Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014

Alhamdulillah.... Tertunai juga hajat DN untuk menganjurkan Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 bagi sesi 2. Sesi 2 ini adalah kumpulan Pengomen Tegar blog ini yang terpilih bagi bulan Jun - Disember 2014. Bertempat di Next Station @ Pecel Lele Lela Restoran Seksyen 13 Shah Alam, kami semua bersua muka disini pada 30 Januari 2015 yang lalu.
Makan Malam Pengomen Tegar 2014
Makan Malam Pengomen Tegar 2014

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 ini. Tanpa kehadiran kalian semua, pastinya majlis ini tidak berjalan lancar dan tiada serinya. Harapnya kalian semua berpuas hati dengan menu yang disediakan di sini. DN akan kongsikan tentang tempat makan ini di dalam entry yang berbeza. 
Pengomen Tegar Jun - Disember 2014
Pengomen Tegar Jun - Disember 2014
Selepas selesai menikmati makan malam dan beramah mesra bersama keluarga dan rakan-rakan blogger yang hadir, tiba masa untuk DN memberikan sedikit cenderahati untuk mereka yang setia meninggalkan jejak di blog ini tanpa jemu. Terima kasih tidak terhingga DN ucapkan. Tanpa kalian, siapalah www.deqnoor.com ini. 

Pasti kalian hendak tahu siapakah mereka dan bagaimana mereka terpilih mendapat Jemputan Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 ini. Pemilihan pertama dibuat berdasarkan berapa bulan mereka berada di Top 5 Pengomen Tegar dari bulan Jun sehingga Disember 2014. Selain itu, pemilihan kedua dipilih berdasarkan jumlah komen yang berjaya dikumpulkan sepanjang enam bulan itu. Setelah perkara-perkara di atas diambil kira, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut :-

Pengomen Tegar Sepanjang 2014
Pengomen Tegar Sepanjang 2014
Pada malam tersebut juga DN telah mengumumkan siapakah yang telah terpilih menjadi Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada Bro Framestone kerana telah berjaya menjadi Top 5 selama 12 bulan berturut-turut sepanjang tahun 2014 dengan jumlah komen sebanyak 214. Bukan mudah untuk terus setia meninggalkan jejak di sesebuah blog selama setahun. Sehubungan itu, DN menyediakan hadian istimewa iaitu penginapan selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Residence Kuala Lumpur bernilai hampir RM600 beserta wang tunai. Tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana tidak jemu menyokong blog ini selama ini.
Pengomen Tegar Blog Deq Noor
Pengomen Tegar Blog Deq Noor
Inilah barisan blogger yang telah menyokong DN selama ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan. Semoga ikatan persahabatan dan ukhuwah yang terbina walaupun hanya bermula di alam maya akan berkekalan hendaknya.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

55 Blue Komen:

  1. seronok gathering dengan sama2 blogger kan.

    ReplyDelete
  2. Wah..best nya..dapat makan free.dapat mengeratkan lagi silaturrahim..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. wahh bestnya.. taniah buat semua ya ~~~

    ReplyDelete
  4. Wowww..
    Siap ada dapat hadiah lagi.
    Best nye..

    ReplyDelete
  5. Hamboi seronok ya dapat makan dan dapat plak hadiah lagi kan...hehehe...alhamdulilah rezeki cuma belum rezeki akak jumpa deqnoor lagi...

    ReplyDelete
  6. hebat sekali semuanya tu..dapat mkn free plak tu.memang bagus la deqnoor ni..:D

    ReplyDelete
  7. wahhh, bestnya dapat makan malam sesama

    ReplyDelete
  8. dah la dapat makan, dapat hadiah plak. :)

    ReplyDelete
  9. Seronok kan dapat berkumpul dengan geng blogger bukan sebab event. Lagi santai nak borak . Tahniah buat pengomen semuaaa. Murah rezeki DN .

    ReplyDelete
  10. Awat Gambar Bro & DN nampak macam Bro ini dah kurus dan macam abg Sado je he...23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar edit pakai photoshop tu bro..tu yg nampak kurus cikit

      Delete
  11. kaknoor singgah follow deknoor ni
    bestnyeee gether2..

    ReplyDelete
  12. wah semua pengomen tegar dan setia saya nak juga semoga bisa

    ReplyDelete
  13. Semoga rezeki DN dalam pelbagai perkara akan lebih baik....bagus betul cara DN harga pengomen tegar blog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bagus tuan..tapi modalnya pUn besar jugak..

      Delete
  14. Teknik yang bagus untuk mengeratkan hubungan baik pengomen dengan blogger. Pengomen lebih dihargai dengan cara ini.

    ReplyDelete
  15. Usaha sebegini harus dipuji dan diikuti oleh Blogger yg lain..baru orang rajin datang & berkomentar di blog kita..

    ReplyDelete
  16. wah...tahniah kepada yang menang...nk komen jugakla kat blog ni..hehehe

    ReplyDelete
  17. wah rzeki dorang... best la dapat jemputan boleh bawak family, kadang ada yg suh datang solo... deqnoor baguslah hehe

    ReplyDelete
  18. wah bestnye cmni, mutual relationship, ade recognition buat lagi semangat, saye pun nak joinla

    ReplyDelete
  19. @Salma Tayo betul tu.. kalau mampu dah buat tiap2 bulan tau.. hee...

    ReplyDelete
  20. @Diana Rashid betul tu.. mmg seronok. insyaAllah akan buat lagi selepas ini.. :)

    ReplyDelete
  21. @Amanda Suria itulah kan kak... harap 1 hari nanti dpt jumpa kan...

    ReplyDelete
  22. @reezluv rezeki utk dikongsi dgn kawan2.. :)

    ReplyDelete
  23. @suhiminain ok lah tu.. kalau makan sahaja pun xsyok juga. hee...

    ReplyDelete
  24. @yana yassin betul tu... mmg seronok dan lebih santai.. dapat 2-3 jam kumpul sebegini terasa kualitinya...

    ReplyDelete
  25. @Nooriah Abdullah thanks follow... jom lah gather sama. hee...

    ReplyDelete
  26. @islam didadaku selamat datang... moga kita bisa ketemu... :)

    ReplyDelete
  27. @hazman fadzil amin.. thanks abg man.. buat sekadar apa yg termampu.. :)

    ReplyDelete
  28. @kerja sendiri cuba semampu yg boleh je... hee.. alhamdulillah, boleh diterima oleh mereka setakat ini.. :)

    ReplyDelete
  29. @Nadri Mohd setiap orang ada cara tersendiri.. jom lah join sama jika sudi.. :)

    ReplyDelete
  30. @Nadri Mohd heee... buat semampunya.. jika tidak mampu, belajar memberi sedikit dulu, lama2 akan besar juga.. :)

    ReplyDelete
  31. Ada satu gambar tue, Baby Fisha pandai pandang kamera he...23x

    Comel sangat....

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah..berjaya turut serta..tahun ni nak kena tingkatkan lagi prestasi kat sini la nampaknya heheh

    ReplyDelete
  33. @Mama Darwiish ada family kan.. kenapa nak dtg sorang2.. bawa je lah family. baru boleh berkenalan dgn keluarga terus.. :)

    ReplyDelete
  34. @huda selamat datang! jom join sama2.. :)

    ReplyDelete
  35. @Bro Framestone tu lah.. padahal dia tgh tgk ummi dia kan... :D

    ReplyDelete
  36. @JMR good luck! dialu-alukan sgt2.. :)

    ReplyDelete
  37. tahniah bro...honeymoon sekali fdengan fisha..hehe

    ReplyDelete
  38. @Nadia Johari rezeki bro honeymoon kali ke berapa entah. heee....

    ReplyDelete
  39. DN alu-alu ni..lagi la bertambah selera nak komen di sini hehehe

    ReplyDelete
  40. Nak buat macam mane... xde ummi lain dekat sana he...23x

    ReplyDelete
  41. rajin komen...jadi pengomen tegar...dapat hadiah...best2...hehe

    ReplyDelete
  42. Ezad: kan..tu yang bertambah syok tambah komen kt blog DN ni hehe

    ReplyDelete
  43. @JMR : buat ruangan komen blog DN ni macam chit chat...OK tak bro...hehe

    ReplyDelete
  44. sori dah macam kurang komen recently. sejak tgk bro menang tiket haritu, terus berazam nak dpt juga. tapi.... tak terkomen..huhu

    ReplyDelete
  45. @uncle Zuan: xpe zuan.. keep it up. mana tahu rezeki zuan lepas ni.

    ReplyDelete
  46. Kipidap..mana tahu kali ini giliran saya pula bertemu dengan DN...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^