Maaf atas kelewatan. Memang DN akui fokus DN lebih tertumpu kepada pembangunan kerjaya dan kehidupan. InsyaAllah. Cerita ini mungkin sudah berlalu bulan lepas. DN tidak kira, nak cerita juga hari ini. Heee...
Alhamdulillah, buat kali ke..... Entah, tiba-tiba lupa pula kali keberapa DN buat makan-makan sebegini. Heee.... Buat kali kedua tahun ini, DN diizinkan Allah untuk meraikan sahabat-sahabat yang setia meninggalkan jejak di blog www.deqnoor.com ini. Cabaran selama 6 bulan mereka tempuhi dengan istiqamah dan selayaknya mereka diraikan dengan sebaiknya. Mereka yang berjaya adalah :-
Untuk makan malam kali ini, DN telah memilih meraikan mereka di Laman Grill Steak n Bar B Que, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Restoran milik Chef Zubir Zain ini dipilih kerana makanan-makanan disini disediakan dari hati untuk kepuasan rasa pelanggannya. Suasana tenang, tempat selesa serta layanan yang terbaik selayaknya dinikmati oleh pengomen tegar blog ini.
Bukan sahaja rasanya yang sedap, persembahan untuk setiap tempahan makanan pengunjung juga dititikberatkan di Laman Grill Steak n Bar B Que ini. Untuk makan malam kali ini, DN memilih Fish n Chips - an old time favorite. Ternyata kuantiti yang disediakan memang mengenyangkan dan berbaloi dengan harganya.
Untuk pilihan pencuci mulut pula, kami telah memilih untuk berkongsi sahaja kerana perut masing-masing sudah kekenyangan. Oleh itu, DN memilih 3 jenis pencuci mulut berikut :-
(Dari atas)
Caramelized Apple - Bread Butter Pudding
Chocolate Caramel Banana
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua untuk Makan Malam Sesi 1 2015 ini. Kalian semua memang terbaik dan menghiburkan hari DN. DN hargai sangat-sangat. Maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang makan malam ini. InsyaAllah DN akan perbaiki dari semasa ke semasa dan moga ukhuwah yang terjalin antara kita berpanjangan hendaknya.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
terima kasih DN..kenyang sangatt dan memori indah..ececece
ReplyDeleteterima kasih DN atas jemputan makan malam tu...kalau dikira...hari tu, kali kelima join dinner pengomen tegar ni...hehe
ReplyDelete@JMR : tak kena bahan...memori indah la kan bro...hehe
ReplyDeleteMamat baju hitam dekat belakang, paling macho....
ReplyDeleteBestnya boleh lepak dan makan-makan ye
ReplyDeletesori tak dapat lagi menghadirkan diri. rasanya kalau dpt invite lg , rasa sedih lagi sbb tk dpt join.
ReplyDeletedalam hati masih nak jd pengomen tegar blog DN , in sha Allah
JMR- kemain memori indah kamu ye.. apa la yg indah sangat tu yer
ReplyDeleteEzad- kamu mmg tegar sungguh .
ReplyDeletealhamdulillah, murah rezeki DN sekeluarga.. selalu belanja dinner pengomen tegar as reward.
ReplyDeletedeq noor- btw, kite dah dapt dah hadiah dr DN, baru je buka sbb kadang kadang balik umah parents. nk bg alamat umah skrang takut xdee org kat umah.
ReplyDeletebest sgt !!!! terus pakai tanpa basuh dulu :p
Aiseh lepas ni kena rajin singgah sini buat komen. Dapat dinner free.
ReplyDelete@Ezad Skytech Dahsyat Ezad sampai dah kali kelima tu....
ReplyDelete@Ezad Skytech kena bahan tu memang biasa la kalau dah bujang
ReplyDelete@Bro Framestone : macho la sangat ye bro...kih3
ReplyDelete@Noriza Abdul Rahman : rezeki pengomen tegar blog deqnoor...alhamdulillah...
ReplyDelete@Afasz : ada masa baru dapat singgah...ada peluang melawat...pulun komen la...hehe
ReplyDelete@Noriza Rahman Momma Vogue : barulah namanya pengomen tegar blog deqnoor...hehe
ReplyDeleteRasa macam terlupa nak update pasal kisah nie dekat blog
ReplyDeleteselamat menjamu selera.....
ReplyDeleteMasih lagi lupa nk update pasal ini dekat blog.
ReplyDelete