2015... Apa perancangan DN untuk 2015? Ke mana DN akan pergi untuk tahun ini? Heee... Tunggu lah DN reveal bila sudah sampai masanya. Sebelum itu, bagi DN throwback tempat-tempat yang DN sudah lawati sepanjang tahun 2014. Memang tidak banyak tetapi sebenarnya DN repeat ke tempat yang sama beberapa kali.
1. Solo City, Indonesia
Solo City memang sentiasa menjadi destinasi pilihan DN. Lebih 2 kali DN sudah ke Solo City ini. Untuk tahun 2014 sahaja, 3 kali DN ke Solo City ini. Hanya mereka yang pernah sampai sahaja merasai apa yang DN rasa. Apa yang pasti, disinilah destinasi tetap DN untuk merehatkan diri. Boleh baca di :
Kisah lain semasa DN di Solo City boleh baca di Kembali Solo.
2. Adelaide, South Australia
Adelaide South Australia merupakan destinasi yang DN pilih secara tidak sengaja. Bila sudah beli tiket flight, baru DN study route dan apa yang hendak dibuat serta pergi di sana. Siap buat itinerary lagi sebab tidak mahu sesat di negara orang. Alhamdulillah, di sini segalanya berjalan lancar. Kisah DN di Adelaide, South Australia ini boleh dibaca di :
3. Jakarta, Indonesia
Jakarta, Indonesia juga merupakan tempat yang sudah DN kunjungi 2 kali untuk tahun 2014 tetapi DN masih belum kongsikan di sini. InsyaAllah DN akan kongsikan kisah DN di Jakarta, Indonesia tidak lama lagi. Banyak tempat yang menarik sebenarnya di Jakarta, Indonesia ini. Banyak gambar yang perlu diedit sebelum dimasukkan di dalam blog ini. InsyaAllah tahun ini DN akan menyiapkan entry DN semasa di Jakarta, Indonesia.
4. Hanoi, Vietnam
Hanoi, Vietnam menjadi pilihan DN untuk menghabiskan cuti tahunan DN. Disinilah DN belajar untuk berkawan dengan orang-orang dari negara lain dan sejujurnya disinilah tempat yang terhad makanan halal. Kisah DN di Hanoi, Vietnam juga belum sempat DN abadikan di blog. InsyaAllah tahun ini DN akan menyudahkan entry ini.
Entry bertangguh travelog DN tahun 2013 yang DN bawa ke 2014 adalah seperti berikut:
1. Phnom Penh, Cambodia
2. Siem Reap, Cambodia
3. Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam
4. Kuala Lumpur, Malaysia
Inilah antara beberapa tempat yang telah DN jejaki. InsyaAllah DN akan berkunjung ke tempat-tempat lain pula. Walau di mana DN berada, walau apa yang DN lakukan, doakan DN selamat dan dilindungiNya kerana DN yakin, cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Allah adalah sebaik-baik perlindungan.
Selamat membaca! :)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
bila kita nak ke Kemboja dan Vietnam lagi..? hehehee
ReplyDeleteMacam tahun nie tak banyak je DN.. ke entrynya akan dibawa ke tahun hadapan?
ReplyDelete@KiD kalau ada rezeki, boleh je pergi lg... :)
ReplyDelete@Bro Framestone ikut kemampuan DN.. tahun ini lg byk tanggungjawab. xpasti boleh pergi byk tempat atau tidak.. doa2 lah ye.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, wahh bestnya.. suka baca entri2 DN pergi travel. tahun lepas sheila tak berkesempatan nak pergi mana2. hehehe
ReplyDeleteHope tahun nie ada peluang nak travel bersama Deq Noor... :p
ReplyDeleteok la tu, byk gk tmpt dlm setahun kan..2015 mesti lg byk, mana tahu ada sesi 'honeymoon' kan hehe
ReplyDeleteHuhu, seronoknya... Luas perjalanan, luas lagi pengalaman kan...
ReplyDeleteBila lah akak nak merasa dapat jalan2 gini huhuu...
@Sheila Salim tunggu anak sheila besar, nanti mesti best bawa g jln2.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil insyaAllah jika ada rezeki.. :)
ReplyDelete@JMR honeymoon? hahaha.. amin... doakan lah ye.. :)
ReplyDelete@Noor Azlin insyaAllah 1 hari nanti kak... :)
ReplyDeletebestcnya DN jalan sakan yer ..
ReplyDeleteDN muda2 dah menjelajah banyak tempat..akak baru berapa je...
ReplyDelete@Auntie Kemai alhamdulillah... rezeki utk lihat tempat orang.. :)
ReplyDelete@Amanda Suria insyaAllah akan ada rezeki akak utk travel lagi.. :)
ReplyDeletewahh byk tempat DN dh pegi.... seronoknya...
ReplyDelete@zarul farhana alhamdulillah... rezeki... :)
ReplyDeletebanyak juga tempat yang DN sudah pergi ye sepannjang tahun lepas...teringin juga nak travel banyak tempat macam ni satu hari nanti...hehe
ReplyDelete@Ezad Skytech ada peluang & rezeki, pergi lah ye.. xyah pikir banyak sgt. heee...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki DN dpt pergi negara org, afasz masih belom berkesempatan... Belom rezeki lg. . In sha Allahs atu hari nnti
ReplyDelete2015 konfem lagi banyak koleksi tempat yg dah pegi ni..insyaAllah
ReplyDeletewow! banyak kot. 2014 zuan tak pi mana mana pun :(
ReplyDelete