Sup Ekor Sedap di Sop Buntut Bogor Cafe Jakarta

DN ada pergi beberapa tempat makan yang sedap di Jakarta Indonesia sepanjang di sana. Salah satunya yang DN ingin kongsikan dengan semua adalah di Sop Buntut Bogor Cafe. Restoran ini sepenuhnya diuruskan oleh Hotel Borobudur Jakarta.
Sop Buntut Bogor
Sop Buntut Bogor
Terdapat banyak cawangan Sop Buntut Bogor ini dan DN telah pergi ke cawangan baru mereka yang terletak berhampiran dengan Hard Rock Cafe Jakarta. Maklumat Sop Buntut Bogor Cafe adalah seperti berikut :-
SOP BUNTUT BOGOR CAFE
SCBD Pacific Place Mall, 
Level 5-57, Jalan Jend. Sudirman No.52-53, Indonesia
No. Tel : +62 21 57973238

Sop Buntut Bogor Cafe
Sop Buntut Bogor Cafe
Beginilah suasana klasik di Sop Buntut Bogor Cafe ini. Suasana yang mewah dan selesa ini membangkitkan rasa nyaman untuk pengunjung yang datang ke sini. Kebersihan juga dititikberatkan oleh mereka. Oleh itu, DN akan kongsikan dengan semua apakah menu kegemaran disini untuk tatapan semua. Mana tahu, ada rezeki ke Jakarta, boleh pertimbangkan untuk ke Sop Buntut Bogor Cafe ini. 
Sop Buntut Bogor Special
Sop Buntut Bogor Special
Inilah Sop Buntut yang DN katakan itu. DN memilih Legendary Oxtail Soup Rp.135.000. Memang besar hidangan ini dan puas hati apabila dapat menikmatinya. Walaupun besar, DN mampu untuk menghabiskannya seorang diri. Mana tak gemuk kan. Hahaha....
Sop Buntut Bogor Rice
Sop Buntut Bogor Rice
Hidangan Legendary Oxtail Soup ini didatangkan dengan nasi. Ketika DN ke sana masih belum diet lagi (diet ke?). Hehehe... Oleh itu, sekejap sahaja licin pinggan nasi ini. Setakat nasi besar itu, beberapa kali suap sahaja sudah habis kan. Heee....
Sop Buntut Bogor Martabak
Sop Buntut Bogor Martabak
Selain dari hidangan sup buntut, terdapat juga pilihan hidangan lain di Sop Buntut Bogor Cafe ini. Salah satunya adalah Martabak Buntut Rp.58.000. Rasanya juga sangat sedap dan enak. Walaupun hanya makan begitu sahaja, martabak ini tetap sedap tetapi jika ingin lebih sedap,martabak ini harus dimakan dengan sos kicap pedas itu. Rasanya sangat terbaik dan DN bungkus 1 lagi martabak ini untuk makan di bilik pula. Hehehe... 
Sop Buntut Bogor Drink
Sop Buntut Bogor Drink
Untuk minuman, DN memilih jus ceri ini dan air aqua. Harga DN tidak ingat pula. DN akan update apabila DN jumpa resit pembelian di sini ye. Macam dah buang sahaja. Hehehe.... Apapun, DN sangat berpuas hati dengan makanan yang ditawarkan di Sop Buntut Bogor Cafe ini. DN memang cadangkan mereka yang ke Jakarta untuk mencuba sup ekor istimewa di restoran ini. Pasti tidak mengecewakan anda.

Lapar tetapi sibuk? Boleh dapatkan khidmat delivery foodpanda terus ke tempat anda 
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

37 Blue Komen:

  1. dulu masa mula-mula bila dengan buntut ingatkan apa la kan.... rupa-rupanya sup ekor... hehehehe....

    ReplyDelete
  2. Orang sana memang sebut sup ekor sup buntut kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, murtabak tu nampak mengiurkan. ehehhehe

    ReplyDelete
  4. sup buntut....unik namanya...kat sini sup ekoq..jadi buntut kat sana yer...hihi

    ReplyDelete
  5. hehe...ingatkan apa sup buntut tu...mujurlah kat sini namanya lain...kih3

    ReplyDelete
  6. @hazman fadzil : tu la pasal kan abg man...sup ekor rupanya sup buntut ni..kih3

    ReplyDelete
  7. @Amanda Suria : yela tu kot...tapi kat Malaysia dipanggil sup ekor la...hehe

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim : walaupun hanya sekeping murtabak...tapi tetap nampak sedap kan...hehe

    ReplyDelete
  9. @jaymiee : kalau yang first time datang ke sana mesti tertanya-tanya apa benda sup buntut tu kan...kih3

    ReplyDelete
  10. Amboi DN.... Bro sekarang dah xlalu makan banyak2 tau...

    kot...

    ReplyDelete
  11. saya pernah dengar nama su ni tapi kat Mlaysia takde katanya sedap

    ReplyDelete
  12. Ingt buntut tu bontot binatang..hehehe..

    ReplyDelete
  13. @Alin Marlini memang menyelerakan.. siap take away tau... hee...

    ReplyDelete
  14. @jaymiee haa.. tulah.. jgn terkejut bila diorg xtahu sup ekor tu apa. hee...

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech tahu pun... tp sup buntut kt sana sedap...

    ReplyDelete
  16. @Dr Fattah byk lg perkataan yg unik di sana... hee...

    ReplyDelete
  17. @young girl kat malaysia org panggil sup ekor... sama je mcm kat sana cuma rasa yg beza2... :)

    ReplyDelete
  18. @Nadia Johari kalau org xtahu mmg ingat mcm tu. hee...

    ReplyDelete
  19. sup bontot?? hehe chicky nye bunyi kalau kat malaysia kan.... byw still nampak sodap

    ReplyDelete
  20. Percayalah percayalah
    Sejauh mana dirimu
    Ku ingin kau tahu
    Ku tak kuat makan macam dulu he...23x

    ReplyDelete
  21. sup ekor ni, makan time hujan/sejuk, memang syok..banyak khasiat ni esp utk org lelaki hahah

    ReplyDelete
  22. Ye ke.... nampak sangat Dn dah lama xjumpa bro... mmg bro dah kurang sikit makannnya.... sikit je tau

    ReplyDelete
  23. hujan-hujan mcm skang ni mesti nak cari sup ekor..baru panas badan

    ReplyDelete
  24. masa first time gi Indonesia dulu, tergelak dengar sup buntut. ingatkan diorang betul2 makan buntut lembu.

    rupa2nya ekor lembu. huhuuh

    ReplyDelete
  25. glup.. namanya buat zuan macam kurang berselera.. huhu

    ReplyDelete
  26. Makan sup ekor sampai ke Jakarta ye DN...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum DN...kalau hubby mmg suka mkn sup ekor ni...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^