Sungai Mekong Tour 1 |
Hari kedua kami di Ho Chi Minh City Vietnam, kami mengikuti tour ke Mekong River. Akhirnya, setelah beberapa kali DN ke Vietnam tetapi gagal untuk ke Mekong River, percutian kali ini DN dapat juga menjejakkan kaki ke Mekong River ini. Kami memilih tour ke Mekong River (My Tho - Ben Tre).
Sungai Mekong Tour 2 |
Selepas melalui perjalanan menaiki bot selama hampir sejam, kami tiba di Hoa Nhan. Disini kami diberi minum madu, propolis bersama-sama teh kosong. Mereka juga menjual produk mereka ketika ini tetapi seperti biasa, mahal harganya. Hehehe... Oleh itu, memang DN tengok sahaja tanpa membeli apa-apa.
Sungai Mekong Tour 3 |
Selepas minum teh madu panas, kami pergi makan buah-buahan tempatan pula. Malangnya ketika kami ke sini bukan musim buah-buahan jadinya pokok tidak berbuah. Buah-buahan yang dihidangkan beli dekat mana lah kan. Heeee.... Tidak mengapalah, yang penting kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian sambil menikmati buah-buahan.
Sungai Mekong Tour 4 |
Selepas menikmati buah-buahan, bermulalah kami menaiki sampan di Mekong River ini. Terlalu banyak sampan disediakan oleh itu, diingatkan pastikan tangan anda tidak melepasi sampan kerana dikhuatiri tersepit dengan sampan-sampan lain yang kerapkali bertembung antara satu sama lain.
![]() |
Sungai Mekong Tour 5 |
Seronok juga menikmati suasana tenang disini. 20 minit juga kami di atas sampan ini menyelusuri Sungai Mekong. Info tambahan yang ingin dikongsikan disini, pastikan anda menyediakan wang kecil kerana mereka akan meminta tips dari anda. Biasanya orang depan atau belakang sekali akan mereka minta tips, oleh itu duduklah di tengah-tengah seperti kami. Hahaha... :p
![]() |
Sungai Mekong Tour 6 |
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Nha Hang Du'a untuk merehatkan diri dan makan tengah hari. Bagusnya tour kali ini kerana mereka dari awal telah mempersiapkan makanan halal untuk kami bawa dan makan tengah hari disini. Oleh itu, kami makan nasi bungkus sahaja lah. Hee.... 2 jam juga kami di sini sebelum kembali ke hotel penginapan kami.
Sekian sahaja perkongsikan travelog DN ke Ho Chi Minh City kali ini. Untuk mengetahui tempat-tempat lain yang telah DN kunjungi sepanjang berada di Vietnam ini, boleh terjah ke entry di bawah :-
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
wow... syoknyer sis... take care jgn terjatuh lak kt sg mekong tu..... hehe
ReplyDeleteSeronoknya travel ^^
ReplyDeleteLamanya DN, 2 jam melancong dengan bot rouns sungai mekong yea
ReplyDeletesepanjang sg .mekong tu ada apa?
ReplyDeletesyok berjalan cik Puan engineer ni..teh madu tu nampak sedap je
ReplyDeleteNampak pokok nipah je? Dorang tak hidangkan buah nipah ke?
ReplyDeletewaaa bagus, di sediakan makanan halal
ReplyDelete@Sheila Adziz haha klu jatuh ada orang selamatkan
ReplyDelete@Aimi Syafiqah travel memang seronok. lagi seronok kalau pergi dengan kawan yang se kepala dengan kita :D
ReplyDelete@Diana Rashid ada pokok pokok haha
ReplyDelete@JMR kan, tapi malangnya mahal huhu
ReplyDelete@Bro Framestone nipah tu boleh makan ke? hahahaha
ReplyDeletecam menarik aktiviti ni
ReplyDelete@Uncle ZuanBoleh je kalau mu nak try makan....
ReplyDeleteBro pernah.... he..23x
saya baru rasa tertarik nak ke mekong river lepa sbalik dari River Safari Singapore. Baca entry nie lagi lah rasa membuak2 nak pi..iAllah akan diusahakan utk ke sana. pengalaman yg nampak sgt emnarik ..hehe
ReplyDeletewahhh Dn ngn nurul.. syok nye dah ada member berjalan jalan.
ReplyDeletepropolis tu apa
ReplyDeletemasa melancong ni ,mesti DN tak dapat kawan baru sgt, sbb melepet dengan nurul je ek. hehe
ReplyDeletebestnya travel sana sini... :D
ReplyDelete@Uncle Zuan : tu tak pasti la...haha...yang aku tahu nira nipah...hehe
ReplyDeleteUncle Zuan: Sekali-skala ok la kan..selalu2 rabak gk tu
ReplyDelete@Aimi Syafiqah tengok DN melencong sana sini best ja, dah banyak tempat DN pergi travel kan
ReplyDelete@Uncle Zuan bab makanan ni memang kena teliti kan
ReplyDelete@Bro Framestone Minum air pokok nipah pun best juga kan...
ReplyDelete@Uncle Zuan Kita kalau ke luar negara pasinya cerewet tentang makanan HALAL kan
ReplyDelete@Nor Fauzah Samid Kalau baca pengalaman DN ni memang semua tempat nak pergi la kan?
ReplyDelete@JMR Kalau nak selalu travel, poket kena 'tebal' la..
ReplyDelete@Afasz kalau ada geng time travel memang best kan?
ReplyDeleteBerapa harga mekong tour tu utk seorang?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Boleh tanya, DN guna agent travel yg mana? Tq :)
ReplyDeleteassalamualaikum DN...wah bestnya asyik pi travel jer kn...
ReplyDelete