Menikmati Keindahan Ha Long Bay Vietnam

Hari kedua DN di Hanoi, DN telah mengikuti tour ke Ha Long Bay. Tour ini berharga USD50 dan mengambil masa seharian sepanjang di sana serta perjalanan pergi balik. Seawal 8.00 am DN telah menunggu di lobi hotel tetapi bas yang mengambil DN tiba agak lewat iaitu sekitar 8.40 am. DN tidak mengenali semua yang berada di dalam bas tersebut. Oleh itu, DN hanya menyapa Selamat Pagi dengan mereka semua di dalam bas sebelum mengambil tempat.
Ha Long Bay 1
Ha Long Bay 1
Perjalanan dari bandar Hanoi ke Ha Long City mengambil masa kurang 5 jam selepas mengambil kira berehat di tempat rehat selama lebih kurang 40 minit. Memang perjalanan ini jauh dan tertidur juga DN dibuatnya sementara menunggu bas sampai ke destinasi. Jam 1.00 pm, kami tiba di Bai Chay Tourist Wharf untuk mengambil bot ke Ha Long Bay.
Ha Long Bay 2
Ha Long Bay 2
Inilah bot yang akan membawa DN menikmati keindahan Ha Long Bay Vietnam. Bot ini boleh dimuatkan seramai lebih kurang 50 orang. Di bahagian bawah bot ini merupakan tempat makan manakala di bahagian atas merupakan ruang untuk meninjau sambil menikmati udara serta suasana Ha Long Bay yang sangat cantik.
Ha Long Bay 3
Ha Long Bay 3
Beginilah suasana di ruang bawah tempat makan dalam bot ini. Satu meja makan muat untuk duduk seramai 6 orang. Kami satu bas duduk di dalam bot yang sama dan tidak bercampur dengan kumpulan lain. Lebih mudah untuk beramah mesra apabila berada di dalam bot ini berbanding di dalam bas.
Ha Long Bay 4
Ha Long Bay 4
Semua orang duduk di dalam kumpulan tetapi DN duduk sendirian. Kenapa? Kerana makanan DN lebih istimewa, tidak bercampur dengan mereka. Kebanyakan dari mereka mengajak DN duduk makan sekali dengan mereka. Kesian katanya DN duduk makan seorang diri. Heee... Tidak mengapa. Selepas makan, DN akan ke meja kalian untuk berbual sementara menunggu bot sampai ke destinasi.
Ha Long Bay 5
Ha Long Bay 5
Ha Long Bay 6
Ha Long Bay 6
Sambil makan, sambil menikmati pemandangan yang cantik dari jendela bot. Indahnya ciptaan Allah ini. Bersyukur sangat DN berpeluang melihat keindahan ciptaanNya yang telah diwartakan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site
Ha Long Bay 7
Ha Long Bay 7
Sekitar jam 2.00 pm, kami tiba di destinasi pertama iaitu Dong Thien Cung. Sepanjang perjalanan  di dalam bot tadi sudah dijamu makan tengah hari, maka sudah sampai masa untuk mendaki masuk ke dalam gua pula.
Ha Long Bay 8
Ha Long Bay 8
Di dalam gua ini terdapat stalagmite & stalactites yang mempunyai mitos tersendiri. Sepanjang perjalanan di dalam gua sudah mampu untuk membentuk sebuah cerita yang unik dan menjadi kepercayaan mereka. Walaubagaimanapun, bagaimana batu-batuan ini membentuk pelbagai jenis bentuk rupa yang unik memang merupakan kekuasaan Allah yang harus kita kagumi.
Ha Long Bay 9
Ha Long Bay 9
Keluar daripada gua Dong Thien Cung, DN melalui tempat yang dijadikan sebagai kawasan tinjau untuk melihat suasana Ha Long Bay ini dari atas bukit. Cantik kan pemandangan dari atas bukit ini. Jika DN boleh berada di atas ini dengan lebih lama, pasti DN tidak lepaskan peluang untuk bersantai sambil minum kopi di atas ini. Sangat menenangkan walaupun cuaca agak panas ketika itu.
Ha Long Bay 10
Ha Long Bay 10
Ha Long Bay 11
Ha Long Bay 11
Kami turun ke bot semula dan meninggalkan Dong Thien Cung untuk menuju ke lokasi seterusnya. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 2.30pm. Cuaca memang terik ketika itu tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyingkap keindahan alam Ha Long Bay ini.
Ha Long Bay 12
Ha Long Bay 12
Akhirnya kami tiba di Lan Ha Bay. Di sini kita dapat lihat sekitar 100 buah keluarga hidup di atas air dan kami juga diberi peluang untuk berkayak atau menaiki sampan di sini dengan dikenakan sedikit bayaran. Kalau tidak silap DN bayarannya adalah 150.000 Vietnam Dong seorang. DN menaiki sampan dengan rakan-rakan sekapal yang baru DN kenali sepanjang di Ha Long Bay ini. Mereka adalah Vaneeta (Mumbai), Dayana (Los Angeles) dan Caroline (Taiwan). Seronok dapat berjumpa dengan mereka. Ternyata mereka sangat peramah dan tidak kering gusi dibuatnya dengan gelak ketawa sepanjang bersama mereka. DN rindukan suasana ini kini dan harap dapat berjumpa dengan mereka lagi di masa akan datang.
Ha Long Bay 13
Ha Long Bay 13
Lebih menggembirakan kami apabila wanita tempatan yang membawa kami mengelilingi melihat keindahan Lan Ha Bay ini sangat sporting. Kebanyakan gambar yang kami miliki diambil olehnya. Memang banyak dan DN tidak mampu untuk mengeluarkan kesemua gambar yang diambil beliau untuk diletakkan kesemuanya di dalam entry ini. Cukuplah beberapa sahaja dan DN harap anda juga berpuashati dengan gambar-gambar yang ada walaupun tidak berapa cantik. Maklum sahaja, DN ini tidak pandai mengambil gambar seperti orang lain. Heee....
Ha Long Bay 14
Ha Long Bay 14
Sekitar jam 4.00pm, kami mula meninggalkan Ha Long Bay dan kembali ke Hanoi. Seharian yang memenatkan tetapi amat berbaloi dan memuaskan. Ketika ini kelihatan ada yang tinggal kerana memilih untuk bermalam di sini tetapi DN memilih untuk kembali ke Hanoi kerana percutian DN tidak panjang seperti orang lain. Jika ada peluang, DN ingin ke sini lagi. InsyaAllah....

Jika anda berpeluang ke Hanoi, jangan lupa ke Ha Long Bay sekali. Memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Boleh rancang percutian anda di

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. Pemandangan indah sebegini memang buatkan kita lupa segala stress dan masalah dan abang man suka dengan quote dalam gambar tu....and this is my reply : I'm just a guy...trying to find a place in your heart :)

    ReplyDelete
  2. menariknya tempat yang gua tu..apa cerita sebenar kat dalam tu??nak tau jugak ni..:)

    ReplyDelete
  3. Bila malam lagi cantik suasananya Deq Noor. Akak rindu lokasi ini.

    ReplyDelete
  4. Alahai... cantiknya pemandangan tu...

    ReplyDelete
  5. best gak ke tempat2 mcm ni kan..nampaknya pasni kena cari pasangan utk teman DN bila travel..hehe

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak singgah sini... :(
    DN.. Kita dah dpt hadiah tu, thnx...br je tgk sbb br blik kmpung

    ReplyDelete
  7. Oh Ha Long... Ingatkan Ah Long....

    Kalau DN sensorang dayung... Berani x? mesti dok bz dengan pendayung dan batang selfie he...23x

    ReplyDelete
  8. @hazman fadzil betul tu abg man... cantik & tenang je sepanjang di sini walaupun cuaca agak terik ketika itu...

    ReplyDelete
  9. @Diana Rashid ceritanya agak panjang. Boleh jd 1 entry nanti. Heee.. tp setiap batu2 dlm gua itu membentuk pelbagai rupa.. :)

    ReplyDelete
  10. @Kak Mahh diorg pun kata mcm tu tp dn xcukup masa utk bermalam ni sana. InsyaAllah satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  11. membuatkan makin teringin nak kesana

    ReplyDelete
  12. kalau dapat tengok sendiri pemandangan kat sana ni depan mata..mesti best.. :D

    ReplyDelete
  13. berjalan ke tempat org, bukan saja best, pengalaman yg dapat pun tak ternilai kan

    ReplyDelete
  14. hmm leh konsider la. sbb zuan nanti cheap travel je..

    ReplyDelete
  15. bila la dapat ke sini ... >_<

    ReplyDelete
  16. Sambil menikmati pandangan, perut pun kenyang dengan makanan...

    ReplyDelete
  17. patut masukkan tempat ni dalam list company trip nnt..rugi2

    ReplyDelete
  18. Salam sis. Sy akan ke Vietnam bln Nov. Nak Tanya makanan dlm bot you halalkah?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^