Seperti yang semua maklum, kebiasaannya DN akan banyak travel disebabkan urusan kerja. Setiap kali DN travel ke mana-mana, DN cuba untuk memilih hotel yang berbeza. Selepas itu, DN akan kongsikan disini untuk menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mencari hotel di tempat berkenaan.
Kali ini DN telah menginap di lokasi berikut :-
Jalan Persinggahan, Batu Burok,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu
No. Tel : +6096222100 / +6096233722
Fax : +6096233360
Website : http://www.primulahotels.com/
DN menginap selama 2 malam di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu ini dengan memilih Deluxe Room include breakfast. Harga yang DN dapat untuk 2 malam tersebut adalah RM540. Ini bermakna Deluxe Room di hotel ini berharga RM270 semalam.
Katil yang besar memang memberi keselesaan untuk DN merehatkan diri / tidur. Ruang yang luas dan berpermaidani juga turut memberi keselesaan kepada DN yang hanya bersendirian di bilik hotel ini. Terdapat juga sofa dan tempat meja solek di ruang yang luas ini.
Berhadapan dengan katil pula digantung dengan LCD TV dan terdapat perabut meja kayu serta tempat letak bag. Di dalam almari ini terdapat peti ais mini dan pantri. Nampak macam tangkap muat sahaja meletakkan meja sebegini apabila soket outlet dan kabel berselirat di dinding boleh dilihat oleh tetamu yang menginap di sini.
Di laluan pintu masuk pula terdapat almari kayu sepanjang laluan. Berhadapan dengan almari pula terdapat cermin panjang dan pintu menuju ke bilik mandi.
Keadaan bilik mandi juga selesa dengan tersedia bath tub di dalamnya. Secara keseluruhannya, bilik ini selesa walaupun kelihatan susunatur dan perabot di bilik ini nampak lama. Keseluruhan pencahayaan di bilik ini juga baik.
Apa kekurangan ketara yang DN dapati sepanjang menginap di sini adalah :-
1. Kemudahan wifi yang terlalu lemah. Bilik tempat DN menginap tiada coverage wifi langsung.
2. Receptionist yang langsung tidak friendly. Menyambut tetamu tanpa senyuman.
Moga perkara di atas dapat diatasi sebaiknya. Itu harapan DN.
Pemandangan dari bilik tempat DN menginap. Gambar ini diambil di awal pagi sebelum DN turun breakfast. Selamat menikmati pemandangan yang indah! ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Rndu nk ke Kuala Terengganu lagi
ReplyDeleteMemang best kalau sekali sekala dapat bercuti dan santai-santi macam ini.
ReplyDeletepuas hati kalau travel sebab kerja & dpt stay bilik best cam ni..
ReplyDeleteDah lama tak menjengah ke rumah maya DN ni, memang selalu kerja outstation ni kena cari hotel yang bagus kan...
ReplyDeleteEmmm...dah puas hati hotel mcm ni..tapi yg wifi tu gagal..
ReplyDeleteRasa seronok sangat dapat breakfast tepi pantai awal pagi. Tenang dan mendamaikan.
ReplyDeletecoverage wifi yg lemah di bilik hotel mmg boleh mendatangkan kemarahan pada guest kan..
ReplyDeletehaa maroh maroh maroh
@Noriza Rahman Momma Vogue kenalah cari hotel yg bagus, terutamanya untuk staff pompuan cam cik DN ni..
ReplyDelete@Jie Susanos haha konfem ramai tak puas hati kalau dapat wifi teruk kan hehe
ReplyDeleteMemang agak menyedihkan sedikit la kalau penyambut tetamu kat hotel tak senyum...sebab tugasnya adalah menceriakan tetamu kan
ReplyDeleteafasz kalau g stay hotel nak wifi yg laju. hehe..tgh survey gak hotel yg bagus di KT, thn depan nak g. :D
ReplyDeletekak noriza- betul tu, kalau penyambut tetamu hotel hotel selalu nya akan senyum.. baru la rasa manis je pemandangan sekitar hotel kan kan kan :D
ReplyDeleteharitu baru je ke kuala terengganu , tp tak stay hotel. ramai sedara mara sana .. thn dpn plan nak bercuti dgn family , nk stay hotel yg best best, :D
ReplyDeleterindu nasi dagang sedap kt primula ni..lama tk outstation ganu
ReplyDelete