Assalamualaikum sahabat semua. Bagaimana raya kalian tahun ini? Moga semuanya baik-baik sahaja. DN setiap tahun beginilah. Masih sendiri bersama keluarga tercinta. Doakan DN dipermudahkan jodoh ye... ^_^
Tahun ini baju raya tidak siap jadi pakai baju instant sahaja. Mujur ada baju Hilma ungu ini jadinya 2 hari sebelum raya kelam kabut ke Jakel mencari baju keluarga yang lain. Tahun lepas DN beli baju sedondon di Jalan Tar tetapi baru pakai Hari Raya pertama sudah koyak seluar yang lelaki. Kesian dengan mereka jadinya tahun ini DN beli di Jakel. Biar mahal sedikit asalkan puas hati dan berbaloi dengan kualiti kain. Kita nak bagi orang pakai, kena lah beli barang yang baik. Betul tak? :)
Tahun ini seperti juga tahun-tahun sebelumnya DN akan mempersiapkan ketupat dan ketupat palas. Masa itulah nak buat ketupat, nak beli barang, nak kemas rumah... 2 hari sebelum raya memang kena buat macam-macam persiapan. Penat memang penat tetapi puas hati.
Tiap-tiap tahun juga mak DN akan masak semur. Masakan jawa turun-temurun dari arwah nenek DN. Ada rendang ke kuah kacang ke biasa kami sekeluarga tak pandang sangat. Tetapi bila masak semur ini sehari je boleh habis. Kebiasaannya malam raya selepas takbir Hari Raya kami sekeluarga sudah makan ketupat yang dibuat. Masak semur itu apa? Sebenarnya ayam masak kicap je cuma letak santan dalam masakan itu. Itulah masakan kegemaran kami sekeluarga. :)
Selepas sembahyang raya di masjid berhampiran rumah Shah Alam, kami sekeluarga akan ke kampung di Sekinchan. Mama abah dua-dua orang Sekinchan jadinya ke sini sahaja kampung DN. Terus menziarahi sanak-saudara yang berada di kampung. Kebiasaannya bila balik kampung, berhari-hari baru balik ke Shah Alam semula. Tetapi tahun ini 2x juga ulang alik Shah Alam - Sekinchan. Mujur dekat kan kurang 2 jam dah sampai. Hehe...
Inilah keluarga kecil kesayangan DN sedondon ungu tahun ini. Baju raya yang tidak siap kita postponed tahun depan ye. Heee....
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari DN sekeluarga <3 p="">3>
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Baju raya DN mesti banyak.. hehehe.. selamat hari raya!!!
ReplyDeleteCantiknya sedondon..akak dengan dania jer la sedondon..yang lain2 tak..
ReplyDeleteSelamat hari Raya DN..
ReplyDeletewah..semua ungu...akak anak beranak tak de sedondon..semua cam pelangi je..ahahha
ReplyDeleteHai Akak.... Comel Akak raya nie.... Adik tumpang lalu....
ReplyDeleteAssalamuaikum. Saya nak bertanya lwbih lanjut ttg trip ke Singapura. If you don't mind, can I have your number?
ReplyDeleteAssalamuaikum. Saya nak bertanya lwbih lanjut ttg trip ke Singapura. If you don't mind, can I have your number?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Diana Rashid cantik keluarda DN sedondon je kaler baju semua kan?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kepada DN dan keluarga..ceria semuanya
ReplyDelete@Kid - macam tahu tahu je DN beli baju raya banyak. hahaha
ReplyDelete@Amanda Suria - ok la tu dari tak sedondon ngn sapa sapa kan :D
ReplyDelete@JMR - selamat hari raya JMR
ReplyDelete@Diana Rashid- pelangi pon ok, meriah rasa, warna warni aidilfitri gituwww
ReplyDeletekak @Noriza - kalau dah sedondon memang cantik kan :D tp kalau tak sedondon pon meriah jgak.. suka gak tgk warna warni
ReplyDeleteDN- macam kenal je jubah ni.. cantik cantik cantik. kalau ada butang menyusu lagi best
ReplyDeleteDN- betul kata DN, biarla mahal sikit n kualiti barang yg kita nak bg org pakai kan :D
ReplyDeletekebetulan pula warna baju raya tahun ni pun purple juga...hehe :D
ReplyDelete@KiD : Selamat hari raya KiD walaupun da nak masuk 15 Syawal...hehe
ReplyDelete@Amanda Suria : raya tahun entah macam mana satu family saya boleh sedondon pula warna purple...sebab sy main beli je baju melayu...tak sangka sama kaler dengan family yang lain...hehe
ReplyDelete@JMR : selamat hari raya JMR :D
ReplyDelete@Diana Rashid : lagi meriah kak kalau macam tu...macam2 kaler ada...hehe
ReplyDeleteEzad: Selamat Hari Raya..raya kan sebulan
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin DN :-)
ReplyDeleteDasat jugak Ezad kat sini...rajin juga dia mengomen..:-)
ReplyDeleteRindu nak makan ketupat daun palas
ReplyDelete