Street Food Tour Hanoi Vietnam

Pengalaman ke Hanoi, Vietnam secara solo memang sesuatu yang menyeronokkan tetapi agak mencabar juga. Bukan apa, DN membayangkan Hanoi keadaannya seperti Ho Chi Minh City (HCMC), tetapi pembangunannya jauh lebih ketinggalan. Makanan halal juga sukar untuk didapati di sini kerana penduduk Islam sangat minoriti berbanding di HCMC. Persekitaran juga tidak berapa bersih dan jalan juga sempit. Harga barang juga jauh lebih mahal. Walaubagaimanapun, satu pengalaman yang sangat berharga untuk DN. DN seronok di sini kerana dapat mengenali ramai kawan baru dari pelbagai negara.
Street Food Tour Hanoi 1
Street Food Tour Hanoi 1
Terdapat pelbagai aktiviti DN rencanakan sepanjang berada di Hanoi, Vietnam ini. Hari pertama DN di Hanoi, DN telah mengikuti Street Food Tour yang bermula dari jam 5.00 pm. DN telah dikenakan cas sebanyak USD25 untuk mengikuti tour ini. DN dapat merasa menaiki motosikal tanpa perlu menggunakan helmet dengan melalui kesibukan lalu lintas yang penuh dengan motosikal untuk berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Motosikal merupakan pengangkutan utama dan tertinggi di sini dan memang jalan akan dipenuhi dengan motosikal di mana-mana.
Street Food Tour Hanoi 2
Street Food Tour Hanoi 2
Sampai sahaja di tempat berkumpul dan kesemua pelancong yang akan mengikuti Street Food Tour ini telah sampai, kami memulakan aktiviti pertama kami. Apabila disebut Street Food Tour, pastinya ini merupakan aktiviti jalan-jalan cari makan. Tetapi memandangkan tiada ground pakej Street Food Tour halal yang DN dapat di sini, maka DN mengikuti tour ini tetapi DN lebih banyak berjalan dari makan. Kalau hendak jalan seorang diri macam agak takut juga, bila join kumpulan tour ini sekurang-kurangnya dapat DN melihat sendiri suasana Hanoi dengan lebih dekat lagi.

Santao, merupakan orang yang bertanggungjawab membawa kami sepanjang Street Food Tour ini. Kami semua diperkenalkan dengan Banh mi Pate, yang merupakan makanan tempatan Hanoi. Banh mi Pate ini hanya berharga 10,000 Vietnam Dong sahaja. DN tidak makan kerana ia terdiri daripada roti dan daging yang tidak boleh dimakan. Oleh itu, DN hanya mengambil gambar sahaja.
Street Food Tour Hanoi 3
Street Food Tour Hanoi 3
Kemudian kami berjalan menyelusuri kesibukan jalanraya menuju ke tempat yang kelihatan seperti pasar borong. Di tempat ini terdapat pelbagai jenis makanan yang dikeringkan seperi cendawan dan ikan untuk dieksport keluar. Jika mahu beli dalam kuantiti yang sedikit juga boleh disini.
Street Food Tour Hanoi 4
Street Food Tour Hanoi 4
Kami meneruskan perjalanan dan melalui deretan orang tempatan yang menjual pelbagai jenis buah-buahan. Santao telah membeli buah limau untuk kami semua dan ketika ini DN rasa sendiri buah tersebut. Sama sahaja, tiada beza buah di Hanoi dan di Malaysia. Heee.... 
Street Food Tour Hanoi 5
Street Food Tour Hanoi 5
Bersair-siar lagi dan rasanya DN telah berjalan lebih 500m jauhnya. Penat juga kaki ini. Banyak kedai yang menjual barangan di atas. Mungkin disebabkan Hari Raya Cina hampir kunjung tiba. DN pun tidak bertanya dengan Santao mengenai perkara ini.
Street Food Tour Hanoi 6
Street Food Tour Hanoi 6
Akhirnya kami tiba di Banh Cuon Gia Truyen. Ia merupakan makanan tradisional tempatan Hanoi yang terdiri daripada Steam Rolled Rice Pancake dimakan dengan telur ayam. 
Street Food Tour Hanoi 7
Street Food Tour Hanoi 7
Inilah teman-teman DN sepanjang Street Food Tour. Mereka sangat peramah dan kesemua mereka pernah berkunjung ke Malaysia. DN sahaja yang belum pernah ke negara mereka kecuali teman di sebelah DN yang berasal dari Australia.
Street Food Tour Hanoi 8
Street Food Tour Hanoi 8
Kami meneruskan perjalanan lagi selepas makan dan dibawa melalui jalan keretapi ini. Tidak disangka kami akan melalui jalan ini memandangkan di kiri kanan laluan keretapi merupakan rumah penduduk Hanoi. DN dimaklumkan bahawa rumah di Hanoi sangat mahal mencecah jutaan dong. Oleh itu, mereka yang duduk di kawasan bandar ini hanya menyewa bilik dan kebanyakan daripada mereka merupakan peniaga.
Street Food Tour Hanoi 9
Street Food Tour Hanoi 9
Rasanya sudah lebih 1km DN berjalan. Jam juga sudah melewati 8.00pm. Kami dibawa ke tempat masakan BBQ. Memang banyak lauk pilihan dan jika makanan ini halal pasti DN sudah mengambil kesemuanya. Oleh itu, DN hanya menangkap gambar dan melihat-lihat sahaja.
Street Food Tour Hanoi 10
Street Food Tour Hanoi 10
Seronok melihat teman-teman DN ini makan. Mereka kata sedap dan DN tidak dapat menafsirkan bagaimana kesedapan yang dimaksudkan. Mereka cukup memahami yang DN tidak boleh makan apa yang mereka makan. Oleh itu, mereka mempercepatkan apa yang mereka makan dan segera meninggalkan tempat tersebut. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kerana sangat memahami.
Street Food Tour Hanoi 11
Street Food Tour Hanoi 11
Seterusnya kami dibawa menikmati pencuci mulut Hanoi yang terdiri daripada perbagai jenis buah-buahan yang disiram dengan susu dan ais. Sepanjang DN mengikuti Street Food Tour ini, apa yang menarik perhatian DN adalah kami hanya makan dengan duduk di kerusi plastik rendah. Di kerusi itulah kami duduk, di kerusi itu jugalah kami meletakkan makanan. Memang sangat old school kan. Rasanya sudah tidak kelihatan kerusi plastik ini di tempat kita. 
Street Food Tour Hanoi 12
Street Food Tour Hanoi 12
Tempat terakhir, kami dibawa minum kopi sambil menikmati pemandangan Hanoi di waktu malam. Disini terdapat kopi tempatan istimewa dan terkenal yang dikenali dengan nama Egg Coffee. DN tidak dapat membayangkan bagaimana minum kopi yang terdapat telur didalamnya. Oleh itu DN hanya memilih Coffee biasa sahaja. Tetapi teman-teman DN yang memilih Egg Coffee tersebut mengatakan rasanya sangat sedap. Hmmm... Tidak mengapalah. Risau tidak mampu untuk berjalan balik nanti, lebih baik DN minum kopi biasa sahaja.

Selepas berjalan dan makan sekitar 4 jam, kami semua berpisah dan kembali ke hotel masing-masing. Street Food Tour Hanoi ini memang sangat seronok dan alangkah lebih seronok jika DN dapat merasai semua makanan tempatan di sini. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya DN sudah melihat kehidupan, suasana dan makanan mereka. Memang jauh berbeza dari HCMC, apatah lagi di Malaysia. Oleh itu, bersyukurlah kita berada di negara yang aman, mewah dengan makanan dan mempunyai kenderaan yang selesa untuk ke mana-mana.

Selamat datang ke Hanoi. Rancanglah percutian anda di .

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. kalau kita pergi negara orang memang akan teruja nak tengok makanan tempatan kan....dan perkara macam ni pun boleh buat bisnes...bijak betul la ...

    ReplyDelete
  2. kalau susuah nak dapat makanan halal makan buah je la agknya.kan??kurus saya kalau seminggu dok sana..hehehhe

    ReplyDelete
  3. @hazman fadzil itu lah... tapi bagus juga. boleh kita tahu cara hidup mereka dgn lebih dekat lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. @Diana Rashid heee.... ada lebih kurang 10 tempat makan halal di sini cuma kedudukannya agak jauh dari hotel tempat penginapan DN jadi makan megi je lah. hee...

    ReplyDelete
  5. igtkan DN try gak rasa Egg Coffee tu..ramai yg cakap sedap..tapi kopi vietnam yg biasa pun dah sedap giler kan

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok DN, pergi memana pun mudah mencari teman....

    ReplyDelete
  7. tak pernah pegi vietnam lagi..harap ada peluang pegi lepas ni

    ReplyDelete
  8. beraninya gi solo, sy klu tempat yg tak pernah gi tak berani

    ReplyDelete
  9. nak cari makanan halal susah juga ye DN...makan buah je la kan..hehe

    ReplyDelete
  10. tu la bro Ezad,,mungkin kat sini tak banyak muslim kot

    ReplyDelete
  11. @uncle ZUan: bawa maggi dari malaysia ke?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^