Siapa yang tidak kenal dengan penmerah.com. Antara nama yang gah di dalam media sosial dan dikenali dari pelbagai peringkat usia. Kini penmerah.com telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan butik yang dikenali sebagai Butik Penmerahdotcom (Penmerahdotcom Boutique). Syabas dan tahniah diucapkan atas pembukaan butik ini.
Grand Opening Butik Penmerahdotcom |
Pembukaan Butik Penmerahdotcom ini telah diadakan pada 28 Mac 2015 yang lalu bertempat di Bangi Sentral. Maklumat berkaitan butik tersebut adalah seperti berikut :-
BUTIK PENMERAHDOTCOM
3a-49-2, Bangi Sentral,
Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : Selasa - Ahad (10.00am - 8.00pm)
Website : https://penmerah.com
Facebook : https://www.facebook.com/penmerahdotcom
Instagram : https://instagram.com/penmerahdotcom_ig/
Grand Opening Butik Penmerahdotcom 2 |
Inilah suasana dari pandangan hadapan Butik Penmerahdotcom. Butik ini terletak di tingkat atas Restoran Mee Tarik Asli. Ada kemudahan lif disediakan untuk ke Butik Penmerahdotcom ini.
![]() |
Grand Opening Butik Penmerahdotcom 3 |
Di hari pembukaan Butik Penmerahdotcom ini, seawal jam 9.00 pagi pengunjung sudah mula hadir untuk memasuki butik. Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, pengunjung dikehendaki mendaftarkan diri dan diberi nombor. Sementara menunggu pengunjung boleh naik ke butik, khemah menunggu disediakan berhadapan dengan butik ini.
Apa yang menariknya pada hari pembukaan tersebut selain dari diskaun besar-besaran adalah 200 pengunjung terawal akan menerima beberapa insentif berikut :-
- 100 helai tudung bawal PERCUMA
- 100 helai tshirt PERCUMA
- Rebate RM50 untuk 100 terawal
- Goodies PERCUMA dari Exclusive Brand
Apa yang menariknya pada hari pembukaan tersebut selain dari diskaun besar-besaran adalah 200 pengunjung terawal akan menerima beberapa insentif berikut :-
- 100 helai tudung bawal PERCUMA
- 100 helai tshirt PERCUMA
- Rebate RM50 untuk 100 terawal
- Goodies PERCUMA dari Exclusive Brand
Grand Opening Butik Penmerahdotcom 4 |
Selain itu, 3 ekor kambing golek tersedia untuk mereka yang hadir. Sangat menyelerakan dan ia sangat terhad memandangkan kehadiran yang amat menggalakkan pada hari tersebut.
Grand Opening Butik Penmerahdotcom 5 |
Tepat jam 10.00 pagi, Butik Penmerahdotcom secara rasminya dibuka kepada pengunjung buat pertama kalinya. Masuk sahaja di pintu butik akan kelihatan kaunter pembayaran yang berlatarbelakangkan logo Penmerahdotcom. Logo yang sangat unik dan pasti mempunyai maksud tersendiri.
Apa yang ada di Butik Penmerahdotcom ini? Antara koleksi barangan yang terdapat di butik ini adalah seperti berikut :-
Apa yang ada di Butik Penmerahdotcom ini? Antara koleksi barangan yang terdapat di butik ini adalah seperti berikut :-
PMscarf by Penmerahdotcom |
Beginilah suasana pada hari pembukaan Butik Penmerahdotcom. Orang ramai bepusu-pusu hadir untuk mendapatkan barangan dan koleksi yang terdapat di butik ini dengan harga diskaun yang sangat berpatutan.
![]() |
Yana Samsudin & Fadzil Zahari in the house |
Lebih menarik lagi apabila beberapa orang artis dijemput semasa pembukaan ini. Artis pertama yang hadir adalah Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari. Mereka sempat bergambar dan beramah mesra di samping mengendalikan beberapa kuiz bersama peminat di mana 5 pemenang dan 5 pengunjung bertuah menerima wang tunai RM50, tshirt Penmerahdotcom dan tudung dari Butik Penmerahdotcom. Selain itu, Yana Samsudin memberikan hadiah istimewa dari beliau sendiri kepada pengunjung yang dapat menjawab soalan kuiz beliau.
![]() |
Wawa Zainal & Aeril Zafril in the house |
Di sebelah petang, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafril pula hadir bagi memeriahkan suasana dengan bergambar dan beramah mesra bersama pengunjung. Selain itu, terdapat koleksi pakaian mereka yang bernama WA.Clothing di Butik Penmerahdotcom ini.
Inilah antara koleksi jubah dari WA.Clothing yang berjaya DN dapatkan. Jubah ini dikenali sebagai Jubah Hilma.
Inilah antara koleksi jubah dari WA.Clothing yang berjaya DN dapatkan. Jubah ini dikenali sebagai Jubah Hilma.
![]() |
Grand Opening Butik Penmerahdotcom 12 |
Tahniah diucapkan kepada penmerah.com di atas kejayaan membuka butik yang cantik ini. Inilah antara barisan krew yang membantu menjayakan Pembukaan Butik Penmerahdotcom pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan dan didoakan semoga Butik Penmerahdotcom terus maju jaya.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, wahh bestnya kak anne dah buka butik. tak dapat pergi, jauh sangat. ekkekeke. semoga terus maju sukses butik kak Anne ~~~
ReplyDeletefuhh...ramai juga yang serbu masa hari pembukaan hari tu ye DN...
ReplyDeletekalau masuk ke sana mesti rambang mata nak pilih yang mana satu kan...hehe
ReplyDeleteCantik gambar Deq Noor
ReplyDeletecantik dress DN tu...tahniah penmerahdotcom
ReplyDeletesemua ada..pakaian lelaki perempuan ada...memang kalau nak datang boleh bawak cik abam sekali..heheheh...tahniah untuk Anne..
ReplyDeleteMemang sangat ramai..havoc jadinya area bangi hari tu..dengan 3 pembukaan butik serentak di kawasan yang sama..abis jammed..haha
ReplyDeleteNampaknya lepas ni deqnoor dah boleh la jadi duta / model butik penmerah dah nie... memang padan je dengan deqnoor
ReplyDeleteAlhamdulillah. ..wah2 hebat PMDC.....dh jd biz woman dh...
ReplyDeletecongrate to Pen Merah.com
ReplyDeletesempat lalu je kat sini, tak singgah lagi. kalau singgah dpt jumpa retis syok gak.
ReplyDeletetak berkesempatan lagi nak pi huhu
ReplyDelete@uncle Zuan: singgah bangi singgah la sini..
ReplyDeletemeriah....mcm mcm ada..
ReplyDeleteSampai la nie, xsampai2 lagi ke sana. Tapi dah jumpa dah kedai nie dekat mana.
ReplyDelete