7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 sudah menjadi tarikan perlancongan di Putrajaya setiap tahun. Tahun ini merupakan tahun ke-7 acara ini diadakan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bulan Mac dipilih bersesuaian dengan cuti sekolah di Malaysia dan Singapura. Selain itu, dijangkakan cuaca bulan Mac sangat sesuai untuk menerbangkan Hot Air Balloon ini.
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Zone
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Zone
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 ini akan berlangsung sepanjang minggu ini bermula dari 12 Mac 2015 (Khamis) sehingga 15 Mac 2015 (Ahad) dari jam 6.30 pagi hingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti bersama keluarga disediakan antaranya Hot Air Balloon Flying Show, Picnic, Night Glow & Fireworks Show, Giant Bubble dan banyak lagi.
Giant Bubble Putrajaya
Giant Bubble Putrajaya
Bean Bag Picnic
Bean Bag Picnic
Kid's Games
Kid's Games
Food GASM Fest
Food GASM Fest
Fiesta yang mendapat sokongan penuh dari Perbandaran Putrajaya dan dikendalikan bersama oleh AKA Balloon Sdn Bhd ini telah berjaya menarik minat pelancong dari 70 buah negara selain dari rakyat Malaysia sendiri. Kelainan yang dibawa pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya adalah Night Glow Show pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9.00 malam. (Rujuk aturcara di bawah)
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Itinerary
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Itinerary
Harga tiket yang ditawarkan juga berpatutan. Walaubagaimanapun, tiket untuk menaiki Hot Air Balloon ini telah habis dijual dalam masa sehari ia dibuka di talian. Maklum sahaja, tiket terhad kepada 300 orang setiap hari bagi setiap sesi.
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Ticket Price
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Ticket Price
Cuti hujung minggu ini sangat sesuai untuk membawa seisi keluarga ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015. Rancang perjalanan anda sebaiknya untuk mengelakkan kesesakan di sini. Anda boleh memilih untuk menggunakan KLIA Transit ke Putrajaya dan jimat sehingga 35% daripada harga normal jika mengambil return package. 

How to Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Ambil KLIA Transit turun di Putrajaya Sentral, kemudian ambil bas Putrajaya L0405 untuk turun di tapak fiesta yang terletak di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Harga tiket bas adalah RM0.50 sehala. Maklumat lanjut boleh layari www.KLIAekspres.com
1st Day Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
1st Day Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 ini. Semoga fiesta ini akan sentiasa diadakan setiap tahun sebagai salah satu tarikan pelancongan negara kita.
Selamat berhujung minggu! Selamat bercuti! Selamat bergembira bersama keluarga tercinta! ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. wah tingin nak naik belon tapi takde rezkilagi nak naik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum DN, wahh bestnya. 2 tahun sebelum ni sheila ada datang putrajaya. nak mencuba nasib naik belon. tapi takde rezeki. hehehe ni dah ada anak kecil, rasanya kena tunggu adam besar sikit kot. nak naik sekali hehehehe

    ReplyDelete
  3. whoaaa....bestnya dapat tengok hot balloon tanpa perlu beratur panjang...tapi area sini kalau petang tu mesti jammed giler dan panas yang agak terik...

    ReplyDelete
  4. sehari tiket dah habis memang seronok event ini

    ReplyDelete
  5. hok aloh..abes dah ke tiket..igt baru nak ajak dayyan naik..

    ReplyDelete
  6. seronoknya...kalau dapat naik memang best..walaupun ramai yang kata tiket mahal tapi tetap laris cam pisang goreng ye..

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak pegi tahun ni...kalau ada lagi..nk pegi la

    ReplyDelete
  8. seronok nye... syok kalau dapat bawa anak. dia suka belonnnn

    ReplyDelete
  9. Bestnya tengok DN boleh naik belon..kami nak pergi pun tak boleh anak-anak demam dan batuk..tahun depan insyaALLAH

    ReplyDelete
  10. terlepas lagi nak pergi event ni...harap lain kali dapat la pergi...huhu

    ReplyDelete
  11. @iuzira : tu la kan...memang teringin nak naik hot air ballon ni kan...hehe :D

    ReplyDelete
  12. @hazman fadzil : kena datang timing yang betul la abg man kan...kalau kena timing ramai orang...memang beratur panjang kan...

    ReplyDelete
  13. @JMR : tiket terhad sangat...memang kejap je habisnya kan bro...hehe

    ReplyDelete
  14. terlepas untuk nak pergi event ni. sibuk keje je. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Sekali lagi akak terlepas event ni...sygnya x dpt pi .

    ReplyDelete
  16. tahun ni tak berkesempatan nak pergi. tak tahu pon event ni dah lepas. floria pon tak tahu bile. silap2 terlepas.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^