Sebenarnya kisah ini sudah lama sekitar tidak sampai hujung tahun lepas tetapi baru hari ini DN berkesempatan hendak berkongsi cerita. Cerita yang mana DN panik sehingga tidak terfikir untuk bertanya sesiapa walaupun pramugari / pramugara apatah lagi penumpang yang lain.
Cerita bermula apabila DN menaiki penerbangan MAS ke Jakarta, Indonesia. Jakarta bukan pertama kali DN pergi tetapi apa yang berlaku buat DN panik juga. Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan tiada apa yang berbeza dan DN memasuki ruang menunggu seperti biasa pada hari tersebut.
Menunggu seketika di ruang menunggu dan leka dengan Iphone di tangan, penumpang akhirnya dibenarkan menaiki pesawat. Dengan penuh konfiden DN memasuki pintu kapal terbang. Baru sahaja melangkah masuk, kelihatan set-up di dalam kapal terbang berbeza. Dalam hati, "Owh, MAS sudah membuat pembaharuan. Not bad". Kemudian DN menuju ke kerusi yang telah ditetapkan.
Setelah mengambil tempat, kelihatan TV kecil dihadapan. "Wah! MAS sudah ada TV lah". Teruja apabila memikirkan perjalanan kali ini pasti tidak membosankan disebabkan adanya hiburan sepanjang perjalanan. Sambil DN memilih cerita apa yang ingin ditonton, sambil DN memberikan senyuman kepada semua yang lalu di sebelah DN.
Tiba-tiba wajah DN berubah, kerana semua yang menaiki pesawat adalah warga asing. Tiada seorang pun Malaysia dan kapal terbang tidak penuh. Satu barisan yang DN duduk hanya DN seorang sahaja. Ada seorang chinese di depan DN, DN menyapa tetapi dia geleng kepala menandakan tidak faham. Dia tunjuk passport, dari negara China rupanya. Patut tidak faham. Oleh itu DN mendiamkan diri sepanjang perjalanan sambil melayan cerita di hadapan TV.
Akhirnya, kapal terbang selamat mendarat dan DN on phone seperti biasa. Satu per satu mesej masuk ke dalam phone dan satu mesej ini betul-betul buat DN panik sekali lagi.
"Pagi bu, ibu landed jam berapa? Tiada informasi penerbangan ibu disini"
Ah sudah... DN sampai mana dah sebenarnya? Terus DN telefon Pak Supir yang mengambil DN di airport sama ada masih di airport atau sudah pulang. Syukur dia masih setia tunggu DN di airport. Sampai di imigresen, DN tanya orang imigresen, betul ke DN sampai di Jakarta. Orang imigresen itu pandang pelik sahaja DN sambil mengangguk. Syukur dan lega... DN sampai di destinasi yang betul. Heee....
Wajah Baru Kapal Terbang MAS |
Inilah wajah baru kapal terbang MAS yang buat DN panik seketika. Dalam hati redha sahaja kalau tiba-tiba DN sampai ke tempat lain tapi mustahil kan. Pasti dari awal lagi DN sudah tidak dibenarkan masuk ke ruang menunggu. Itulah, panik lagi. Kikiki....
Sempat DN ambil gambar kapal terbang ini semasa destinasi DN ke Ho Chi Minh City, Vietnam yang lalu. Cerita di Vietnam? Errrr.... Nantilah DN cerita kalau rajin. Jadinya tidak perlu tunggu ye. Heeee...... :p
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
assalamualaikum DN, aduii buat gabra je baca ni. hehehe. nak tanya, check in website utk mas, kena buat sekali flight balik ke? confuse
ReplyDeletesuspen tau baca entry DN kali nih..ahhha...
ReplyDeleteKita yang baca pun gelabah gak . Hahhahaha.
ReplyDeleteyeeapp..... skang ni rasanya banyak flight MAS guna Air bus 737-800 series so memang ada tv (flight entertainment) ...
ReplyDeleteSemuaa jenis kapal dibwah MAS dh ada tv....
DeleteSemuaa jenis kapal dibwah MAS dh ada tv....
DeleteSemuaa jenis kapal dibwah MAS dh ada tv....
Deletebanyak gak cerita yg blm DN cerita ni..tazzaba nak tahu cerita tu hehehe
ReplyDeleteOh ye ke, Bro xpernah amik tahu...
ReplyDeleteBayangkan kalau DN mendarat dekat tempat yang salah la la la
Rasanya kita memang patut belajar bahasa asing eh tempatan yakni bahasa cina.
Lama tak naik flight MAS...lepas ni boleh try naik la..insyaAllah..cantik juga kaler merah tu
ReplyDeleteKapal terbang tu design dah macam air asia la plak.. patutla boleh panic. hehehe
ReplyDeleteAlahai..kalau akak sure dh cuak ni...kenapa DN x tanya FA?
ReplyDeletefuhh kalau kite , tak tahu la . mesti dah panik gile.. menangis kot
ReplyDeleteha ah baru perasan , design dia ala ala air asia color nye kot
ReplyDeletehmmmm tak cantik sgt design ni
ReplyDeletentah ntah yang cat kapal terbang ni vendor yg sama untuk air asia hehhe
ReplyDeletelagi prefer wajah yang lama...tak berapa umppph wajah MAS yang baru ni...
ReplyDelete@Kereta Sewa Shah Alam : tu la...takut tersalah masuk flight ke kan...hehe
ReplyDelete@Uncle Zuan : tu la kan zuan...lagi ok yang lama punya design dulu kan ?
ReplyDelete@JMR : haha...mungkin kot bro...pattern lebih kurang je...hee
ReplyDeleteFYI ini retro livery dicat pada kapal 9M-MXA sempena 40tahun mas pada 2012 dan mas menggunakan boeing b737-800 lengkap dengan inflight entertainment disamping fleet kapal a330, a380, b777-200
ReplyDelete