : Rp.15.000 (Tempatan/Antarabangsa)
Bas : Rp.20.000 (Tempatan/Antarabangsa)
Motor : Rp.5.000 (Tempatan/Antarabangsa)
Makanan Haiwan Taman Safari Indonesia
Makanan Haiwan Taman Safari Indonesia
Masuk sahaja ke Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor ini, tempat pertama yang DN jejaki adalah di Taman Safari. Uniknya disini, kita boleh membawa kenderaan dan dapat memberi makanan kepada haiwan di sini. Oleh itu, sebelum seharian bersiar-siar di Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor sila beli lobak yang dijual di tepi-tepi jalan untuk memberi makan kepada haiwan di dalam nanti. Jika pandai berurusniaga dengan mereka dan bercakap bahasa Indonesia, anda boleh mendapatkan harga seplastik lobak yang diikat-ikat sebegini dengan harga Rp.10.000 sahaja. Ok, jom kita masuk ke Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor. Selamat menjamu mata! ^_^
Taman Safari Indonesia 1
Taman Safari Indonesia 1
Taman Safari Indonesia 2
Taman Safari Indonesia 2
Taman Safari Indonesia 3
Taman Safari Indonesia 3
Taman Safari Indonesia 4
Taman Safari Indonesia 4
Taman Safari Indonesia 5
Taman Safari Indonesia 5
Taman Safari Indonesia 6
Taman Safari Indonesia 6
Taman Safari Indonesia 7
Taman Safari Indonesia 7
Taman Safari Indonesia 8
Taman Safari Indonesia 8
Taman Safari Indonesia 9
Taman Safari Indonesia 9
Taman Safari Indonesia 10
Taman Safari Indonesia 10
Taman Safari Indonesia 11
Taman Safari Indonesia 11
Taman Safari Indonesia 12
Taman Safari Indonesia 12
Taman Safari Indonesia 13
Taman Safari Indonesia 13
Ada pelbagai haiwan di TAMAN SAFARI INDONESIA - CISARUA BOGOR ini kan. Macam-macam gelagat haiwan yang boleh dilihat disini terutama apabila hendak memberikan makanan kepada mereka. Paling gerun apabila melihat tanduk yang besar dan panjang mendekati kereta kerana dikhuatiri disodok sahaja kereta kita apabila tidak diberikan makanan. Tinggi betul imaginasi DN kan. Hee.... 

Jika dilihat pada air di atas jalan tersebut, pastinya ia bertujuan untuk membasuh tayar kereta sebelum memasuki ke tempat-tempat habitat haiwan ini yang terdiri dari pelbagai jenis. Contohnya dari kawasan haiwan herbivor, sebelum memasuki kawasan haiwan karnivor, tayar kereta akan dicuci bagi mengelakkan bau yang ada melekat pada kereta. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini dari berlaku.
Baby Zoo Taman Safari Indonesia
Baby Zoo Taman Safari Indonesia
Seterusnya kereta yang DN naiki berhenti di "Baby Zoo & Bird Aviary". Di sini DN perlu turun dari kenderaan dan berjalan-jalan melihat apa yang ada di dalam tempat ini. Jom DN tunjukkan beberapa haiwan yang terdapat di dalam "Baby Zoo & Bird Aviary" ini.
Baby Zoo Taman Safari Indonesia 1
Baby Zoo Taman Safari Indonesia 1
Baby Zoo Taman Safari Indonesia 2
Baby Zoo Taman Safari Indonesia 2

Di dalam BABY ZOO & BIRD AVIARY, kita boleh memilih untuk bergambar dengan haiwan. Rasa hati teringin juga ingin bergambar dengan haiwan-haiwan buas tetapi comel ini. Tetapi bila difikirkan DN akan pergi ke beberapa negara lain dalam masa terdekat dan dikhuatiri DN membawa sebarang penyakit dari haiwan tersebut maka niat tersebut dibatalkan. Hanya melihat dari jauh sahaja haiwan comel ini.
Jadual Persembahan Taman Safari Indonesia
Jadual Persembahan Taman Safari Indonesia
Sebenarnya, DN memilih untuk bersiar-siar di Baby Zoo & Bird Aviary ini sementara menunggu persembahan "Elephant Show" pada jam 11.30am. Berhampiran dengan Elephant Show ini terdapat tempat makan maka DN merehatkan diri sambil makan dan minum seketika. Apabila persembahan hampir mula, DN mengambil tempat di ruang yang disediakan.
Elephant Show Taman Safari Indonesia 1
Elephant Show Taman Safari Indonesia 1
Elephant Show Taman Safari Indonesia 2
Elephant Show Taman Safari Indonesia 2
Selesai di "Elephant Show", DN ke "Dolphin Show" pula yang terletak agak jauh maka perlu mengambil kenderaan untuk ke sana. Sementara menunggu "Dolphin Show" jam 1.00 pm, DN bersiar-siar di tempat PENGUIN berada. Sejuk sahaja di sini. Mungkin sebab habitat semulajadi penguin adalah di tempat beriklin sejuk.
Dolphin Show Taman Safari Indonesia 1
Dolphin Show Taman Safari Indonesia 1
Dolphin Show Taman Safari Indonesia 2
Dolphin Show Taman Safari Indonesia 2
Selesai menyaksikan persembahan dolphin yang sangat mengujakan, DN meneruskan destinasi ke "Wild Wild West Cowboy Show". Bahasa sepanjang show adalah dalam Bahasa Indonesia maka DN masih boleh faham di sepanjang show ini berlangsung.
Wild Wild West Cowboy Show
Wild Wild West Cowboy Show
"Cowboy Show" yang bermula jam 2.00 pm berakhir dengan DN tidak memahami apa yang dikatakan. Hee... Mungkin kerana kedudukan DN yang agak jauh menyebabkan sukar DN mendengar dengan jelas. Walaubagaimanapun, persembahan dari mereka sangat bersemangat dan menarik.

Apabila jam sudah melewati 3.00pm, DN memilih untuk pulang. SEHARIAN BERSIAR-SIAR DI TAMAN SAFARI INDONESIA - CISARUA BOGOR Indonesia ini memberikan DN satu pengalaman yang menarik dan menghiburkan. Memang tempat yang sangat sesuai untuk dilawati seisi keluarga. Dapatkan penerbangan murah anda dan datanglah ke Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor ini. Rancang juga penginapan terbaik sepanjang di Jakarta, Indonesia. Pasti tempat ini tidak akan mengecewakan anda.

Selamat bercuti bersama keluarga!

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

35 Blue Komen:

  1. syok gi tmpt2 gini..baby rimau tu mcm jinak je..rilex je lalu tepi singa ek

    ReplyDelete
  2. DN : memang sonok dapat tengok show binatang semua nie.... tapi gambar selfie kat baby zoo tu - nampak comey sangat....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, wahh bestnya.. pernah tengok Running Man buat cast kat sini. macam best je. ekekkeee.. tengok rimau putih tu ~~~

    ReplyDelete
  4. wah..best2..kat sini la ada pengambaran Running man tu..kan?/

    ReplyDelete
  5. erm...best nyer...mcm besar je kan tempat tu....memang sesuai klu bawak anak anak ni..klu g soping perabih duit pulak...hehhehee..ape pun...tepuk poket lah kan...

    ReplyDelete
  6. bestnya..bila nad mampu ke luar negara..tengok gambar yang binatang berkeliaran tu..takutnya kalau diapa-apakan

    ReplyDelete
  7. bestnya DN... berpeluang ke tempat ni....

    ReplyDelete
  8. Nasib baik dalam kenderaan kan..kalau la boleh masuk lepas bebas macam kat zoo malaysia x tau la nak cakap mcam mana..nak2 kelibat harimau tu...

    ReplyDelete
  9. @JMR sekali2 tgk binatang sebegini mmg syok dari tgk kerja je. hee....

    ReplyDelete
  10. @Sheila Salim DN xfolo running man tp ramai yg kata camtu, betul lah tu sheila. hee...

    ReplyDelete
  11. @Diana Rashid betul lah tu... sebab ramai yg kata macam tu. hee...

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 heee... boleh plan kalau nak baa family ke sini. kena simpan duit sebaiknya... :)

    ReplyDelete
  13. @Nadia Johari insyaAllah rezeki itu akan ada... :)

    binatang disini pun jinak. selagi kita ikut peraturan yg telah ditetapkan, insyaAllah selamat.. :)

    ReplyDelete
  14. @zarul farhana jika berpeluang ke Jakarta, datang lah ke sini.. :)

    ReplyDelete
  15. @Amanda Suria itulah... tp risau gak kalau haiwan2 ni tiba2 mengamuk & semua kereta dirempuhnya. Hee... jauh DN fikir kan.. :D

    ReplyDelete
  16. sesekali pergi ke taman safari ni best juga kan...dapat tengok macam2 jenis haiwan...hehe

    ReplyDelete
  17. bila tengok gambar "Baby Zoo Taman Safari Indonesia 2" tu...baru perasan port yang sama salah seorang ahli Runnning Man kena buat task kat situ, kena sikat bulu singa jantan pertengahan bulan Jun 2014 hari tu...hehe

    ReplyDelete
  18. bila tengok zoo ni teringat runningman Jong kok sikat rambut singa.... teringin nak pegi boleh tengok rimau putih dekat2 aummmm

    ReplyDelete
  19. @Ezad Skytech seronok tgk gelagat mereka ni...

    DN xfollow cerita Runningman tapi ramai yg kata mcm tu so betul lah tu... hee...

    ReplyDelete
  20. @young girl really sikat rambut singa? best tu!!!

    ReplyDelete
  21. wah best nye... ni lah lokasi shooting running man ritu kan...yangkena sikat rambut singa hehe... best nye...adventure

    ReplyDelete
  22. @Ezad Skytech Ezad ni peminat tegar runningman betul..sampai igt lokasi shooting tu

    ReplyDelete
  23. Best nye.. Kalau lah dapat pegi ngn my princess mesti dia sukaaaaaa.. (:

    ReplyDelete
  24. DN macam ayah mertua kite, dia suka travel... Dlm sethn byk kali dia travel ke indon, lain lain tempat.

    ReplyDelete
  25. ni mesti si Dayyan pun suka tmpt gini..bwk gi bird park pun bukan main excited dia

    ReplyDelete
  26. carrot tu nampak macam sedapnya.. hehehehe untung binatang2 tu makan sedap.

    ReplyDelete
  27. hmmm tak berapa minat sangat nak melawat indonesia. sbb klu ckp bahasa masih bleh paham. nak pi negara yang susah nk communicate hehe :D

    ReplyDelete
  28. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    ReplyDelete
  29. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    ReplyDelete
  30. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete
  31. Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
    http://keretamurahpelancongan.blogspot.com/
    JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
    Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
    Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

    Contact Person :
    Mobile Phone : +6281322167717
    WhatsApp : +6281214741600
    +6281220477335
    Email : irditour.bandung@yahoo.com
    Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

    Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
    Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
    Wassalam..wr.wb..

    ReplyDelete
  32. Salam sejahtera Tuan / Puan, semoga Tuan / Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung / Jakarta. Buat Tuan / Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung / Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6282262272279
    WhatsApp : +6282280000071
    Email : podomorootransportbandung71@yahoo.com
    Blog : http://podomoroopelancongbandung.blogspot.co.id (Podomoroo Transport Bandung)
    Facebook : Podomoroo Transport
    Fanspage : Podomoroo Transport Bandung


    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…
    Kami pun menyediakan Pakej Transport dan Hotel
    Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
    3D2N
    2 Pax = 330 Rm / Pax
    3 Pax = 300 Rm / Pax
    4 Pax = 230 Rm / Pax
    5 Pax = 230 Rm / Pax
    6 Pax = 200 Rm / Pax

    Van Short
    3D2N
    7 Pax = 250 Rm / Pax
    8 Pax = 220 Rm / Pax
    9 Pax = 220 Rm / Pax
    10 Pax = 200 Rm / Pax

    Van Long, Toyota Hiace Commuter
    3D2N
    11 Pax = 220 Rm / Pax
    12 Pax = 200 Rm / Pax
    13 Pax = 200 Rm / Pax
    14 Pax = 190 Rm / Pax
    15 Pax = 190 Rm / Pax

    Pakej Transport dan Hotel 4D3N
    Kereta Avanza, Luxio, Apv, Evalia, Sigra, Grand Livina
    4D3N
    2 Pax = 460 Rm / Pax
    3 Pax = 430 Rm / Pax
    4 Pax = 320 Rm / Pax
    5 Pax = 330 Rm / Pax
    6 Pax = 280 Rm / Pax

    Van Short
    4D3N
    7 Pax = 350 Rm / Pax
    8 Pax = 310 Rm / Pax
    9 Pax = 310 Rm / Pax
    10 Pax = 280 Rm / Pax

    Van Long, Toyota Hiace Commuter
    4D3N
    11 Pax = 310 Rm / Pax
    12 Pax = 280 Rm / Pax
    13 Pax = 290 Rm / Pax
    14 Pax = 270 Rm / Pax
    15 Pax = 280 Rm / Pax

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan / Puan untuk ke Bandung.


    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Podomoroo Transport Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Wassalam, Terima kasih...

    ReplyDelete
  33. Bismillah..
    Assalam / Salam sejahtera Tuan,puan,abang dan kakak.
    Perkenalkan kami team Best Tour Bandung, Kami ada menyediakan perkhidmatan
    Supir / harga pakej bercuti ke bandung.
    Pakej bercuti
    Pakej 1 = Supir,Hotel,Makanan dan tiket lawatan [Per pax]
    pakej 2 = Supir,Hotel dan makanan [per pax]
    pakej 3 = supir dan hotel [per pax]
    paket 4 = Khidmat supir sahaja [per day]

    Harga sewa Kereta per Day :
    # Suzuki APV/ Toyota Avanza/ Daihatsu Luxio/ Nissan Evalia [6-7 seat]
    Rate: IDR 350.000

    # Toyota Innova [7-10 seat]
    Rate: IDR 500.000

    # Kia Pergio [8-10 seat]
    Rate: IDR 500.000

    # Coaster Isuzu Elf Short [11-12 seat]
    Rate: IDR 600.000

    # Coaster Isuzu Elf Long [19 seat]
    Rate: IDR 800.000

    # Toyota Hiace Commuter [15 seat]
    Rate: IDR 850.000

    *Include : Minyak, Parking fee, Tol, Driver, Drivel meal and kereta
    *Exclue : Entrance fee ke tempat-tempat Pelancongan untuk persons dan kereta.

    Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.
    Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi.
    Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :
    Armada kami siap hantar tuan/puan untuk menikmati cantik nya kota bandung,dengan harga jimat, sila hubungi whatsapp kami
    WhatsApp :+6282214268400
    WhatsApp :+6287825410700
    FB Syarikat : Punaza Besttour
    Fanspage : Best City Tour & Travel Bandung
    Email : Sapsudin.besttour@gmail.com
    Website : http://sewakeretamurahmelancong.com/sewa_kereta

    NB : Walaupun promote saya kurang manis dalam perkataan nya, tetapi saya dan team sudah berpengalaman dalam memberikan kepuasan percutian di bandung.
    Jangan tertipu dengan kata manis perkataan, tapi percaya lah dengan kenyataan dari pengalaman kepuasan orang.
    Semoga informasi yang saya berikan dapat memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^