![]() |
Poster Hantu Bungkus Ikat Tepi |
Latar Belakang Filem
Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi merupakan filem ke-9 arahan Hashim Rejab dengan mempertaruhkan genre komedi seram. Genre ini dipilih disebabkan penerimaan dan permintaan yang tinggi dari penonton serta bersesuaian dengan pelbagai lapisan penonton di samping mengembangkan lagi bakat pelawak-pelawak tanahair. Pelakon dan pelawak yang menjayakan filem ini adalah Nora Danish, Abam Bocey, Tauke Jambu dan Yus Jambu dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Farid Kamil, Ruminah Sidek, Epy, Adiba Yunus, Atiqah Suhaime, Nizam Zaidi, Pablo Amirul, Kartina Aziz, Zalif Sidek dan Along Eyzendy. Penggambaran filem ini diadakan di sekitar Lembah Klang sahaja.
Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi |
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik, Fuad (Tauke Jambu), Fadli (Yus Jambu) dan Fendi (Abam Bocey) yang berjiran dengan Mimie (Nora Danish) telah menjumpai mayat seorang lelaki dibunuh di sebuah jalan sunyi. Memandangkan Fendi telah mengambil pisau tersebut secara tidak sengaja, untuk menghilangkan bahan bukti mereka telah membungkus dan menanam mayat tersebut di sebuah tempat. Sejak dari itu mereka sering diganggu oleh mayat tersebut di rumah mereka dan seringkali ditinggalkan klu untuk menyelesaikan misteri hantu bungkus ikat tepi ini. Klu-klu tersebut telah menyebabkan Mimie secara tidak langsung terlibat dalam merungkai misteri tersebut.
Apakah sebenarnya misteri hantu bungkus ikat tepi ini? Apa kaitannya dengan Mimie? Dapatkah mereka merungkai misteri yang selama ini mengganggu kehidupan mereka? Siapakah pembunuh sebenar lelaki tersebut? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Hantu Bungkus Ikat Tepi yang telah berada di pawagam bermula hari ini, 9 April 2015.
Dari kiri : Tauke Jambu, Abam Bocey, Yus Jambu dan Nora Danish |
Komen Penulis
Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi ini mempunyai banyak kelainannya daripada filem-filem bergenre komedi seram yang pernah ditonton sebelum ini. Pengarah bijak mengaitkan dengan filem-filem lain sebelum ini dalam beberapa scene tanpa menjejaskan jalan ceritanya. Apa yang penting, kehadiran pelawak-pelawak hebat ini menyebabkan mereka yang menonton pasti tidak kering gusi bergelak ketawa dari bermulanya filem sehingga berakhirnya filem ini. Sangat terhibur dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan. DN berikan 4 / 5 untuk filem ini.
Trailer
Koleksi Gambar
Saksikan Hantu Bungkus Ikat Tepi di pawagam berhampiran bermula 9 April 2015.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Rugi tak bergambar dengan Abam Bocey
ReplyDeletewhoaaa.... tinggi jugak rating yang DN kasi nie... macam meyakinkan je bile dah promote macam nie... boleh la tengok kalau camni...
ReplyDeleteCrita bangang. Xpyah tgk. Bazir masa. Ale utoo btul.bterabur mcm xde skrip lgsung.
ReplyDeleteCrita bangang. Xpyah tgk. Bazir masa. Ale utoo btul.bterabur mcm xde skrip lgsung.
ReplyDeleteMacam-macam nama hantu sekarang ni, glemer sungguh
ReplyDeletenama hantu tu pun dah lawak...hehehe
ReplyDeleteingatkan teh ais je ikat tepi.haha
ReplyDeleteKonfirm takkan pegi tengok cite ni. tajuk je pon dah buat rasa tak suka. hehehe
ReplyDeletekalau pegi pon, mungkin untuk tengok nora danish je. :)
Gemuk is awesome!!!! Hihihi akak suka abam tp x berpeluang tgok kat panggung...sibuk dgn keja..
ReplyDeletenanti nk tgk cite ni !!!! comfirm hehe
ReplyDeleteanyway ABAM BOCEY makin femes skrang.. gemukisawesome
ReplyDeleteok bekas skandal belakon.. ehhhh
ReplyDelete@uncle Zuan: sapa tu bekas scandal tu ek?? ce cite sikit..
ReplyDelete@uncle zuan : bekas skandal? yang mana satu tu?tokei jambu ke mommy jarum tu?
ReplyDeletenak tengok cerita ni masa ditayangkan dulu...tapi bila check online...kosong je takde orang...tu malas nak tengok...hehe
ReplyDelete@Diana Rashid : nama hantu pun da macam nama air...teh ais satu ikat tepi...haha
ReplyDelete@JMR : haa, tu la pasal bro...hantu pun ada ikat tepi sekarang ni...kih3
ReplyDelete@Amanda Suria : sama la kita SA...memang tak berkesempatan nak tengok movie ni masa ditayangkan kat pawagam dulu..
ReplyDelete@Afasz : Alhamdulillah...rezeki Abam makin murah sekarang ni...femes :D
ReplyDelete@Uncle Zuan : haha...nora danish ke ? tolong la jangan buat lawak...kih3
ReplyDelete