Wan Norazilah Wan Dolah Penipu

DN cuba tenangkan diri untuk tidak melatah dan tidak mengambil sebarang tindakan. Malangnya DN gagal untuk berdiam diri. Memandangkan insan dengan nama yang cantik tetapi perlakuan sangat buruk, WAN NORAZILAH WAN DOLAH telah menipu ayah DN sendiri maka DN tidak boleh berdiam diri. Kalau orang lain mengganggu hidup, menipu atau mempermainkan DN, DN masih boleh sabar dan berdiam diri. Tetapi jika keluarga DN terutama sekali ayah atau ibu DN yang disentuh, DN tidak akan berdiam diri.

Perkara ini terjadi beberapa minggu lepas. Ayah DN beritahu ingin membeli ubat secara online untuk penyakit buah pinggangnya. Ya, memang ayah DN sakit dan DN tidak pernah berkongsi dengan sesiapa kerana ini urusan peribadi keluarga. Tetapi disebabkan perkara ini berlaku dan DN tidak mahu orang lain turut tertipu sama maka, DN nekad mendedahkan perbuatan perempuan yang bernama WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini. Ayah DN telah membeli ubat yang berharga RM820 dengan perempuan ini. Ayah DN sudah bercakap terus denganWAN NORAZILAH WAN DOLAH menerusi telefon sebelum membuat pembelian dan pembayaran. Ubat tersebut diambil dengan Dr Rizmi dari Brunei katanya.

Selepas pembayaran dibuat, Ayah DN terus berhubung melalui mesej dengan WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini dan menunggu barang sampai. Katanya barang dari Sabah maka ambil masa 3 hari tetapi selepas 3 hari barang masih belum sampai. Bila bertanya kenapa barang belum sampai dan minta tracking number, macam-macam alasan diberi. Tracking number yang diberi juga bukan kepunyaan ayah DN. Ayah DN mula mencurigai perempuan ini dan minta dikembalikan duit. Bermulalah segala mesej ayah DN tidak dibalas.
Akhirnya, ubat yang ditunggu-tunggu sampai. Kebetulan DN di rumah ketika itu dan DN sangat terkejut melihat keadaan bungkusan yang sangat tidak memuaskan dan barang yang sampai itu bukan seperti apa yang diterangkan kepada ayah DN.

 1. Plastik Pos Laju koyak / berlubang.
2. Belum buka lagi sudah dapat rasa barang yang sampai telah terkeluar dari bekas.
3. Baca description barang yang ditulis pada parcel "3 pek Arabic Gum". What!!! Ok.. Sabar dulu.
4. Buka parcel sudah kelihatan serbuk "Arabic Gum" terkeluar dari bekas plastik? Dalam hati DN, ubat ke ni letak dalam bekas je?
5. 3 pek katanya tapi yang ada hanya 1 bekas sahaja. Kata kotak tapi mana kotaknya?
Memang sah sudah kena tipu dengan WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini. Kata ubat khas dari Dr Rizmi. Ubat khas lah sangat. Ayah DN memang amalkan Arabic Gum ini dan RM820 untuk Arabic Gum terlalu mahal. Arabic Gum yang kami beli 1 botol hanya RM15 sahaja. Kami kini telah membeli 1 kotak Arabic Gum yang mempunyai 24 botol dengan harga RM288 sahaja. WAN NORAZILAH WAN DOLAH telah menjual kepada ayah DN 1 bekas Arabic Gum dengan harga RM820, 98% lebih mahal dari harga sebenar 1 botol di pasaran.

 Ayah DN mesej semula WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini untuk meminta penjelasan tetapi langsung tiada jawapan. Yang paling menarik adalah segala mesej dan talian telefon tidak dapat menembusi nombot telefon yang digunakan untuk mesej selama ini. Ini bermakna nombor ayah DN telah disekat dari menembusi talian telefonnya. DN cuba telefon menggunakan nombor telefon DN pula, masuk talian tetapi tidak berangkat. Bila DN cuba menelefon WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini sekali lagi, talian DN juga telah disekat.

Ayah DN kata, "Tidak apa lah. Ini dugaan untuk Abah". Memang dugaan untuk ayah DN tetapi ini tidak bermakna DN boleh berdiam diri dan biarkan WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini terus menipu mangsa-mangsa lain. Sangat kejam perbuatan perempuan ini kerana menipu orang yang sedang dalam kesakitan dan mencari alternatif untuk lebih sihat macam orang lain. Oleh itu, DN mengambil keputusan untuk membuat laporan dan entry ini. Pejabat yang digunakan oleh WAN NORAZILAH WAN DOLAH untuk penghantaran barang ini juga akan DN kaitkan. Alamat pejabat tersebut adalah seperti berikut :-
MEKAR TRADING
BEST DELIGHT TRAVEL & TOUR
Shop Lot 21, 1st Floor, Borneon Centre,
Luyang, Jalan Kolam,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Tel. : +60195491600 / +601125461455
Oleh itu, sila berhati-hati dengan WAN NORAZILAH WAN DOLAH ini. DN dimaklumkan ada juga mangsa yang turut sama ditipu selain ayah DN. Sebab itu DN nekad buat tindakan ikut kemampuan DN. Jika ada yang baca entry ini dan ingin gunakan untuk beri peringatan kepada orang lain, DN alu-alukan. Terima kasih kerana baca dan panjangkan kepada orang lain untuk peringatan semua. Orang sebeginilah yang telah merosakkan perniagaan atas talian (online) di negara kita.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

62 Blue Komen:

  1. Sepatutnya lapor kepada polis dulu untuk tindakan lanjut. Polis pun ada maklumat banyak mengenai dia tu. Tapi baguslah untuk peringatan kita juga.

    ReplyDelete
  2. hampeh tul.... macam ni peniaga penipu.. huh!

    ReplyDelete
  3. @Khairil Mazri laporan dah buat dah... ini untuk peringatan supaya apabila orang search nama perempuan ini dapat tahu yang dia adalah penipu...

    ReplyDelete
  4. @KiD itulah... tenang kot kerja tipu orang ni. heee....

    ReplyDelete
  5. Melampau betul menipu orang.. Memang orang spesis macam ni la yg rosakkan perniagaan online..

    kena viralkan entri deqnoor ni biar semua orang tahu dia tu penipu..

    ReplyDelete
  6. Jumpa mangsa yang pandai 'santet' orang agaknya baru dia nak insaf..dah muntah darah & jadi kurus keding ke..

    ReplyDelete
  7. Oh ada kaitan dengan PosLaju....

    Ok, dekat situ je Bro dah hilang kepercayaan...

    ReplyDelete
  8. menakutkan juga ni..abah saya pun makan arabic gum dan mmg sll beli online. Harapnya tak tertipu laa sebab mahal sgt harga ni..

    ReplyDelete
  9. tak patut orang tu buat macam tu, moga orang tersebut insaf dan bertaubat

    ReplyDelete
  10. Tak guna py pompuan...geramlah kak alin bc...takpe dn...ada balasannya nnt

    ReplyDelete
  11. memang tak bertamadun punya orang berbisnes macam tu.Doa bebanyak Deqnoor, moga Allah akan membalas semua penipuannya tu

    ReplyDelete
  12. haih... orang camni la yg merosakkan nama internet marketer jujur cam Acul. secara tak langsung Acul pun kene tempias jugak walau Acul jaga customer. ada jugak 2-3 customer Acul yang mengadu pernah ditipu peniaga online sebelum ni. penat Acul yakinkan diorang dan alhamdulillah diorang puas hati dengan servis Acul

    ReplyDelete
  13. boleh la try report polis dan recce org tu kat mekar trading best delight..

    ReplyDelete
  14. Org yang merosakkan perniagaan dalam internet...

    mmg patut kena ada ssm lepas nie..

    Hopefully DN dapat balik refund duit tue nanti...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah manusia mcmni pun ada...org teraniaya selalu dilindungi Allah SWT DN...ambil tindakan jgn biarkan tu yg kita tahu sorang..entah berapa ramai dia tipu dah tu..

    ReplyDelete
  16. Kes2 mcm ni lah buat org trauma nak membeli dengan penjual online mcm Nisa.. ada yang duk tanya mcm2.. sampaikan kalau poslaju yg prob lambat hantar barang pun, habis kami yang kena maki. haha adoi.. harap DN bersabar ya dengan dugaan ni..

    ReplyDelete
  17. Sy yakin sis DN pasti dh buat report poliskan. Mohon follow up dengan pihak polis supaya proses penangkapan dilakukan secepat mungkin. Follow up sekerap mungkin. Direct dengan ketua bahagian jenayah komersial. Inshaallah kes ni boleh settle. Sy doakan ayah sis dapat semula duitnya. Kalau tak dapat, anggaplah bukan rezeki. At least dapat jumpa perempuan tu pn jadi la. Sy ckp sbb kenalan sy pernah alami kes mcm sis tapi x sempat jumpa sbb org yg menipu tu mati dulu. Dapat tengok gambar je. Tu pun polis yg tunjuk 😁

    ReplyDelete
  18. ya allah..dugaan nye..moga diampunkan dosa org tu..kalau nk arabic gum ida ade kenal org yg jual.

    ReplyDelete
  19. Memang dah kes naya betul la nie.... abang tumpang simpati - semoga diberikan kesihatan yang baik untuk ayah DN - rasanya inilah antara sebab kenapa gomen nak wajibkan peniaga online daftar dengan SSM kan....

    ReplyDelete
  20. Akak rasa x tenang hidup di kalau menipu macam tu...kurang ajar la...eee...geram betul la plak...

    ReplyDelete
  21. terok btol pompuan tu..amik kesempatan atas kesusahan org lain..mungkin org sabah boleh check alamat tu..atau mungkin alamat tu palsu tu gk?

    ReplyDelete
  22. @Anarm itulah.. kesian pd mereka yg berniaga dgn jujur kan...

    ReplyDelete
  23. @Man from PSV xdelah smpai nak buat macam tu. huhuhu...

    ReplyDelete
  24. @Bro Framestone pos laju mungkin buat kerja sambil lewa tetapi pengirim kenalah pastikan barang yang dikirim telah dirapikan dalam keadaan baik...

    ReplyDelete
  25. @Norhana Marsom kalau dari awal dimaklumkan yang ia adalah arabic gum, memang ayah DN xbeli punya...

    ReplyDelete
  26. @Rika Oktavia seronok kot dapatkan duit dengan menipu orang.. tak baik kan...

    ReplyDelete
  27. @Mrs Little Voice DN lagi geram bila dapat tahu dari ayah DN. Rasa nak ke Sabah & cari je perempuan ni tau kak. huhuhu... :(

    ReplyDelete
  28. @reezluv DN percaya Allah ada hikmah atas segala yg berlaku... & doa orang teraniaya itu dimakbulkan Allah. InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
  29. @Mohd Rasul tahu acul jujur dlm berniaga.. teruskan berniaga dengan ikhlas kerana rezeki yang dapat walaupun sedikit itu lebih berkat dari menipu orang.. :)

    ReplyDelete
  30. @Al Kisah dah tanya company tu tp dia kata xde.. bila tanya lebih lanjut, xde respon dah...

    ReplyDelete
  31. @Fazrol Amer duit tu sure dia dah guna.. apa yg penting orang lain sudah tidak terkena dgn perempuan ini lg...

    ReplyDelete
  32. @Akma Omar sbb tahu ada org lain yg kena, sbb itulah tindakan diambil... moga jadi pengajaran buat penipu ini...

    ReplyDelete
  33. @Nisa Kay itulah.. dugaan utk ayah DN.. sian dia... DN hanya bantu semampu DN..

    ReplyDelete
  34. @Noorain dah buat report.. tengok lah nanti apa tindakan selanjutnya... thanks sudi kongsi pengalaman dgn DN.. :)

    ReplyDelete
  35. @NURUL AQIDAH AZAHAR ada juga jual di sini & memang dah lama amalkan.. moga terbuka hati dia untuk bertaubat dari terus menipu orang.. :)

    ReplyDelete
  36. @kaptenkiid kita tgk apa tindakan selanjutnya ye.. :)

    ReplyDelete
  37. @hazman fadzil thanks abg man.. betul tu... memang semua peniaga online ajib daftar SSM...

    ReplyDelete
  38. @Amanda Suria xtahu lah kalau perempuan ini tenang hidupnya dgn terus menipu org.. tp itu lah, bila tidak menitikberatkan halal haram rezeki yg diterima, ia sudah sebati & jadi darah daging dirinya utk terus menipu...

    ReplyDelete
  39. @JMR alamat itu wujud tapi orang itu tidak bekerja di sana...

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum DN, kejinya orang ni. kesian kat abah DN. semoga kalian semua bersabar dengan dugaan ini..

    ReplyDelete
  41. kerja nak menipu org jer..memang xselamat hidup die tu....insyallah...

    ReplyDelete
  42. menipu sampai macam ni sekali kan DN? Semoga Allah memberi balasan yg setimpal

    ReplyDelete
  43. ya allah.. sampai macam tu sekali.... harap yang lain berhati2

    ReplyDelete
  44. @Sheila Salim mmg kesian tgk ayah DN.. Alhamdulillah, kami semua terima dugaan ini... :)

    ReplyDelete
  45. @Makcik Anak 3 xtahulah kalau dia tenang bila selalu menipu orang je... ada juga org mcm ni kan...

    ReplyDelete
  46. @Noriza MiracleVitamins tak sangka ada orang melayu macam ni.. perempuan pula tu. mmg menyedihkan...

    ReplyDelete
  47. @cik amal itulah.. harap berhati2. kalau boleh search nama orang dulu sebelum transfer duit online kepada sesiapa...

    ReplyDelete
  48. kesian ayah DN..kita sebagai anak mesti akan rasa sedih bila orang buat macam nie. :(

    ReplyDelete
  49. @Nor Fauzah Samid itulah... ayah sendiri yg kena. mmg anak yg melenting, bukan ayah. hee...

    ReplyDelete
  50. kejamnya..dahla orang tu sakit ko main-main kan pulak..

    ReplyDelete
  51. @Nadia Johari itulah... xsangka ada orang melayu yg kejam mcm ni.. :(

    ReplyDelete
  52. uishh menipu betul... haram makan duit hasil penipuan...

    ReplyDelete
  53. @zarul farhana kalau org ni fikir halal haram, dia xkan buat kerja macam ni...

    ReplyDelete
  54. tu la nak beli barang on9 ni kena yang kita biasa dengar

    ReplyDelete
  55. Boleh saya dapat kontek no penjual yg menjual rm15/botol tu
    tq

    ReplyDelete
  56. moga-moga dia dah insaf skang ni

    ReplyDelete
  57. astagfirullah. tergamak dia buat macam ni

    ReplyDelete
  58. Terima Kasih utk post ni.
    Sy hampir memasukan duit dan membeli ubat dr beliau.
    Sy penghidap penyakit buah pinggang , dgr ubat yg bole elok mesti la sy nk cuba.
    Sy google no dia dan jumpe blog Puan.
    terima kasih sekali lg.

    ReplyDelete
  59. Terima Kasih utk post ni.
    Sy hampir memasukan duit dan membeli ubat dr beliau.
    Sy penghidap penyakit buah pinggang , dgr ubat yg bole elok mesti la sy nk cuba.
    Sy google no dia dan jumpe blog Puan.
    terima kasih sekali lg.

    ReplyDelete
  60. Ya Allah. saya minta maaf sangat-sangat kepada tuan punya blog.

    begini ceritanya.

    perempuan itu buat dropship dengan saya. saya jual gum arabic ini kepadanya untuk 3 paket itu adalah hanya RMxx sahaja. tak sampai rm100 pun termasuk pos.

    lepas tu die minta saya poskan kepada customernya dan sebenarnya sayalah yang tukang pos + tulis + letak dalam bekas gum arabic itu seperti gambar di atas.

    so kiranya saya lah 'Dr Rizmi' yang die maksudkan. die memang penipu dan licik. saya bukan Dr Rizmi.

    dengan nama Allah, saya tak sangka dan tak tahu die jual kepada ayah DN dgn harga rm820. saya ingat die jual murah2 sahaja seperti saya jual kat die. dalam rm30 je sepeket.

    saya ada bongkarkan juga kisah dia di blog saya di sini

    http://www.getaharab.com/2015/04/awas-jangan-tertipu-dengan-penjual.html

    saya mohon maaf kepada DN ye sebab saya di lihat seperti 'membantu' die pos barang. sebab saya memang tak tahu die penipu. bahkan duit saya pun die belum bayar sebanyak rmxxx.

    ReplyDelete
  61. assalamualaikum

    boleh wasep saya di 0194951082 untuk dapatkan gum arabic pada harga borong.

    whatsapp 0194951082

    terima kasih

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^