![]() |
Saigon Pink 2 Hotel |
Kali ke-4 DN ke Ho Chi Minh City, DN memilih untuk menginap di Saigon Pink 2 Hotel. DN memilih hotel ini bukan sahaja kerana murah, tetapi lokasinya yang sangat strategik iaitu tidak sampai 5 minit berjalan kaki ke tempat shopping Benh Tanh Market dan dikelilingi dengan tempat makanan halal. Maklumat hotel ini adalah seperti berikut :-
32 Nguyen An Ninh Street, District 1,
District 1 - Ben Thanh Market,
Ho Chi Minh City, Vietnam.
Tel: 08 3827 2339
Fax: 08 3829 4073
Email: info@saigonpink2-hotel.com
Website : http://saigonpink2-hotel.com/
Saigon Pink 2 Hotel - Entrance Room |
Jika dilihat dari luar, hotel ini kelihatan kecil sahaja dan kebanyakan hotel di Vietnam memang bersaiz kecil sebegini. Tetapi DN agak terkejut apabila mendapat bilik yang mempunyai ruang yang luas. Sangat selesa untuk 2 orang di dalam bilik ini.
Saigon Pink 2 Hotel - 2 Single Bed |
2 Katil single walaupun nampak biasa sahaja tidak menjadi masalah bagi DN. Ini kerana bukan keselesaan yang DN cari tetapi tempat penginapan yang boleh dijadikan tempat berteduh dan merehatkan diri seketika sepanjang berada di Ho Chi Minh City ini. Memang tidak disangka mendapat bilik sebegini.
Saigon Pink 2 Hotel - Make Up Table |
Make Up table juga terdapat di bilik ini. Walaupun kecil dan simple sahaja, ruang yang terletak di tepi katil ini sangat berguna untuk DN.
Saigon Pink 2 Hotel - TV and pantry |
Di hujung katil bersebelahan dengan almari turut terdapat TV biasa yang diletakkan di atas almari. Di dalam almari tersebut terdapat peti ais mini manakala pantry diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan kerusi rehat. Biasa sahaja pekakasan yang disediakan di sini tetapi cukup lah untuk kami yang kecil molek ini. Hee....
![]() |
Saigon Pink 2 Hotel - Bathroom |
Bilik mandi juga tidak kurang selesanya. Serba serbi lengkap cuma ada masalah dengan tempat shower sahaja sepanjang kami di sini. Ini kerana, buka paip, air keluar tempat lain. Heee....
Keseluruhannya DN berpuas hati dengan bilik di sini walaupun dipaksa keluar tepat jam 12pm untuk check out. Tidak sampai 15 minit pun nak masuk waktu solat Zuhur, minta tambahan 20 minit pun tak boleh. Ish3! Tapi kami redah je sampai tarik muka masam diorang. Heee.... Maaf lah ye.
DN menginap di Saigon Pink 2 Hotel selama 4 hari 3 malam dengan harga RM245.13 untuk 3 malam. Ini bermakna, bilik tersebut tanpa sarapan hanya berharga RM81.71 semalam. Menarik bukan harganya?
Tips dari DN, kena rajin tengok offer hotel dan offer flight tiket untuk mendapatkan tiket dan bilik murah. Untuk trip kali ini, DN mendapat harga yang sangat berpatutan seperti berikut :-
Tiket flight MAS pergi balik : RM914
Hotel 4 hari 3 malam : RM245.13
Total kos awalan seorang RM579.57
Mahal ke? Bagi DN ok sangat harga macam ni. Jadinya, pergilah bercuti ke Ho Chi Minh City (eh, macam ejen pulak... Hee... :p)
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
4 kali dah dn pi saigon? gosh
ReplyDeleteok zuan salah pakai id lagi
ReplyDeletedetail review ni tqvm, bestnye bace travelog orang sendiri bile ni ?
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik shopping ler... kikiki...
ReplyDelete@Uncle Zuan hahaha... tahu pun... :D
ReplyDelete@huda insyaAllah 1 hari nanti ada rezeki ke sana juga.. :)
ReplyDeletehaha nak kena cek betul2 pasni sblum publish komen. kang free2 je ijat menang
ReplyDeleteMurahnya DN, tak berkesempatan lagi nak ke Saigon ni
ReplyDelete@deq noor
ReplyDeletedoakan saya juga DN, semoga sampai la ke saigon nanti
"kami yang kecik molek"
ReplyDeleteSiapa?
@deq noor haha lesson learned. pasni sebelum publish, double check nama. huhu
ReplyDelete@Bro Framestone rasa macam dapat agak je siapa hehehe
ReplyDelete@Uncle Zuan
ReplyDeleteSejak bila mu jadi admin dekat blog nie...
Pulangkan DN kami...!!!!
Pulangkan DN kami...!!!!
Pulangkan DN kami...!!!!
Pulangkan DN kami...!!!!
@Bro Framestone hahahahahahaha sejak rasa di perlukan :p
ReplyDelete@Noriza Rahman Momma Vogue nanti pi la. zuan pun pi bln 9 ni
ReplyDeletewahhh menarik la bilik dia.. nmpk bersih..luas..selesa
ReplyDeleteharga pon sgt berbaloi dgn bilik tu
ReplyDelete5 minit je ke tempat shooping !!! mmg syok la. kalau tpt shopping tu ttp kul 10 , boleh p sampai 950. nak balik tu dkt je . keh keh keh , shoping sakan la kalau dekat gitu !!!
ReplyDeletezuan ni asyik salah id je.. isk isk..
ReplyDelete@Afasz : tu la kan afasz...zuan ni asyik terkeliru dengan id sendiri...hehe
ReplyDeletesaigon Pin tapi signboard kuning..hehe..kena tukar signboard pink gk ni
ReplyDeletexpink pun....hihiii
ReplyDeletetrue religion jeans outlet
ReplyDeletemichael kors handbags clearance
cheap air jordans
michael kors
michael kors handbags outlet
adidas sneakers
moncler outlet online
fitflops
ralph lauren outlet
cheap oakley sunglasses
170517yueqin
jordan 8
ReplyDeletemichael kors handbags
true religion
beats headphones
air jordan shoes
kate spade outlet
Fußballtrikots günstig
jimmy choo
bvlgari rings
coach outlet store online
20187.5wengdongdong
diesel jeans
ReplyDeletemac cosmetics
vans
abercrombie
bottega veneta
burberry outlet
cartier love bracelet
asics gel
beats headphones
chanel
2018.7.21chenlixiang