Selamat Tinggal 2015

2015 sudah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah... Kita masih diizinkan Allah untuk terus melakukan ibadah dan kebaikan di bumi ini. Moga 2016 lebih baik dari tahun 2015.

Hari ini DN menghabiskan cuti tahun DN. Dah 3 hari DN cuti sebenarnya tapi sibuk macam tidak cuti. Hee... Cuti tahun ini DN tidak berjaya habiskan. Tidak mengapalah, tahun depan DN sudah menyusun perancangan percutian DN dengan lebih teratur. Moga Allah izinkan untuk DN pergi melihat keindahan ciptaanNya lagi tahun hadapan.

Tahun ini memang DN akui banyak entry dan pengalaman yang tidak DN kongsikan lagi kepada semua di sini. InsyaAllah DN akan menyusun masa DN dengan lebih baik di tahun 2016. Tradisi Makan Malam bersama Pengomen Tegar akan DN teruskan untuk tahun 2016.

Tahun 2016 dijangkakan lebih mencabar dan memerlukan pengurusan masa, kewangan, keluarga, kerja dan perniagaan dengan lebih baik serta sempurna. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Kepada keluarga, sahabat dan semua yang mengenali diri ini, DN ingin memohon maaf andai sepanjang tahun ini banyak menggguris hati kalian secara sengaja atau tidak sengaja. Diri ini hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Moga ukhuwah yang kita bina berkekalan hendaknya.

Selamat tinggal kenangan 2015. Yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Moga menjadi kenangan terindah dan iktibar buat diri ini. Apa yang lahir dari hati, insyaAllah itu yang terbaik buat diri ini. Listen to your heart... Sayang semua dan insyaAllah berjumpa lagi kita di tahun 2016.


*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. alhamdulillah.....semoga berjumpa lagi ditahun hadapan

    ReplyDelete
  2. Rasa...

    Macam macam dah lama x datang blog nie... last dtg tahun lepas...

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru. Kayaknya baru pertama kali ini aku berkunjung ke blog ini. Salam kenal

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone : samalah kita bro...lama tak jengah blog DN ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun 2016 memberikan kebahagiaan buat DN ya...

    ReplyDelete
  6. dah dua tahun tak jumpa... hehehee

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^