Food & Walking Street Anusarn Market Chiang Mai

 Tidak jauh dari penginapan DN, terdapat sebuah night market yang sangat meriah. Kenapa night market? Sebab waktu siang sunyi sahaja tempat ini. Selepas pukul 6 petang, tempat ini pasti akan dipenuhi dengan orang ramai.
 Terdapat banyak barangan dijual di sini termasuk makanan dan buah-buahan. Jika ditanya pada DN, harga di sini agak mahal berbanding di Vietnam walaupun sudah banyak kali diminta harga paling murah mereka boleh bagi. Walau bagaimanapun, tetap ada kedai yang boleh memberikan harga yang munasabah dan berpatutan. 

Selain itu, di Anusarn Market juga terdapat banyak kedai makanan halal yang boleh dipilih. Antaranya adalah seperti beberapa tempat makan yang DN berjaya tangkap gambar di bawah :-



Lokasi tempat makan halal di Anusarn Market Chiang Mai ini sangat strategik kerana berhadapan dengan walking street. Lepas shopping pasti lapar dan dahaga. Tidak perlu jalan jauh untuk mencari kedai makanan halal kerana kedai makan memang terletak di persekitaran walking street ini.
Pilihan orang diet seperti DN, cukuplah bungkus Banana Roti ini sebagai makan malam. Heee... Makan semasa panas-panas memang sedap. Selain itu, DN bungkus juga buah-buahan untuk dimakan sambil merehatkan diri dibilik hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Kemana kita selepas ini? Tunggu entry berikutnya ye... ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. ala DN diet ke? mesti slim kan raya kali ni :p

    ReplyDelete
  2. seronoknya jalan2 kat tempat orang.. Mieza tak pernah sampai lagi ke lua negara.. Semoga ada rezeki lepas ni.. In Shaa Allah, aminn.. ^_^
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  3. Restoran Arab pun ada di sana yea...mudah la kalau nak berjalan di sana, kureng sikit nak fikir menu halal bila nak makan kan?

    ReplyDelete
  4. @Afasz DN nampak pun makin slim dah tu..puasa lagi la turun berkilo-klo...

    ReplyDelete
  5. Rosmiza Ali - sama la, sy pon belom ada rezeki nak pegi negara org.

    ReplyDelete
  6. Noriza Abdul Rahman - senang kan , nasi arab ni antara makanan yg org malaysia suka kot.

    ReplyDelete
  7. Noriza Abdul Rahman - syok la kalau slim ... mesti muat baju lama lama masa remaja ek . :P

    ReplyDelete
  8. Banana Roti? Macam pelik je namanya....

    ReplyDelete
  9. @Afasz Nampak macam slim ja DN syawal tahun ni...

    ReplyDelete
  10. @Afasz Aah la, orang malaysia dah semakin sebati dengan makanan Arab ni...

    ReplyDelete
  11. @Bro Framestone Selalu dengar banana split atau banana boat je kan?hihi

    ReplyDelete
  12. Roti Banana tu mcm roti canai je..hehe lebih minyak ek

    ReplyDelete
  13. wahhh asal ada banana.. mesti best... syoknya dapat melancong

    ReplyDelete
  14. Berbeza dengan Walking Street dekat Pattaya, Thailand

    ReplyDelete
  15. yee....jalan jalan chiang mai.....

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^