Pizza Signature Series Hanya RM12 Bersih!

Dari kiri : Nad Zainal, Chef Nik Michael
Dari kiri : Nad Zainal, Chef Nik Michael
Minggu lepas DN berpeluang untuk menikmati rangkaian piza terbaru yang dikenali sebagai Pizza Hut Signature Series. Malam tersebut sangat meriah apabila dua orang selebriti yang tidak asing lagi hadir meraikan dan menikmati piza bersama kami. Mereka adalah Pelakon TV Wanita Popular 2014, Nad Zainal dan Chef Selebriti Nik Michael. 

Dengan slogan "Untuk Kualiti Hebat, Pada Harga Jimat", rangkaian piza Signature Series ini menampilkan piza enak dengan sentuhan chef berbentuk empat segi disamping menggabungkan 3 keju istimewa iaitu keju cheddar, provolone dan mozzarella. Paling menarik dan tertarik adalah kesemua pizza ini hanya berharga RM12 BERSIH!
Dari Kiri : Fisherman's Catch, Seriously Sriracha, Barbecue Bang
Dari Kiri : Fisherman's Catch, Seriously Sriracha, Barbecue Bang
Fisherman's Catch - terdiri daripada ketulan tuna, filamen isi ketam dan nenas di atas limpahan sos Thousand Island.

Seriously Sriracha - terdiri daripada cebisan ayam, kapsikum merah, cendawan, nenas dan bawang merah dengan sos Sriracha.

Barbecue Bang - terdiri daripada smoky BBQ dengan hirisan ayam, cendawan dan bawang merah dengan sos barbeku.
Dari Kiri : Pepperoni Perfetto, Italian Primo
Dari Kiri : Pepperoni Perfetto, Italian Primo
Pepperoni Perfetto - terdiri daripada pepperoni ayam atau daging yang dipertingkatkan dengan citarasa klasik.

Italian Primo - terdiri daripada kepingan daging brisket, pepperoni daging, tomato, kapsikum merah, sosej ayam dan bawang.

Kesemua pizza ini hanya RM12 bersih setiap satu. Terdapat set Signature Series untuk pelanggan yang makan di restoran iaitu :-

Signature Course A RM33.90 bersih (Jimat RM12.50) 
- 2 piza Signature Series 
- 2 mangkuk sup cendawan
- 2 gelas Mountain Dew
- 2 aiskrim sensation
* Kombo untuk 2 orang

Signature Course B RM60.90 bersih (Jimat RM19.90)
- 2 piza Signature Series
- 1 Creamy Carbonara Fettucine
- 1 Tempura Prawn Garlic Rice
- 4 mangkuk sup cendawan
- 4 gelas Mountain Dew
* Kombo untuk 4 orang

Launch of Signature Series Pizza Hut
Launch of Signature Series Pizza Hut
Kesemuanya mempunyai rasa yang berbeza dan sedap-sedap belaka. Dengan harga RM12 bersih yang berpatutan, pastinya piza ini akan mendapat sambutan hangat dari penggemar piza dan pelanggan setia Pizza Hut. Pilihan DN, pastinya Fisherman's Catch! Selamat menjamu selera... ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Gambar last paling cantik. Siapa amik ek, ke DN makin cantik lately. Apa rahsianya?

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik sungguh . X sempat nak join , Qaireen x sihat . Dengan hujan lebat . :)

    ReplyDelete
  3. makin banyak pilihan ni..tu tukang masak pizza ke yg last skali tu?

    ReplyDelete
  4. ya ampun, nampak mcm sedap sgt2..rasa macm nk p sekarang je kedai dia..hihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dn, wahhh sedapnya. terliur pula tengok. ngeeee sementara stok masih ada ekk

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap semua ni...kena try ni nanti :D

    ReplyDelete
  7. @JMR : tu pizza maker baru yang last sekali tu...kih3

    ReplyDelete
  8. @Mizz ErMa : haa, apa lagi...terjah la Pizza Hut yang berdekatan...nak lagi mudah...order online je...hehe

    ReplyDelete
  9. @Sheila Salim : nanti bila promosi ni habis...tak dapat merasa pula kan...kena cepat cuba ni... :D

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak menjejakkan kaki ke Pizza..

    ReplyDelete
  11. Dah memang jarang ke Pizza Hut sebab selalu sangat late servis, now dah ada GST lagi memang lagi kurang la nak ke sana..huhu

    ReplyDelete
  12. lately, lama gak tak terjah ke Pizza Hut ni..mungkin sbb rasa dia dah jadi biasa kot

    ReplyDelete
  13. kecantikan tuan punya belog....sgt terserlah....

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^