Seharian Menyertai Hanoi City Tour

Hari terakhir DN di Hanoi, DN berkira-kira sama ada untuk ke Ninh Binh atau City Tour. Disebabkan esok pagi DN perlu check out dan tidak rasa mahu jalan jauh-jauh, maka DN memilih untuk Hanoi City Tour sahaja. Jam 8.00 pagi DN sudah diambil untuk mengikuti City Tour.
Tran Quoc Pagoda
Tran Quoc Pagoda
Tempat pertama yang dibawa adalah ke Tran Quoc Pagoda. Apabila pergi mengikuti City Tour sebegini, pasti tempat-tempat seperti temple akan dibawa. Oleh itu, DN hanya melihat-lihat dari luar dan tidak masuk ke dalam.
Tran Quoc Pagoda View
Tran Quoc Pagoda View
Inilah antara gambar-gambar yang DN ambil semasa berada di Tran Quoc Pagoda Hanoi. Tiada apa yang menarik perhatian DN di sini.
Al Noor Mosque
Al Noor Mosque
Apa yang menarik perhatian DN adalah masjid yang terletak bertentangan dengan pagoda ini (anak panah merah) dan kelihatan tidak jauh dengan The Hanoi Club Hotel. Tidak silap DN namanya Al Noor Mosque, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi. Alangkah bertuahnya jika DN dapat ke sana. Malangnya masa tidak mengizinkan. InsyaAllah DN akan kembali untuk menunaikan solat di masjid ini walaupun hanya sekali.
Presidential Palace Vietnam
Presidential Palace Vietnam
Seterusnya DN dibawa ke Presidential Palace di mana Presiden Ho Chi Minh tinggal suatu ketika dahulu. Di kawasan ini kita dapat lihat suasana dan kehidupan presiden mereka yang hidup sama sederhana, sama seperti orang lain.
President Ho Chi Minh House
President Ho Chi Minh House
Presiden Ho Chi Minh tinggal di rumah satu tingkat ini dan keadaan rumahnya dapat dilihat seperti di atas. Sekarang baru DN tahu kenapa rakyat Vietnam terlalu mengagungkan beliau sehingga nama Saigon bertukar kepada Ho Chi Minh City. Beliau memang layak untuk dibanggakan.
Limau Bali Vietnam
Limau Bali Vietnam
Di rumah Presiden Ho Chi Minh ini terdapat banyak pokok limau bali (pomelo) tumbuh segar di kebunnya. DN berpeluang untuk merasa buah limau bali di sini. Rasanya tetap sama, tiada beza pun dengan di Malaysia. Cuma jarang-jarang DN dapat merasa limau bali yang manis seperti ini.
Kraftangan Vietnam
Kraftangan Vietnam
Kemudian DN dibawa ke tempat orang-orang kurang upaya menjual kraftangan mereka. Jika mengikuti tour ke Vietnam, pasti kita akan di bawa ke tempat sebegini bagi membantu dan menyokong mereka yang telah menjadi sedemikian rupa disebabkan perang suatu ketika dahulu. Jika tidak mahu membeli, derma pun sudah memadai. Kasihan melihat mereka tetapi mereka tetap bekerja demi meneruskan kehidupan.
Muzium Etnik Vietnam
Muzium Etnik Vietnam
Destinasi seterusnya DN telah dibawa ke Muzium Etnik (Vietnam Museum of Ethnology). Di muzium ini ditunjukkan pelbagai etnik Vietnam yang pelbagai. Selama ini kita tengok orang Vietnam sama sahaja, rupa-rupanya terdapat pelbagai etnik di negara ini seperti Viet, Bana, Choro, Chotu, Hoa dan ramai lagi. 
Tiket Muzium Etnik
Tiket Muzium Etnik
Sebelum masuk ke dalam muzium, tourist guide memberikan penjelasan serba sedikit tentang apa yang terdapat di dalam Muzium Etnik ini. Rupa-rupanya, luas juga muzium ini. Di bahagian belakang muzium terdapat jenis-jenis rumah pelbagai etnik yang boleh kita kunjungi. Harga tiket untuk ke muzium ini tidak mahal pun. Hanya 40.000 Vietnam Dong (~ RM6.50).
Kepercayaan dan Rumah Mengikut Etnik
Kepercayaan dan Rumah Mengikut Etnik
Lama juga berada di sini, sekitar 1 jam 30 minit. Ini kerana banyak tempat yang boleh dilihat di sini dan kita dapat mengetahui kehidupan harian, kepercayaan serta rumah-rumah penginapan mereka. Siap ada contoh tempat menyimpan mayat lagi disini. Kalau betul-betul ingin mendalami kesemua etnik Vietnam, masa yang diberikan sangat tidak mencukupi.
Hanoi City Tour Group
Hanoi City Tour Group
Inilah sebahagian rakan-rakan yang baru DN kenali sepanjang Hanoi City Tour. Mereka dari Singapore, Rusia dan Vietnam. Gambar ini diambil semasa kami melawat Temple of Literature. Disebabkan ketika itu sesak dengan pelajar Vietnam yang telah tamat belajar bergambar di sini, kami tidak dibenarkan berpisah dari kumpulan. DN dimaklumkan bahawa telah menjadi tradisi rakyat di sini, mereka akan bergambar di Temple of Literature setelah tamat pengajian di universiti. 

Tempat terakhir yang DN jejaki adalah di Ngoc Son Temple yang terletak di Tasik Hoan Kiem. Tasik ini tidak jauh dari tempat penginapan DN dan boleh sahaja jika mahu berjalan kaki pulang ke hotel. Apa guna bayar mahal-mahal kan, maka selesai di Ngoc Son Temple, DN dihantar pulang ke hotel DN semula. 
Hanoi City
Hanoi City
Selesai travelog DN ke Hanoi. Salah satu tarikan di Hanoi adalah ukiran di sepanjang jalan ini yang menggunakan marble kecil. Sangat kreatif, cantik dan mempesonakan mata memandang ketika perjalanan di bandar Hanoi ini. Walaubagaimanapun, dinasihatkan merancang lebih awal kerana terdapat tour Muslim di Hanoi ini jika telah tempah pakej awal. Disebabkan DN jenis redah sahaja, DN sukar mendapatkan makanan halal di Hanoi. Itu lah... Siapa suruh tidak study dulu sebelum datang. Hehehe...


Ok lah, sampai di sini cerita Hanoi, Vietnam. Lepas ini cerita ke mana? InsyaAllah DN akan kongsikan dengan pembaca semua. Tunggu.... Cerita lain sepanjang di Hanoi boleh dibaca seperti link dibawah :-

Menikmati Keindahan Halong Bay Vietnam
Street Food Tour Hanoi Vietnam

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

25 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, wahh bestnya. in shaa Allah, nanti boleh la ke sini juga. tunggu adam besar sikit hehhee

    ReplyDelete
  2. banyak gk tempat menarik yg boleh dilawati kat sini ek. limau bali tu majoriti manis ke sebiji dua je tu? cam sedap je

    ReplyDelete
  3. sudah semestinya limau tu akan rasa lebih manis apabila dimakan oleh deqnoor yang sweet gitu....

    ReplyDelete
  4. Limau bali malaysia pun jarang2 dapat makan..harga nya entah la..kalau beli kat highway ipoh tu mahal harga nya..

    ReplyDelete
  5. Vietnam dah membangun selepas perang.

    Yang bagusnya, tinggalan peperangan pun jadi tempat perlancongan

    Malaysia tak pelihara warisan negara seperti mereka

    ReplyDelete
  6. @Sheila Salim haa... bila bawa adam mesti dia lg suka... :)

    ReplyDelete
  7. @Bro Framestone boleh tapi sendirian berhad lah macam biasa. hehe...

    ReplyDelete
  8. @JMR banyak sangat.. Dn tak habis lagi round tau. manis... yang lain2 tak tahu lah. hee...

    ReplyDelete
  9. @hazman fadzil hahaha... abg man ni... malu DN tau... :D

    ReplyDelete
  10. @Diana Rashid dah tak tahu dah harga buah sekarang. Lama xbeli buah. Hee...

    ReplyDelete
  11. @Mazni Azmi betul tu... sejarah malaysia apa kurang hebatnya..

    ReplyDelete
  12. wah. menariknya tempat2 dia....

    ReplyDelete
  13. bertambah la kawan DN kan.. dari luar ngr tu

    ReplyDelete
  14. Amboi DN syoknya berjalan-jalan ke Hanoi..i is jeles

    ReplyDelete
  15. manis2 makan ngan kicap+garam+cili..pergh..

    ReplyDelete
  16. bestnya bila dapat berjalan2 kat negara orang ni...pergi melawat tempat2 menarik... :D

    ReplyDelete
  17. apa lagi bro Ezad, masa bujang ni la nak berjalan kaw-kaw..

    ReplyDelete
  18. ok not bad. nak kena ke masjid al noor klu singgah sana nanti :D

    ReplyDelete
  19. Akak pun suka pamelo vietnam..bezanya yg kat malaysia x berapa nak manis la...rindu Vietnam. ..

    ReplyDelete
  20. @Amanda Suria: tak pernah lg try pamelo vietnam,dkt malaysia ada jual dok?

    ReplyDelete
  21. @JMR: betul tu, masa bujang ni budjet sorang je.. so tk payah nak pening pening.. hehe. tp bila dah kawin dpt p jalan ngn isteri pon seronok cume double la belanja nye kan kan kan . nak nak kalau isteri yg suka shoppping shopping. hehehe

    ReplyDelete
  22. @JMR : tu la kan...kena cari masa yang sesuai juga nak berjalan...huhu

    ReplyDelete
  23. Ramai rakyat Malaysia suka berkunjung ke Vietnam sebab kain murah kan DN?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^