Movie Review : Abang Lejen

Poster Abang Lejen
Poster Abang Lejen
Latar Belakang Filem
Filem Abang Lejen ini merupakan filem bergenre aksi komedi yang diterbitkan oleh Mangkin Prestij (MP) Sdn Bhd. Filem dibawah pengarahan Azaromi Ghozali adalah filem ke-4 terbitan MP. Abang Lejen mempertaruhkan gandingan mantap Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim. Turut membintangi filem ini adalah Along Eyzendy, Shahfiez, Hamid Gurkha, Azlan Komeng dan ramai lagi. Filem ini telah ditayangkan di pawagam bermula 16 April 2015 yang lalu.
Adegan Filem Abang Lejen
Adegan Filem Abang Lejen
Sinopsis
Abang Lejen mengisahkan tentang 2 beradik yatim piatu iaitu Ajim (Farid Kamil) sebagai abang dan Alan (Fadlan Hazim) sebagai adik. Sejak kematian ibu bapa mereka, Ajim sepenuhnya menjaga adiknya sehingga dewasa. Semasa kecil mereka berdua telah menetap di rumah sepupu mereka Intan (Intan Ladyana). Apabila sudah dewasa, mereka tinggal di rumah mereka sendiri. Intan sangat menyukai Ajim sejak kecil dan berangan-angan untuk berkahwin dengan Ajim. Alan pula telah jatuh cinta dengan gadis yang ditemuinya di dalam bas, Adiba (Adiba Yunus) dan ingin mengahwininya. Sejak kecil, Alan selalu dibuli oleh Karim (Along Eyzendy) dan Mail (Shahfiez) tetapi Ajim selalu melindunginya. Pergolakan berlaku apabila Alan sudah berkahwin dengan Adiba dan Karim memfitnah Ajim sehingga Alan membenci abangnya sendiri.

Apakah fitnah yang diceritakan oleh Karim sehingga Alan membenci Ajim? Adakah kebencian yang mendalam itu memisahkan mereka berdua selama-lamanya? Dapatkah mereka berbaik semula? Berjayakah Intan untuk mengahwini Ajim? Segalanya terjaab dengan menonton filem Abang Lejen ini.
Atas kiri : Adiba Yunus, Fadlan Hazim. Bawah kiri : Intan Ladyana, Farid Kamil.
Atas kiri : Adiba Yunus, Fadlan Hazim. Bawah kiri : Intan Ladyana, Farid Kamil.
Komen Penulis
DN suka dengan lakonan mereka terutama sekali Farid Kamil dan Intan Ladyana. Walaubagaimanapun, jalan cerita filem ini lebih banyak sedih daripada aksi komedi. Tetap ada scene aksi dan komedi tetapi filem ini membawa kita untuk merasa sedih lebih kuat dari melihat aksi komedi. Penyampaian secara "melampau" yang cuba ditonjolkan oleh pengarah cuba DN cari dan DN dapat lihat kelainannya seperti ala-ala hindustan dan ciri-ciri filem Tamil ada di dalam filem ini. Pelakon dapat membawa watak dengan baik tetapi filem seperti ini bukan jiwa DN. Maafkan DN... DN beri 2.5/5 untuk filem Abang Lejen ini.

Trailer


Koleksi Gambar





Saksikan Filem Abang Lejen yang sudah berada di pawagam bermula 16 April 2015.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. Semalam dh keluar eh citer ni....akak dh lama x tgok citer melayu kat panggung...

    ReplyDelete
  2. Bro Lejen....

    Sedap sikit bunyinya he....23x

    ReplyDelete
  3. dgr trailer mcm best, mcm kelakar, tapi....

    hehehe

    ReplyDelete
  4. Tengok trailer boleh nampak babak yang macam OVER ala filem tamil tu... tapi belum sesuai dengan filem melayu lagi kan... p/s: teruskan berikan Bintang Review sebagai panduan yang berguna...

    ReplyDelete
  5. tajuk macam best..kena tengok la baru tau best ke tidak.kan??.hahaha

    ReplyDelete
  6. cite dia lain dr lain , org la kata. sbb mengisahkan tentang kasih abg terhadap adik nye..

    bkn senang nak dpt abg yg betul betul kasih pada adik nye .

    jalan cite lain dr lain ler ni, sbb selalu cite pasal cinta je.

    ReplyDelete
  7. @uncle Zuan: hahaha boleh plak salah pakai nama ek?

    ReplyDelete
  8. @hazman: macam feveret bro filem tamil je ni hehe

    ReplyDelete
  9. lama juga tak layan cerita melayu kat pawagam ni...hehe

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone : David Teo kena ambil bro berlakon la kalau macam tu bro...kih3

    ReplyDelete
  11. @JMR : hehe...trailer macam best...tapi sekali bila da tengok...erk...hehe

    ReplyDelete
  12. @Diana Rashid : tunggu keluar kat astro nanti la baru tengok...hehe

    ReplyDelete
  13. @Muhammad Syazwan Norhalik : haa, sama la kita zuan...lama beb tak tengok cerita melayu kat pawagam...hehe

    ReplyDelete
  14. @JMR : filem tamil ada juga peminatnya tersendiri bro JMR...haha

    ReplyDelete
  15. Tak semesti hero best akan laku filem kan?

    ReplyDelete
  16. Banyak sedih dari aksi komedi??? Filem ala-ala romantis la ni kan!

    ReplyDelete
  17. dah tengok ni guna AndroidBox..puas hati sbb free..dah namanya citer Melayu kan haha

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^