Boat Noodle Jaya One Petaling Jaya

Tiba-tiba tekak rasa rindu nak makan Boat Noodle. Rasa dah lama tak makan, lebih lama dari tempoh DN tidak menulis di blog ini. Jadinya, kena lah pergi lagi lepas ini. Heee... Kenapa Boat Noodle ini menjadi pilihan DN? Apa yang sedap sangat disini? Haaa... Kepada yang sukakan makanan Thai, pasti suka dengan makanan di sini.
Boat Noodle Jaya One PJ
Mereka yang datang ke sini pasti akan memilih mee dalam mangkuk kecil ini. Mee ini terdiri dari dua jenis iaitu Ayutthaya dan Pathumthani. Apa beza kedua-dua soup ini? Bezanya Ayutthaya kuahnya berlemak santan manakala Pathumthani tidak. Nak tahu macam mana rasanya kenalah rasa sendiri ye.


Kalau makan memang kena bermangkuk-mangkuk ye. Kalau tidak, bukan Boat Noodle namanya. Hee....
Boat Noodle Jaya One PJ
Ini juga akan menjadi pilihan DN setiap kali ke Boat Noodle. Thai Popeye's Tempura ini memang sedap lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sos pedas cheesy ini. Memang terbaik rasanya.
Boat Noodle Jaya One PJ
Selain itu, terdapat pilihan makanan Thai lain seperti di atas. Ia dikenali sebagai Ko Num Tuay. Rasanya macam tepung pelita tetapi tidak manis seperti tepung pelita. Adeh, susah betul nak describe kan. Korang rasa sendiri lah. Heee....

Boat Noodle Jaya One PJ
Pilihan untuk minuman memang tidak banyak tetapi Koffe Yen ini memang sedap dan menjadi pilihan DN setiap kali datang ke Boat Noodle ini. Lokasi yang menjadi pilihan DN adalah di Boat Noodle Jaya One Petaling Jaya. Kenapa? Entah lah. Mungkin sebab tidak jauh dari tempat DN kot.


Bila nak pegi lagi ni? Jom lah..... :(

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. Wah..banyak mangkuk gak korg makan tu hehe

    ReplyDelete
  2. Kat Bangini pun ada tapi tak tahu sama ke tak..sedap ja tengok DN makan

    ReplyDelete
  3. @Nadia Johari

    Cepat makan Nadia sebelum kena berpantang

    ReplyDelete
  4. @Noriza Rahman Momma Vogue

    Kena try dulu kak baru tahu sedap ke idak..hehe..kot kot kena molek dgn selera tu

    ReplyDelete
  5. Lama da teringin nak makan Boat Noodle ni cuma entah bila dapat pergi agaknya...hehe

    ReplyDelete
  6. @JMR : kalau tak bermangkuk-mangkuk tu...bukan Boat Noodle la bro...kih3

    ReplyDelete
  7. argh.. knp kite xpnh mkn cni JMR??

    ReplyDelete
  8. Lama xrasa benda nie..... Erm, dah lama xlepak dengan korang

    ReplyDelete
  9. tak sempat lg merasa makan boot noodle ni...moga ada rezeki satu masa nanti :D

    ReplyDelete
  10. waa.....tinggi nyer mangkuk die.......kueh tu sedap..

    ReplyDelete
  11. @Ezad Skytech
    dah makan lum bro..aku pun blm lg ni

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 lagi tinggi lagi power kan makcik hehe

    ReplyDelete
  13. wahh....sangat teringin nak g lagi nie....semua diatas adalah menyelerakan...

    ReplyDelete
  14. wahh....sangat teringin nak g lagi nie....semua diatas adalah menyelerakan...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum DN..bestnya mkn kat boat noodle ni...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^