Makanan Halal di Ho Chi Minh City (Part 3)

Nurul dan Deq Noor
Nurul dan Deq Noor
Kali ini DN ke Ho Chi Minh City (Saigon) Vietnam dengan kawan baik DN, Nurul. Dah lama pergi mana-mana tidak berteman, bila ada teman seronok pula rasanya. Hee... Beliau seorang blogger pencen tetapi walaupun sudah tidak berblog, kami tetap berkawan sehingga kini.

Untuk travelog kali ini, DN ingin kongsikan beberapa lagi tempat makan halal yang terdapat di Ho Chi Minh City. Lebih tepat lagi sekitar Benh Tanh Market atau lebih spesifik lagi di sekeliling Saigon Pink 2 Hotel. Terlalu banyak restoran makanan halal di Nguyen An Ninh Street ini tetapi kami tidaklah masuk ke semua restoran makanan halal yang terdapat di jalan ini. Antara tempat-tempat makanan halal yang kami kunjungi semasa berada di sana adalah seperti di bawah ini.
Kampung Melayu Halal Restoran
Kampung Melayu Halal Restoran
Kampung Melayu Halal Restoran
31, Nguyen An Ninh Street, District 1,
District 1 - Benh Thanh Market,
Ho Chi Minh City Vietnam.
No. Tel. : (84) 838239622
No. Fax : (84) 838239622
Kampung Melayu Halal Restoran 2
Kampung Melayu Halal Restoran 2
Kampung Melayu Halal Restoran 3
Kampung Melayu Halal Restoran 3
Sampai sahaja di Ho Chi Minh City kami berhenti makan tengah hari di Kampung Melayu Halal Restoran ini. Restoran ini dimiliki oleh rakyat Malaysia, Dato Helmi Jaafar dan memang menjadi tumpuan apabila rakyat Malaysia sendiri datang ke Vietnam. Semasa di restoran ini, DN mencuba Telur Tofu (79,000 VND) dan Dragon Fruit Juice (55,000 VND).
Kedai Halal Amin
Kedai Halal Amin
Kedai Halal Amin
40, Nguyen An Ninh Street, District 1,
District 1 - Benh Thanh Market,
Ho Chi Minh City Vietnam.
No. Tel. : 0166 957 4427
Kedai Halal Amin 2
Kedai Halal Amin 2
Kedai Halal Amin 3
Kedai Halal Amin 3
Kedai Halal Amin merupakan tempat kegemaran kami. Ia terletak sebaris dengan Saigon Pink 2 Hotel tempat kami menginap. Hampir setiap hari tidak kira pagi, petang dan malam kami akan makan di sini. Ini kerana bukan sahaja harganya berpatutan, malahan sup ayam / dagingnya juga sedap. DN juga berpeluang untuk merasa popia Vietnam semasa berada di sini. 
Warung 1 Malaysia
Warung 1 Malaysia (Kredit : www.mazidulakmal.com)
47, Nguyen An Ninh Street, District 1,
District 1 - Benh Thanh Market,
Ho Chi Minh City Vietnam.
No. Tel. : (+84) 1633344033
Warung 1 Malaysia 2
Warung 1 Malaysia 2
Warung 1 Malaysia 3
Warung 1 Malaysia 3
Warung 1 Malaysia Saigon yang dimiliki oleh Abdul Hadi Law Abdullah terletak di jalan yang sama. Kedai ini menyediakan pelbagai masakan dan makanan termasuk Malaysia dan Vietnam. DN berpeluang bersarapan pagi roti canai cicah kari ayam dan minum air kopi Vietnam semasa di sini.
Halal Kopi
Halal Kopi
Selain itu jika sudah berada di Ho Chi Minh City, jangan lupa untuk mendapatkan halal kopi ini. Memang motor ini akan sentiasa berada di Nguyen An Ninh Street ini dan harganya cuma 1 USD. Rasanya sedap dan penggemar kopi pasti sukakannya.

Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal sepanjang di Ho Chi Minh City. Lebih mudah lagi jika ingin ke sini, carilah hotel di sepanjang Nguyen An Ninh Street atau berhampiran. Ini kerana keluar melangkah sahaja dari hotel, keliling restoran makanan halal. Tidak perlu khuatir untuk makan sepanjang di sini. DN juga ada kongsikan tempat-tempat makanan halal lain seperti link entry di bawah :-
Makanan Halal di Ho Chi Minh City (Part 1)
Makanan Halal di Ho Chi Minh City (Part 2)

Selamat bercuti dan Selamat Menjamu Selera! :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

28 Blue Komen:

  1. banyak jugak restoran makanan halal di sana..bookmark ni..mana tau nanti nak gi vietnam..sedapnya makan popia vietnam ni

    ReplyDelete
  2. menariknya tgk gambar makanan :)
    kalau pergi vietnam nty blh la pergi tmpt yg deqmoor suggest (^_~)

    ReplyDelete
  3. daun apa yang dia hidang macam tu saja tu?ulam ke??

    ReplyDelete
  4. @Siti Rohaida Yusof mmg byk sgt2... kalau dapat duduk di street ni lg senang.. :)

    ReplyDelete
  5. @Farah Waheda Wahid itulah... jomlah dating2 mcm dulu.. :)

    ReplyDelete
  6. @Iena Eliena duduk di street ni tau... mmg byk sgt2 kedai makan di jalan ni.. :)

    ReplyDelete
  7. @Diana Rashid ulam jugak lah tp xingat apa namanya. hee... tp DN xsuka sbb lama2 dia mcm rasa berangin je...

    ReplyDelete
  8. Hmmm..... lama sungguh abang man tak jumpa Nurul ni... takpe nanti kita bertiga set makan lunch / dinner date sama-sama yea

    ReplyDelete
  9. X sangka byk jugak restoran halal di vietnam ye..
    bila nk sampai sana

    ReplyDelete
  10. yeay antara entry yang dinantikan. hehe thanks sharing dn. will put this in good use :D

    ReplyDelete
  11. Agak mudah juga nak jumpa makanan halal gaya Malaysia disana.

    ReplyDelete
  12. @Siti Rohaida Yusof kan, sy dah bookmark kat phone sy, bulan 9 ni pi :D

    ReplyDelete
  13. boleh refer ni kalau dpt pegi sana

    ReplyDelete
  14. sedap nya popia. lain dari lain .. ke rasa sama je mcm kat malaysia punye?

    ReplyDelete
  15. tak tahu pon nurul dah pencen dari blogging , kite sama la NURUL !!! hhehehe.. pencen dr blogging tp komen komen belom rasa nak pencen full time lagi. hehe

    ReplyDelete
  16. teringin nak rasa popia Vietnam tu... :D

    ReplyDelete
  17. Vietnam ni, kalau bndr2 besar ie: HCMC,agak senang nak cari makanan halal, yang kt luar bndr tu yg agak susah..

    ReplyDelete
  18. Seronok pula tengok DN jenjalan vietnam. Dulu huda pergi tengah morning sickness teruk, tak enjoy lgsg pergi. So wajib la pergi lagi.

    ReplyDelete
  19. semua menu diatas ..adalah nampak sgt sedap!!!

    ReplyDelete
  20. Kampung Pandan sebuah restoran disahkan Halal di bandar Ho Chi Minh yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional Asia dan roti canai segar. Chef utama adalah Malaysia
    Lebih maklumat: www.kampungpandan.com
    address: 53 Thu Khoa Huan jalan, District 1, Bandar Ho Chi Minh

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum DN...bestnya..teringin juga nak mkn popiah vietnam ni...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^