Tidak jauh dari penginapan DN, terdapat sebuah night market yang sangat meriah. Kenapa night market? Sebab waktu siang sunyi sahaja tempat ini. Selepas pukul 6 petang, tempat ini pasti akan dipenuhi dengan orang ramai.
Terdapat banyak barangan dijual di sini termasuk makanan dan buah-buahan. Jika ditanya pada DN, harga di sini agak mahal berbanding di Vietnam walaupun sudah banyak kali diminta harga paling murah mereka boleh bagi. Walau bagaimanapun, tetap ada kedai yang boleh memberikan harga yang munasabah dan berpatutan.
Selain itu, di Anusarn Market juga terdapat banyak kedai makanan halal yang boleh dipilih. Antaranya adalah seperti beberapa tempat makan yang DN berjaya tangkap gambar di bawah :-
Lokasi tempat makan halal di Anusarn Market Chiang Mai ini sangat strategik kerana berhadapan dengan walking street. Lepas shopping pasti lapar dan dahaga. Tidak perlu jalan jauh untuk mencari kedai makanan halal kerana kedai makan memang terletak di persekitaran walking street ini.
Pilihan orang diet seperti DN, cukuplah bungkus Banana Roti ini sebagai makan malam. Heee... Makan semasa panas-panas memang sedap. Selain itu, DN bungkus juga buah-buahan untuk dimakan sambil merehatkan diri dibilik hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Kemana kita selepas ini? Tunggu entry berikutnya ye... ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
ala DN diet ke? mesti slim kan raya kali ni :p
ReplyDeleteseronoknya jalan2 kat tempat orang.. Mieza tak pernah sampai lagi ke lua negara.. Semoga ada rezeki lepas ni.. In Shaa Allah, aminn.. ^_^
ReplyDeleteRosmizaAli.Com™
Restoran Arab pun ada di sana yea...mudah la kalau nak berjalan di sana, kureng sikit nak fikir menu halal bila nak makan kan?
ReplyDelete@Afasz DN nampak pun makin slim dah tu..puasa lagi la turun berkilo-klo...
ReplyDeleteRosmiza Ali - sama la, sy pon belom ada rezeki nak pegi negara org.
ReplyDeleteNoriza Abdul Rahman - senang kan , nasi arab ni antara makanan yg org malaysia suka kot.
ReplyDeleteNoriza Abdul Rahman - syok la kalau slim ... mesti muat baju lama lama masa remaja ek . :P
ReplyDeleteBanana Roti? Macam pelik je namanya....
ReplyDelete@Afasz Nampak macam slim ja DN syawal tahun ni...
ReplyDelete@Afasz Aah la, orang malaysia dah semakin sebati dengan makanan Arab ni...
ReplyDelete@Bro Framestone Selalu dengar banana split atau banana boat je kan?hihi
ReplyDeleteRoti Banana tu mcm roti canai je..hehe lebih minyak ek
ReplyDeletewahhh asal ada banana.. mesti best... syoknya dapat melancong
ReplyDeleteBerbeza dengan Walking Street dekat Pattaya, Thailand
ReplyDeleteyee....jalan jalan chiang mai.....
ReplyDelete@Noriza Abdul Rahman Bukan islamnya adalah Roti Pisang?
ReplyDelete