BeanBurst Coffee & Tea Seksyen 13 Shah Alam

Sekarang ini memang tengah win gerai-gerai yang jual minuman 'hipster' katanya. DN konon-kononnya tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa. Iyelah, asyik tengok orang share sana sini, cakap sedap dan sebagainya, DN mengambil inisiatif untuk mencuba gerai yang menjual minuman 'hipster' ini di kawasan persekitaran DN. Sekurang-kurangnya dapat membantu peniaga melayu untuk terus memperkembangkan perniagaan mereka. Betul tak? Heee....
Entah macam mana DN ternampak gerai Bean Burst Coffee & Tea ini di seberang jalan setiap kali DN u-turn kereta untuk pulang ke rumah. Gerai ini berhampiran dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang dan Kueh di Seksyen 13, Shah Alam. Lebih tepat lagi ia terletak betul-betul di depan kedai Qistinor, Seksyen 13, Shah Alam. Apa lagi? Datang mood lapang DN, DN ajak kakak-kakak ofis teman DN pergi bersiar-siar di sekitar ini.
 Hasil dari sesi soal jawab di sana, maka kami memilih pelbagai jenis warna. Dari kiri, Green Tea, Blueberry, Chocolate, Strawberry dan Yam. Harganya RM5 setiap satu. Kenapa sampai 5? Sebab kebetulan di ofis yang ada ketika itu hanya 5 orang maka, 5 orang inilah yang bertuah untuk melayan karenah DN ketika itu. Heee.....
 Inilah kakak-kakak ofis yang sudi melayan karenah DN. Maaf lah ye sebab terpaksa terima air 'hipster' Bean Burst Coffee & Tea ini. Colorful kan! Nanti bila masa mengizinkan kita cuba yang lain pula. Thanks sudi melayan karenah adik yang sorang ini. Heee....
Apa lagi? Pergilah cuba dan jangan lupa tag @BeanBurstCoffee dan guna hashtag #BeanBurstCoffee tau. Boleh follow instagram @BeanBurstCoffee untuk mengikuti perkembangan mereka. Paling penting sekali, dah masuk kawasan Seksyen 13, kena panggil DN tau. Kikiki.... Apapun, enjoy your coffee! ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

7 Blue Komen:

  1. Akak kawasan dah promote. Kena mai juga nie.

    Tapi risau bila roger, akak kawasan outstation.

    Kalau Bro Char Kuey Teow dihipsterkan, apa jadi ek? Ke jd mcm mana entah?

    ReplyDelete
  2. untungla kakak2 ofis dapat air hipster haha

    ReplyDelete
  3. banyak juga orang buat trend air gelas besar ni ya, apapun semoga terus maju

    ReplyDelete
  4. Amboi DN, dah jadi 'kakak' kawasan seksyen 13 ya?

    ReplyDelete
  5. wah menarik, warna dia smooth je takdelah nampak macam terlebih pewarna hihu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^