Assalamualaikum! Lama DN tidak berkongsi tempat makan yang pernah DN jejaki. Tiba-tiba DN rasa ingin kongsikan satu tempat yang santai dan classy di Shah Alam. Kalau tanya DN, rasa makanannya biasa sahaja masa pertama kali DN ke sana tetapi tidak pasti lah sekarang macam mana. DN bercadang untuk mencuba lagi makanan di sini. Mana tahu sudah banyak perubahan kan.
Tempat yang DN maksudkan adalah Twenty & Co. Sederet dengan CIMB Bank di Pusat Bandar Shah Alam tu. Maklumat tempat makan ini adalah seperti berikut :-
G-15, Plaza Azalea,
No. 6, Persiaran Bandaraya,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03-55242020
Email : hello.twenty.co@gmail.com
Waktu Operasi : 10.00am - 12.00am (Isnin - Ahad)
Website : http://www.twentynco.com
Twitter : twenty_co
FB : twenty@co
Instagram : twenty.co
Pertama kali DN menjejakkan kaki ke tempat ini, DN membawa klien DN makan malam disini. Memilih tempat yang tidak jauh dan nampak lebih privacy serta classy, ternyata tempat ini memang sesuai untuk bersantai sambil berbincang. Inilah antara minuman pilihan kami,
Apple Juice RM5.00
Ice Lemon Tea RM8.00
Untuk makanan pula, klien DN memilih Twenty Platos (RM20.00) untuk makan malam.
DN pula memilih Grill Salmon with Pasta (RM28.00) memandangkan nasi bukan kegemaran DN. Ternyata makanan yang kami pilih luarannya memang nampak cantik tetapi rasanya tidak kena pada tekak kami kerana tawar dan tiada rasa. Kami bercadang untuk mencuba lagi makanan di sini.
Mana tahu banyak pembaharuan yang akan dilakukan oleh mereka terutama sekali dari segi rasa masakan mereka. I wish for the best. Siapa nak follow DN ni? Jommmmmm!!!! ^_^
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
tertarik dengan harga apple juice lagi murah drp iced lemon tea..hehe
ReplyDeletenice....
ReplyDeleteMemang banyak tempat makan best kat shah alam ni kan, tapi too far pula dari rumah MV
ReplyDeleteKenapa ice lemon tea lagi mahal?
ReplyDeleteya Allah sedap nye.. kalau la dekat sejengkal dengan rumah, dah terjah ,
ReplyDeletesbb rasa dah mengidam dah ni >_<
ha a ;a , kenapa ice lemon tea lagi mahal dr apple juice?????
ReplyDeletelemon mahal ek???