Kemeriahan Festival Ramadan Klang 2015 di GM Klang

Semalam, 27 Jun 2015 telah berlangsungnya majlis pembukaan rasmi dan berbuka puasa Festival Ramadan Klang yang dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan rakan kerjasama festival iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra' dan Women International Network (WIN). Festival Ramadan Klang 2015 yang bertemakan 'Balik Kampung' ini menyasarkan objektifnya untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan di samping memupuk nilai-nilai murni dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.
Festival Ramadan Klang 2015 ini akan berlangsung seperti maklumat berikut :-

TARIKH
26 JUN 2015 - 12 JULAI 2015

MASA
ISNIN - JUMAAT : 3.00PM - 11.00PM
SABTU - AHAD : 11.00AM - 11.00PM

LOKASI
Tempat Letak Kereta Blok C GM Klang
Terdapat lebih kurang 120 buah gerai jualan barangan persiapan raya dan juga juadah berbuka puasa sepanjang Festival Ramadan Klang 2015 ini berlangsung. Pengunjung yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk membeli belah, malah mereka turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang 17 hari ini. 
Sesi Bergambar Bersama Maskot Upin Ipin
Bermain Giant Bubble
Pemberian bubur lambok secara percuma
Antara aktiviti yang disediakan adalah :-

● Tazkirah Ramadan
● Malam Salawat Rasul bersama Al-Mawlid & Habib Najmuddin
● Bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz
● Moreh bersama selebriti terpilih
● Aktiviti untuk kanak-kanak
● Sesi beramah mesra dengan maskot karektor popular tanah air
Terdapat juga lorong hijau yang istimewa di mana lorong khas ini dihias dengan dekorasi perkampungan melayu. Terdapat pelbagai permainan tradisional disediakan di sepanjang lorong khas ini. Antaranya adalah permainan tenteng, congkak, karom dan juga pelbagai dekorasi unik untuk pengunjung merakamkan detik indah bersama keluarga.
Pengunjung yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan. Antara artis yang hadir pada Festival Ramadan Klang 2015 ini adalah Norayu Damit, Nassier Wahab, Altimet, Awi Rafael, Bunkface dan ramai lagi.

Berikutan Festival Ramadan Klang 2015 yang akan berakhir 12 Julai nanti, kedai-kedai di dalam Pusat Pemborong GM Klang turut dilanjutkan waktu perniagaan mereka sehingga jam 10.00  malam. Oleh itu, mari beramai-ramai datang ke GM Klang ini bagi membeli belah mempersiapkan diri menjelang Hari Raya Aidilfitri di samping mengikuti aktiviti yang telah disediakan di sana.

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

17 Blue Komen:

  1. patutlah sesak semacam je GM last weekend..ada event ni rupanya hehe

    ReplyDelete
  2. minggu ni kalau pergi confirm sesak la kan DN...hehe

    ReplyDelete
  3. @JMR : bila ada event macam ni confirm sesak la JMR...hehe

    ReplyDelete
  4. tu la..nak-nak skang ni musim panas, lagi la sesak nak @Ezad Skytech

    ReplyDelete
  5. @JMR : time2 siang2 tu nak bersesak2...alahai...buat penat je...huhu

    ReplyDelete
  6. @JMR kami memang tak pergi dah la sampai ke klang nun jauh disana...

    ReplyDelete
  7. memang nampak kemeriahannya, namun sukar nak kesana la..jauh sangat jaraknya dari rumah..hihi

    ReplyDelete
  8. cantik nye dress DN ...seronok nya dpt g event cmni.. :D

    ReplyDelete
  9. Tahun ni tak merasa bubur lambuk Masjid Kg Baru lagi..

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech Minggu ni last la nak cari barang raya kan?

    ReplyDelete
  11. JMR - kene alert la , kalau ada event comfirm malas nak hadap kan . :D

    ReplyDelete
  12. Ezad Skytech - elakkan la pegi time ada event gini, perghhh jem berhabuk kot.

    ReplyDelete
  13. @Afasz Kalau dapat join macam DN memang seronok kan?

    ReplyDelete
  14. memang meriah, member saya meniaga kek coklat larissss

    ReplyDelete
  15. ting ting dengan berjubah/blouse ...... rare...hihiii

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^