Alhamdulillah.... Tertunai juga hajat DN untuk menganjurkan Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 bagi sesi 2. Sesi 2 ini adalah kumpulan Pengomen Tegar blog ini yang terpilih bagi bulan Jun - Disember 2014. Bertempat di Next Station @ Pecel Lele Lela Restoran Seksyen 13 Shah Alam, kami semua bersua muka disini pada 30 Januari 2015 yang lalu.
Makan Malam Pengomen Tegar 2014 |
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 ini. Tanpa kehadiran kalian semua, pastinya majlis ini tidak berjalan lancar dan tiada serinya. Harapnya kalian semua berpuas hati dengan menu yang disediakan di sini. DN akan kongsikan tentang tempat makan ini di dalam entry yang berbeza.
Pengomen Tegar Jun - Disember 2014 |
Selepas selesai menikmati makan malam dan beramah mesra bersama keluarga dan rakan-rakan blogger yang hadir, tiba masa untuk DN memberikan sedikit cenderahati untuk mereka yang setia meninggalkan jejak di blog ini tanpa jemu. Terima kasih tidak terhingga DN ucapkan. Tanpa kalian, siapalah www.deqnoor.com ini.
Pasti kalian hendak tahu siapakah mereka dan bagaimana mereka terpilih mendapat Jemputan Makan Malam Bersama Pengomen Tegar 2014 ini. Pemilihan pertama dibuat berdasarkan berapa bulan mereka berada di Top 5 Pengomen Tegar dari bulan Jun sehingga Disember 2014. Selain itu, pemilihan kedua dipilih berdasarkan jumlah komen yang berjaya dikumpulkan sepanjang enam bulan itu. Setelah perkara-perkara di atas diambil kira, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut :-
- Bro Framestone - 6 Bulan Top 5 (Jumlah Komen = 107)
- Ezad Skytech - 5 Bulan Top 5 (Jumlah Komen = 131)
- Makcik Anak 3 - 4 Bulan Top 5 (Jumlah Komen = 70)
- Uncle Zuan - 2 Bulan Top 5 (Jumlah Komen = 66)
- JMR - 2 Bulan Top 5 (Jumlah Komen = 43)
Pengomen Tegar Sepanjang 2014 |
Pada malam tersebut juga DN telah mengumumkan siapakah yang telah terpilih menjadi Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada Bro Framestone kerana telah berjaya menjadi Top 5 selama 12 bulan berturut-turut sepanjang tahun 2014 dengan jumlah komen sebanyak 214. Bukan mudah untuk terus setia meninggalkan jejak di sesebuah blog selama setahun. Sehubungan itu, DN menyediakan hadian istimewa iaitu penginapan selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Residence Kuala Lumpur bernilai hampir RM600 beserta wang tunai. Tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana tidak jemu menyokong blog ini selama ini.
![]() |
Pengomen Tegar Blog Deq Noor |
Inilah barisan blogger yang telah menyokong DN selama ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan. Semoga ikatan persahabatan dan ukhuwah yang terbina walaupun hanya bermula di alam maya akan berkekalan hendaknya.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
seronok gathering dengan sama2 blogger kan.
ReplyDeleteWah..best nya..dapat makan free.dapat mengeratkan lagi silaturrahim..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. wahh bestnya.. taniah buat semua ya ~~~
ReplyDeleteWowww..
ReplyDeleteSiap ada dapat hadiah lagi.
Best nye..
Hamboi seronok ya dapat makan dan dapat plak hadiah lagi kan...hehehe...alhamdulilah rezeki cuma belum rezeki akak jumpa deqnoor lagi...
ReplyDeletehebat sekali semuanya tu..dapat mkn free plak tu.memang bagus la deqnoor ni..:D
ReplyDeletewahhh, bestnya dapat makan malam sesama
ReplyDeletedah la dapat makan, dapat hadiah plak. :)
ReplyDeleteSeronok kan dapat berkumpul dengan geng blogger bukan sebab event. Lagi santai nak borak . Tahniah buat pengomen semuaaa. Murah rezeki DN .
ReplyDeleteAwat Gambar Bro & DN nampak macam Bro ini dah kurus dan macam abg Sado je he...23x
ReplyDeleteGambar edit pakai photoshop tu bro..tu yg nampak kurus cikit
Deletekaknoor singgah follow deknoor ni
ReplyDeletebestnyeee gether2..
wah semua pengomen tegar dan setia saya nak juga semoga bisa
ReplyDeleteSemoga rezeki DN dalam pelbagai perkara akan lebih baik....bagus betul cara DN harga pengomen tegar blog....
ReplyDeleteMmg bagus tuan..tapi modalnya pUn besar jugak..
DeleteTeknik yang bagus untuk mengeratkan hubungan baik pengomen dengan blogger. Pengomen lebih dihargai dengan cara ini.
ReplyDeleteUsaha sebegini harus dipuji dan diikuti oleh Blogger yg lain..baru orang rajin datang & berkomentar di blog kita..
ReplyDeletewah...tahniah kepada yang menang...nk komen jugakla kat blog ni..hehehe
ReplyDeletewah rzeki dorang... best la dapat jemputan boleh bawak family, kadang ada yg suh datang solo... deqnoor baguslah hehe
ReplyDeletewah bestnye cmni, mutual relationship, ade recognition buat lagi semangat, saye pun nak joinla
ReplyDelete@Salma Tayo betul tu.. kalau mampu dah buat tiap2 bulan tau.. hee...
ReplyDelete@Diana Rashid betul tu.. mmg seronok. insyaAllah akan buat lagi selepas ini.. :)
ReplyDelete@Sheila Salim tahniah juga buat sheila.. :)
ReplyDelete@AZENI AHMAD alhamdulillah.. rezeki mereka.. :)
ReplyDelete@Amanda Suria itulah kan kak... harap 1 hari nanti dpt jumpa kan...
ReplyDelete@reezluv rezeki utk dikongsi dgn kawan2.. :)
ReplyDelete@young girl alhamdulillah.. :)
ReplyDelete@suhiminain ok lah tu.. kalau makan sahaja pun xsyok juga. hee...
ReplyDelete@yana yassin betul tu... mmg seronok dan lebih santai.. dapat 2-3 jam kumpul sebegini terasa kualitinya...
ReplyDelete@Bro Framestone ceh! perasan lebih.. :p
ReplyDelete@Nooriah Abdullah thanks follow... jom lah gather sama. hee...
ReplyDelete@islam didadaku selamat datang... moga kita bisa ketemu... :)
ReplyDelete@hazman fadzil amin.. thanks abg man.. buat sekadar apa yg termampu.. :)
ReplyDelete@kerja sendiri cuba semampu yg boleh je... hee.. alhamdulillah, boleh diterima oleh mereka setakat ini.. :)
ReplyDelete@Nadri Mohd setiap orang ada cara tersendiri.. jom lah join sama jika sudi.. :)
ReplyDelete@Nadri Mohd heee... buat semampunya.. jika tidak mampu, belajar memberi sedikit dulu, lama2 akan besar juga.. :)
ReplyDeleteAda satu gambar tue, Baby Fisha pandai pandang kamera he...23x
ReplyDeleteComel sangat....
alhamdulillah..berjaya turut serta..tahun ni nak kena tingkatkan lagi prestasi kat sini la nampaknya heheh
ReplyDelete@hpmurah2u sangat dialu-alukan... :)
ReplyDelete@Mama Darwiish ada family kan.. kenapa nak dtg sorang2.. bawa je lah family. baru boleh berkenalan dgn keluarga terus.. :)
ReplyDelete@huda selamat datang! jom join sama2.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone tu lah.. padahal dia tgh tgk ummi dia kan... :D
ReplyDelete@JMR good luck! dialu-alukan sgt2.. :)
ReplyDeletetahniah bro...honeymoon sekali fdengan fisha..hehe
ReplyDelete@Nadia Johari rezeki bro honeymoon kali ke berapa entah. heee....
ReplyDeleteDN alu-alu ni..lagi la bertambah selera nak komen di sini hehehe
ReplyDeleteBile dpt jumpa DN ek
ReplyDeleteNak buat macam mane... xde ummi lain dekat sana he...23x
ReplyDeleterajin komen...jadi pengomen tegar...dapat hadiah...best2...hehe
ReplyDeleteEzad: kan..tu yang bertambah syok tambah komen kt blog DN ni hehe
ReplyDelete@JMR : buat ruangan komen blog DN ni macam chit chat...OK tak bro...hehe
ReplyDeleteseronok tgk korang.
ReplyDeletesori dah macam kurang komen recently. sejak tgk bro menang tiket haritu, terus berazam nak dpt juga. tapi.... tak terkomen..huhu
ReplyDelete@uncle Zuan: xpe zuan.. keep it up. mana tahu rezeki zuan lepas ni.
ReplyDeleteKipidap..mana tahu kali ini giliran saya pula bertemu dengan DN...
ReplyDelete