Banyak rupanya kedai makan yang DN belum jejaki di sekitar ofis DN ini. Sebab dah jemu makan di tempat yang sama selalu, DN merayau jauh sikit dan ternampak tempat makan ini. Nama kedai tersebut adalah Grease Cheesesteak & More.
Grease Cheesesteak & More
No. 1-10-1, Presint Alami,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Email : greasemy@gmail.com
Waktu Operasi
Isnin - Ahad : 12.30pm - 4.00pm ; 6.00pm - 12.00am
Jumaat : 6.00pm - 12.00am
Antara menu di sini yang patut dicuba adalah Chilli Cheesesteak ini. Apabila dinamakan sebagai chilli, sudah tentu pedas sedikit rasanya. Sesuai untuk mereka yang sukakan makanan pedas. Kalau tanya DN, semua DN makan. Heee....
Selain dari pilihan cheesesteak, terdapat juga pilihan burger disini. Pilihan adik DN disini adalah Beef Bacon Burger. DN tidak sempat rasa sudah habis dimakannya. Maksudnya apa itu? Sedap lah kot sampai tak sempat nak bagi kita rasa. Huhuhu....
Terdapat juga pilihan loaded chilli pasta. Serba serbi menu di sini ada chilli ye. Memang pedas rasanya dan tetap boleh diterima tekak ini. Kalau tak makan pedas, order menu lain ye. Heeee.....
Untuk pilihan minuman pula, DN memilih untuk mencuba air roselle yang diberi nama pinkie sue. Sedap sangat air ini lebih-lebih lagi apabila diletakkan aiskrim vanilla di atasnya. Kurang sikit rasa minuman bergas ini.
Amacam? Ok tak menu-menu yang DN cuba disini?? InsyaAllah DN akan cuba menu yang lain pula selepas ini. Kalau berada di Seksyen 13, Shah Alam tetapi tidak pasti mahu makan di mana, boleh lah cuba makanan di Grease Cheesesteak & More ini. Mana tahu anda suka dengan rasa dan kelainannya. Apapun, tempat makan disini sangat unik dan menarik.
Selamat mencuba & menjamu selera!
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
pergh burger tu..ni kalau uncle zuan nampak, konfem dia gi terjah ni
ReplyDeleteAgak tertarik juga dengan burger tue
ReplyDeletefav place ni.. suka sume menu yg ada...
ReplyDeletefav place ni.. suka sume menu yg ada...
ReplyDeleteKak DN memang suka try tempat makannn :)
ReplyDeleteNice, thanks for sharing!
@Bro Framestone
ReplyDeleteapa lagi bro..jom ke sana
@JMR
ReplyDeleteJauh kot....
Tunggu gua turun KL nanti, mu payung ek... Nanti amik gambar selfie sekali.. mana tahu kantoi terjumpa resit dalam poket seluar he...23x
wah burger tu nampak sedap betul
ReplyDeleteNama air pun Pinkie Sue...menarik tu DN
ReplyDelete@Raihanah Ahmad Nampak dia punya cheese tu meleleh kan...
ReplyDelete@JMR geng blogger kaki makan tak boleh lepaskan peluang ni
ReplyDeleteterliur sgt tgk spaghetti tu. portion yg byk tu
ReplyDeletesemalam g makan spagheti seafood tp sikit gile spagheti dia, kalau untuk anak anak ok la, utk mak budak mcm sy ni , rasa xcukup , hehe
ReplyDeletenak byk mcm yg kat atas tu
JMR- zuan kalau burger tu area seremban , comfirm dah terjah dah
ReplyDeletepergh.....lapo terus ..hujan hujan nie..
ReplyDelete@Raihanah Ahmad Kan Raihana, mana tau nanti boleh singgah makan kat sana pula
ReplyDelete@Bro Framestone
ReplyDeletebila lagi nak terjah ke sana bro?
@Rafidah Rooshdi
ReplyDeletewah siap suka semua menu..nampak mcm menarik sgt ni..nak kena terjah gk nnt
baru perasan , kentang dia mcm kentang dkt car's jr
ReplyDeleteSAmpai sekarang, masih belum berkesempatan untuk datang ke sana...
ReplyDelete