Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini. Setiap hari yang dilalui, setiap nafas yang dihembus, kesemuanya adalah rezeki yang kita terima dari Allah dan harus disyukuri. Begitu juga dengan diri kita. Setiap apa yang ada pada diri kita seperti nikmat mata, lidah, tangan dan kaki seharusnya kita pelihara dan syukuri.
Sebagai seorang Islam, antara amalan yang dilakukan sebagai tanda syukur atas kurniaan cahaya mata adalah melakukan aqiqah pada bila-bila masa dan mencukur rambut bayi. Rasulullah menganjurkan supaya anak lelaki diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing (1 ekor jika tidak berkemampuan) atau 2 bahagian lembu (1 bahagian jika tidak berkemampuan) sedangkan anak perempuan memadai diaqiqahkan dengan seekor kambing atau 1 bahagian lembu sahaja.
SYARAT - SYARAT AQIQAH
1. Umur binatang lebih 2 tahun.
2. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.
3. Daging dipotong mengikut sendinya.
4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan.
5. Tidak boleh berkongsi seekor kambing atau 1 bahagian lembu.
6. Sebaiknya, berakikah dengan kambing.
Selain daripada aqiqah, ibadah Qurban juga sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan dan hukumnya adalah Sunat Muakkad. Sembelihan dapat membezakan antara halal dan haram serta menyucikan binatang tersebut daripada segala penyakit. Ibadah Qurban dilakukan pada hari-hari tertentu iaitu Hari Raya IdulAdha dan Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadah serta menghampirkan diri kepada Allah SWT.
EQURBAN PENERAJU QURBAN DAN AQIQAH
eQurban telah mengambil initiatif untuk memberi kemudahan tempahan aqiqah / qurban lembu dan kambing melalui sistem online. Kini pengurusan eQurban telah diambilalih sepenuhnya oleh Denaihati Network. Penyembelihan ini akan dilakukan di negara-negara minoriti Islam yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Indonesia, Thailand, Filipina, Khazastan, Mongolia dan beberapa negara Islam lagi.
Justeru, tempahlah sekarang disamping membantu insan yang lebih memerlukan di website eQurban. Moga bantuan yang kita hulurkan dengan melakukan ibadah Aqiqah / Qurban dan apa yang diniatkan diterima Allah hendaknya.
![]() |
Kambing eQurban |
SYARAT - SYARAT AQIQAH
1. Umur binatang lebih 2 tahun.
2. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.
3. Daging dipotong mengikut sendinya.
4. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan.
5. Tidak boleh berkongsi seekor kambing atau 1 bahagian lembu.
6. Sebaiknya, berakikah dengan kambing.
![]() |
Program Korban di Kemboja |
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Surah al-Kausar :2)Antara hikmah menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. ini adalah dapat menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam. Daging qurban tersebut akan disedekahkan kepada insan yang memerlukan.
EQURBAN PENERAJU QURBAN DAN AQIQAH
eQurban telah mengambil initiatif untuk memberi kemudahan tempahan aqiqah / qurban lembu dan kambing melalui sistem online. Kini pengurusan eQurban telah diambilalih sepenuhnya oleh Denaihati Network. Penyembelihan ini akan dilakukan di negara-negara minoriti Islam yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Indonesia, Thailand, Filipina, Khazastan, Mongolia dan beberapa negara Islam lagi.
Justeru, tempahlah sekarang disamping membantu insan yang lebih memerlukan di website eQurban. Moga bantuan yang kita hulurkan dengan melakukan ibadah Aqiqah / Qurban dan apa yang diniatkan diterima Allah hendaknya.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Rasa macam nak ke Kemboja....
ReplyDeleteAssalamualaikum DN, bagusnya eQurban ni.. semoga apa yang kita kerjakan niatkan kerana Allah..
ReplyDeletebanyak kelebihan e-qurban nie .
ReplyDeleteTrm kasih ya berkongsi info Deq Noor ^__^
ReplyDeletesemoga eQurban di bawah pimpinan baru akan terus maju dan bebrakti kpd ummat.
ReplyDeleteSemoga team Denaihati akan perhebatkan lagi promosi dan hebahan mengenai eQurban nie agar ramai orang dapat manfaat
ReplyDeleteLama tak singgah kat blog DN ni, kembali berkunjung..
ReplyDeleteakak Noriza ni di mana-mana ada komen dia hehehe
ReplyDeleteEwahhh...JMR mmg ada di mana2 ye...hahahha....Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan Denaihati...
ReplyDeletemoga dipermudah urusan denaihati. n moga murah rezeki DH
ReplyDeleteblum ada kesempatan lagi nak bli sebahagian
ReplyDeletetahniah denaihati network
@uncle Zuan : sama la.. in sha Allah satu hari . aaminn
ReplyDelete