Sebelum ini DN ada kongsikan mengenai cawangan pertama Next Station di Subang Bestari Shah Alam. Boleh baca di Western Food di Next Station, Subang Bestari Seksyen U5. Kali ini DN dan beberapa rakan blogger lain telah mencuba makanan western yang murah dari Next Station di cawangan kedua mereka.
![]() |
Pengomen Tegar Blog Deq Noor |
Lokasi dan maklumat mengenai Next Station ini adalah seperti berikut :-
Next Station @ Pecal Lele Lela
No. 86, Jalan Renang 13/26,
Tadisma Business Park, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel. : +6011 32406208 / +6012 2621845
Facebook : Next Station - Big Taste. Great Flavour
Instagram : nextstationbtgf
Waktu Operasi : 12.00pm - 11.00pm
Kami telah mencuba dari starter, main dish sehingga dessert yang terdapat di Next Station @ Pecal Lele Lela ini. Jom DN kongsikan dengan semua apa yang kami makan termasuk harga. Pastinya membuatkan anda semua ingin mencuba menu yang ada di sini kerana tidak percaya dengan harganya yang sangat berpatutan.
Mix Salad RM7.50 |
Mushroom Bruchetta RM6.00 |
Mix Grill RM20.00 |
Salmon with Ratatouille Sauce RM20.00 |
Sweet Strawberry Chocolate Cheese Chicken Chop with Ratatouille Sauce RM25.00 |
Caramelized Banana Ala Mode RM7.00 |
Nyum3! Menarik kan menu-menu yang ditawarkan di Next Station @ Pecal Lele Lela ini. Pastinya berbeza dari menu-menu western yang biasa kita makan. Lebih menarik lagi apabila terdapat lebih 60 menu ditawarkan disini. DN masih belum mencuba kesemuanya tetapi dari apa yang DN makan, DN berpuas hati dengan masakan dari Chef Adha ini.
Terima kasih kepada Chef Adha atas beberapa tips yang dikongsikan kepada kami. Tips apa yang dikongsikan, biarlah menjadi rahsia kami. Hehehe... Apa yang pasti, jangan lupa untuk datang ke Next Station @ Pecal Lele Lela dan cuba sendiri makanan di sini. Pasti tidak mengecewakan anda.
Selamat Menjamu Selera! ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Terliur den tengok gambar, harga pun boleh tahan gempak.. Kalo kenyang makan ok la berbaloi dengan harga.
ReplyDeleteohhhh sungguh yummy...harga pon cm ok je..,, mesti try nanti
ReplyDeletenasib baru lepas bekpes , tapi menu memang mengiurkan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum dn. alamakkk terliur sheila dibuatnya. ekekkeee
ReplyDeletedah lame xmakan sedap ramai2..ade rezki nak belanje famili makan sedap
ReplyDeletekiranya bisnes diorang dah makin bagus la bila boleh bukak branch kedua yea.... tapi kalau dapat tahu tips chef tu pun lagi bagus kan.... hihihii
ReplyDeleteRasa nak repeat je dekat sini...
ReplyDeleteoverall memang terbaik makanan kat sini..nak kalau DN yg belanja heheh ..tq DN!
ReplyDelete@adarain trust me.. berbaloi dgn harga.. :)
ReplyDelete@Mama Darwiish datang sini jgn lupa roger tau.. :)
ReplyDelete@Sheila Salim meh la turun shah alam.. boleh kita makan sama2.. :)
ReplyDelete@huda dtg lah ke sini... makan ramai2 mmg worth sgt2.. :)
ReplyDelete@hazman fadzil tips tu biarlah rahsia. ekekeke... betul lah tu. sedap so orang mesti cari.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone jommmmmm! ^_^
ReplyDelete@JMRhahaha... nak belanja lg boleh je. meh la turun shah alam ni... ;)
ReplyDeletediet deqnoor..meh pas kat nad..hahaa
ReplyDeleteSesi ternak lemak ni...
ReplyDelete@Nadia Johari Ish.. nak diet tu yg fikir byk kali tu. hahaha....
ReplyDelete@Kak Mahh tahu xpe.. lebih2 lg malam baru makan. hee...
ReplyDeletenak turun ke shah alam yg nak kena cari masa..dulu kerja area ofis DN, bolehlah hari2 nak pow DN haha
ReplyDeletetengok gambar je dah sedap...memang kena cari sarapan untuk makan ni...lapa
ReplyDeleteCaw seremban ado x? Ngidam dh ni
ReplyDeleteDn belnja kite
ReplyDeleteBila nak datang sini lagikkkkk
ReplyDeletebila la nak turun seksyen 13 lagi ni...sedap juga menu2 kat sini...hehe :D
ReplyDeletecam ramai yang request nak datang sini lagi ni hehe
ReplyDeleteteruja ada muka zuan dalm ni hehehehe
ReplyDelete@uncle Zuan: hensem plak tu ek.. wekkk :P
ReplyDelete60 menu masakan? Boleh tahan banyak juga tu..tapi apa yang paling sedap DN?
ReplyDelete