Movie Review : Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami


Latar Belakang Filem

Filem Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami merupakan filem terbitan Mangkin Prestij dengan menampilkan filem bergenre komedi. Filem arahan Azaromi Ghozali ini mengetengahkan elemen komedi di kalangan kanak-kanak di mana bersesuaian untuk tontonan seisi keluarga. Filem ini menampilkan pelakon cilik berbakat besar sebagai penggerak utama filem ini iaitu Adik Muntazar Ghufran dan Firdaus Ghufran. Turut membintangi filem ini adalah Intan Ladyana, Azwan Kombos, Hanif Safuan, Sharisa Haris dan ramai lagi. Filem Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami akan mula ditayangkan pada hari ini, 20 Ogos 2015.


Sinopsis

Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami mengisahkan tentang 2 orang adik beradik, Rayyan (Firdaus Ghufran) dan Danish (Muntazar Ghufran) yang kematian ibu dan ayahnya akibat kemalangan udara. Kedua ibu-bapa mereka meninggalkan harta dan aset yang banyak untuk mereka berdua termasuk banglo yang didiami sekarang. Disebabkan umur mereka belum mencecah 18 tahun, satu-satunya kenalan rapat dan peguam peribadi keluarga ini, Amanda (Sharisa Haris) berusaha mencari pewaris yang boleh menjaga Rayyan dan Danish. Secara tiba-tiba muncul Katrina (Intan Ladyana), Hakim (Azwan Kombos) dan Danial (Hanif Safuan) yang mengaku pewaris terdekat kepada arwah Syed Al Mahfuz dan Sharifah Fariza.

Kehadiran mereka bertiga menjadi tanda tanya kepada kedua beradik ini kerana Rayyan dan Danish tidak pernah mengenali apatah melihat mereka bertiga sepanjang hidup mereka. Benarkah mereka bertiga pewaris yang sah? Adakah mereka bertiga benar-benar ingin menjaga Rayyan dan Danish? Dapatkah Rayyan dan Danish menjaga rumah mereka dengan sebaiknya? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami yang sudah berada di pawagam bermula 20 Ogos 2015.


Komen Penulis

Pemilihan kedua-dua kanak-kanak ini sebagai peneraju utama memang menghiburkan dan sesuatu yang segar. Ini kerana mereka berjaya menghidupkan watak dengan diselitkan komedi dimana membuatkan kami yang menonton terhibur sepanjang menonton filem ini. Filem yang sesuai ditonton seisi keluarga kerana jalan cerita biasa sahaja dan tidak sarat dengan penceritaan yang berat atau sukar untuk difahami. Pengakhiran cerita agak tergantung tetapi mungkin akan ada sambungan untuk cerita ini. DN berikan 3/5 untuk filem komedi kanak-kanak ini.

Trailer

Koleksi Gambar





Saksikan filem Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah Kami di pawagam bermula 20 Ogos 2015 ini.


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. Seronok tgk cerita ke, tgk adik-adik?

    ReplyDelete
  2. Macamn best je cerita tu mesti menarik

    ReplyDelete
  3. Semakin femes kanak-kanak ni..suka tengok gelagat mereka...

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone kalau seronok tengok dua-dua pun ok gak tu Bro..

    ReplyDelete
  5. eh sama macam nama anak kami lak..

    ReplyDelete
  6. @raihanah

    kan..kenapa tgk la ni kot..astro first?

    ReplyDelete
  7. tunggu keluar kat astro nanti la tengok...da melepas pun nak tengok di pawagam...huhu

    ReplyDelete
  8. @JMR : kebetulan pula kan bro nama hampir2 sama..hehe

    ReplyDelete
  9. suka tgk pelakon kanak kanak dua org tu . diorg makin femes since cerita masa ramadan tu rasanya. sbb lakonan diorg best gak

    ReplyDelete
  10. ezad- tgg kat astro? dah keluar ke?

    ReplyDelete
  11. @raihanah Kalau bawa anak-anak menonton cerita macam ni pastinya menarik kan..

    ReplyDelete
  12. masih tak berkemsempatan nak menengok cite ni....

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^