Hari terakhir DN di Hanoi, DN berkira-kira sama ada untuk ke Ninh Binh atau City Tour. Disebabkan esok pagi DN perlu check out dan tidak rasa mahu jalan jauh-jauh, maka DN memilih untuk Hanoi City Tour sahaja. Jam 8.00 pagi DN sudah diambil untuk mengikuti City Tour.
Tran Quoc Pagoda |
Tempat pertama yang dibawa adalah ke Tran Quoc Pagoda. Apabila pergi mengikuti City Tour sebegini, pasti tempat-tempat seperti temple akan dibawa. Oleh itu, DN hanya melihat-lihat dari luar dan tidak masuk ke dalam.
![]() |
Tran Quoc Pagoda View |
Inilah antara gambar-gambar yang DN ambil semasa berada di Tran Quoc Pagoda Hanoi. Tiada apa yang menarik perhatian DN di sini.
Apa yang menarik perhatian DN adalah masjid yang terletak bertentangan dengan pagoda ini (anak panah merah) dan kelihatan tidak jauh dengan The Hanoi Club Hotel. Tidak silap DN namanya Al Noor Mosque, satu-satunya masjid yang terdapat di Hanoi. Alangkah bertuahnya jika DN dapat ke sana. Malangnya masa tidak mengizinkan. InsyaAllah DN akan kembali untuk menunaikan solat di masjid ini walaupun hanya sekali.
Presidential Palace Vietnam |
Seterusnya DN dibawa ke Presidential Palace di mana Presiden Ho Chi Minh tinggal suatu ketika dahulu. Di kawasan ini kita dapat lihat suasana dan kehidupan presiden mereka yang hidup sama sederhana, sama seperti orang lain.
![]() |
President Ho Chi Minh House |
Presiden Ho Chi Minh tinggal di rumah satu tingkat ini dan keadaan rumahnya dapat dilihat seperti di atas. Sekarang baru DN tahu kenapa rakyat Vietnam terlalu mengagungkan beliau sehingga nama Saigon bertukar kepada Ho Chi Minh City. Beliau memang layak untuk dibanggakan.
![]() |
Limau Bali Vietnam |
Di rumah Presiden Ho Chi Minh ini terdapat banyak pokok limau bali (pomelo) tumbuh segar di kebunnya. DN berpeluang untuk merasa buah limau bali di sini. Rasanya tetap sama, tiada beza pun dengan di Malaysia. Cuma jarang-jarang DN dapat merasa limau bali yang manis seperti ini.
![]() |
Kraftangan Vietnam |
Kemudian DN dibawa ke tempat orang-orang kurang upaya menjual kraftangan mereka. Jika mengikuti tour ke Vietnam, pasti kita akan di bawa ke tempat sebegini bagi membantu dan menyokong mereka yang telah menjadi sedemikian rupa disebabkan perang suatu ketika dahulu. Jika tidak mahu membeli, derma pun sudah memadai. Kasihan melihat mereka tetapi mereka tetap bekerja demi meneruskan kehidupan.
Muzium Etnik Vietnam |
![]() |
Tiket Muzium Etnik |
Sebelum masuk ke dalam muzium, tourist guide memberikan penjelasan serba sedikit tentang apa yang terdapat di dalam Muzium Etnik ini. Rupa-rupanya, luas juga muzium ini. Di bahagian belakang muzium terdapat jenis-jenis rumah pelbagai etnik yang boleh kita kunjungi. Harga tiket untuk ke muzium ini tidak mahal pun. Hanya 40.000 Vietnam Dong (~ RM6.50).
![]() |
Kepercayaan dan Rumah Mengikut Etnik |
Lama juga berada di sini, sekitar 1 jam 30 minit. Ini kerana banyak tempat yang boleh dilihat di sini dan kita dapat mengetahui kehidupan harian, kepercayaan serta rumah-rumah penginapan mereka. Siap ada contoh tempat menyimpan mayat lagi disini. Kalau betul-betul ingin mendalami kesemua etnik Vietnam, masa yang diberikan sangat tidak mencukupi.
Hanoi City Tour Group |
Inilah sebahagian rakan-rakan yang baru DN kenali sepanjang Hanoi City Tour. Mereka dari Singapore, Rusia dan Vietnam. Gambar ini diambil semasa kami melawat Temple of Literature. Disebabkan ketika itu sesak dengan pelajar Vietnam yang telah tamat belajar bergambar di sini, kami tidak dibenarkan berpisah dari kumpulan. DN dimaklumkan bahawa telah menjadi tradisi rakyat di sini, mereka akan bergambar di Temple of Literature setelah tamat pengajian di universiti.
Tempat terakhir yang DN jejaki adalah di Ngoc Son Temple yang terletak di Tasik Hoan Kiem. Tasik ini tidak jauh dari tempat penginapan DN dan boleh sahaja jika mahu berjalan kaki pulang ke hotel. Apa guna bayar mahal-mahal kan, maka selesai di Ngoc Son Temple, DN dihantar pulang ke hotel DN semula.
Hanoi City |
Selesai travelog DN ke Hanoi. Salah satu tarikan di Hanoi adalah ukiran di sepanjang jalan ini yang menggunakan marble kecil. Sangat kreatif, cantik dan mempesonakan mata memandang ketika perjalanan di bandar Hanoi ini. Walaubagaimanapun, dinasihatkan merancang lebih awal kerana terdapat tour Muslim di Hanoi ini jika telah tempah pakej awal. Disebabkan DN jenis redah sahaja, DN sukar mendapatkan makanan halal di Hanoi. Itu lah... Siapa suruh tidak study dulu sebelum datang. Hehehe...
Ok lah, sampai di sini cerita Hanoi, Vietnam. Lepas ini cerita ke mana? InsyaAllah DN akan kongsikan dengan pembaca semua. Tunggu.... Cerita lain sepanjang di Hanoi boleh dibaca seperti link dibawah :-
Menikmati Keindahan Halong Bay Vietnam
Street Food Tour Hanoi Vietnam
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Assalamualaikum DN, wahh bestnya. in shaa Allah, nanti boleh la ke sini juga. tunggu adam besar sikit hehhee
ReplyDeleteBoleh ikut ke?
ReplyDeletebanyak gk tempat menarik yg boleh dilawati kat sini ek. limau bali tu majoriti manis ke sebiji dua je tu? cam sedap je
ReplyDeletesudah semestinya limau tu akan rasa lebih manis apabila dimakan oleh deqnoor yang sweet gitu....
ReplyDeleteLimau bali malaysia pun jarang2 dapat makan..harga nya entah la..kalau beli kat highway ipoh tu mahal harga nya..
ReplyDeleteVietnam dah membangun selepas perang.
ReplyDeleteYang bagusnya, tinggalan peperangan pun jadi tempat perlancongan
Malaysia tak pelihara warisan negara seperti mereka
@Sheila Salim haa... bila bawa adam mesti dia lg suka... :)
ReplyDelete@Bro Framestone boleh tapi sendirian berhad lah macam biasa. hehe...
ReplyDelete@JMR banyak sangat.. Dn tak habis lagi round tau. manis... yang lain2 tak tahu lah. hee...
ReplyDelete@hazman fadzil hahaha... abg man ni... malu DN tau... :D
ReplyDelete@Diana Rashid dah tak tahu dah harga buah sekarang. Lama xbeli buah. Hee...
ReplyDelete@Mazni Azmi betul tu... sejarah malaysia apa kurang hebatnya..
ReplyDeletewah. menariknya tempat2 dia....
ReplyDeletebertambah la kawan DN kan.. dari luar ngr tu
ReplyDeleteAmboi DN syoknya berjalan-jalan ke Hanoi..i is jeles
ReplyDeletemanis2 makan ngan kicap+garam+cili..pergh..
ReplyDeletebestnya bila dapat berjalan2 kat negara orang ni...pergi melawat tempat2 menarik... :D
ReplyDeleteapa lagi bro Ezad, masa bujang ni la nak berjalan kaw-kaw..
ReplyDeleteok not bad. nak kena ke masjid al noor klu singgah sana nanti :D
ReplyDeleteAkak pun suka pamelo vietnam..bezanya yg kat malaysia x berapa nak manis la...rindu Vietnam. ..
ReplyDelete@Amanda Suria: tak pernah lg try pamelo vietnam,dkt malaysia ada jual dok?
ReplyDelete@JMR: betul tu, masa bujang ni budjet sorang je.. so tk payah nak pening pening.. hehe. tp bila dah kawin dpt p jalan ngn isteri pon seronok cume double la belanja nye kan kan kan . nak nak kalau isteri yg suka shoppping shopping. hehehe
ReplyDelete@JMR : tu la kan...kena cari masa yang sesuai juga nak berjalan...huhu
ReplyDeleteRamai rakyat Malaysia suka berkunjung ke Vietnam sebab kain murah kan DN?
ReplyDeletejalan jalan ke Hanoii
ReplyDelete