Hotel Neo+ Penang

Hotel Neo + by Aston Penang
Hotel Neo + by Aston Penang
Beberapa minggu lepas DN ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Disebabkan DN perlu berada di sana selama 2 hari, DN memilih untuk menginap di Hotel Neo+ Penang. Hotel ini masih baru dan baru beroperasi beberapa bulan yang lepas. Kalau tidak silap DN, ia beroperasi pada Februari 2015. Maklumat berkaitan hotel ini adalah seperti berikut :-

68 Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang - Malaysia
Tel: (+60)-4-255 1000 
Fax: (+60)-4-263 1003 
Hotel Neo+ Penang by Aston
Hotel Neo+ Penang by Aston
DN pernah duduk Hotel Neo di Jakarta, Indonesia. Ternyata banyak lokasi Hotel Neo by Aston ini dan mereka mula melebarkan rangkaian hotel mereka di Malaysia pula. Ketika DN menginap di Hotel Neo+ Penang, DN memilih untuk mencuba bilik Superior Room mereka yang berharga RM239++.
Ruang Bilik Superior Hotel Neo+
Ruang Bilik Superior Hotel Neo+
Buka sahaja pintu bilik kelihatan ruang bilik yang selesa untuk seorang. Dua orang juga masih selesa kerana ruang antara katil dan susun atur perabut luas. Lantai tidak berkarpet tetapi disediakan selipar untuk digunakan di dalam bilik ini. 
Katil Queen Bilik Superior Hotel Neo+
Katil Queen Bilik Superior Hotel Neo+
Bilik Superior merupakan bilik dengan katil queen. Oleh itu, ruang bilik ini kebanyakannya dipenuhi dengan katil ini. Walaubagaimanapun, konsep built-in furniture yang digunakan menyebabkan ruang tampak kemas dan teratur. Pencahayaan lampu oren yang digunakan di kiri kanan katil secara berasingan suis memberi keselesaan kepada pengunjung untuk berehat serta memudahkan pengunjung untuk memadamkan lampu tanpa perlu bangun dari katil. Frame gambar di atas katil menyerikan lagi suasana bilik Superior ini.
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang
Berhadapan dengan katil seperti kebiasaannya akan disediakan TV dan rata-rata ke mana-mana hotel pasti menyediakan LCD TV bagi menjimatkan ruang. Kelihatan ruang ini sangat simple tetapi lengkap dengan segala keperluan seperti cermin, meja solek / kerja dan tempat letak bag.
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang
Bersebelahan dengan pintu masuk pula tersedia almari pakaian, peti ais mini dan ruang yang dijadikan sebagai pantry. Teratur dan kemas susun atur ini dan susun atur sebegini memang selalu ada di mana-mana hotel. 
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 2
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 2
Berhadapan dengan pantry dan bersebelahan dengan pintu masuk ke bilik air terdapat cermin panjang. Memang bagus adanya cermin panjang sebegini tetapi pencahayaan kuning yang digunakan hanya di atas pantry, tidak berhampiran cermin ini kurang membantu menyerlahkan mereka yang sedang bersiap di hadapan cermin ini.
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 3
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 3
Apabila menjengah ke bilik air, kelihatan ruang basin yang luas untuk meletak barang. 2 botol air juga diletakkan di dalam bilik air ini. Memang sudah menjadi kebiasaan di mana-mana hotel kini, botol air diletakkan di bilik air dan bukan di pantry. Mungkin bagi mereka air ini untuk berkumur sahaja tetapi jika bertanyakan pendapat DN, letak air ini di pantry adalah lebih elok berbanding di bilik air. Kemudahan lain yang disediakan di bilik air ini adalah pengering rambut dan keperluan mandi seperti sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi dan tisu.
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 4
Dekorasi Bilik Superior Hotel Neo+ Penang 4
Tandas dan tempat mandi diletakkan bersebelahan. Ruang bilik air yang kecil ini digunakan sebaiknya untuk terus memberi keselesaan kepada pengunjung yang menginap di sini. 


Inilah antara serba-serbi bilik superior Hotel Neo+ Penang yang dapat DN kongsikan. Keseluruhannya baik disebabkan hotel ini masih baru. Harap hotel ini dapat mengekalkan prestasi dengan sebaik mungkin.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. nice gak deco hotel ni..cukup lengkap facility..kalau ada bath tab lagi layan kan..hehe

    ReplyDelete
  2. klu zuan dpt bilik mcm ni, memang tak jalan penang haha

    ReplyDelete
  3. Zuan: kalau gi sebab kerja, maknanya tak kuar bekerja ek hehe

    ReplyDelete
  4. nampak selesa sangat .. empuknye katil tu.. tido sorang tu berguling le DN kan. hehe

    ReplyDelete
  5. Meja solek / kerja itu macam nampak kecik je bagi Bro....

    Tapi memang menarik, cuma ruang macam terhad untuk Kak Long Fisha beriadah he..23x

    ReplyDelete
  6. kalau dapat bilik macam ni mesti rasa macam malas nak keluar bilik...kih3

    ReplyDelete
  7. @JMR : haa, kalau ada bath tab mesti lagi syok kan...berendam lama2...haha

    ReplyDelete
  8. @Uncle Zuan : haha...kalau duduk dalam hotel je...baik tak payah pergi bercuti kan...haha

    ReplyDelete
  9. @Afasz : memang puas hati kalau katil besar tu conquer sorang2...haha

    ReplyDelete
  10. Baru lagi ok la kan, banyak benda nampak baru ja...

    ReplyDelete
  11. selesanya tgk...
    lagi pon hotel baru

    ReplyDelete
  12. berendam lama-lama sampai kecut ye..jawabnya dok dlm bilik je la kan hehe

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^