Beberapa minggu lepas, DN dan sahabat DN, Baizura telah dibawa oleh Mama Siti ke cafe sahabat beliau yang terletak di Cheras. Beliau mengatakan konsep perniagaan cafe sahabatnya sangat menarik dan ingin kami melihat, menikmati serta merasai sendiri makanan dan minuman di sana. Disebabkan Bangi - Cheras tidak jauh, maka DN pun bersetuju untuk ke Aroneb Concept Boutique and Cafe.
Maklumat cafe tersebut adalah seperti berikut :-
Aroneb Concept Boutique & Cafe
No. 9A, Ground Floor, Wisma PZK,
Jalan Suarasa 8/3, Lake Valley BTHO,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi : 9.00am - 9.00pm setiap hari
Email : aronebboutiquecafe@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/aronebdotcoms
Instagram : www.instagram.com/aronebdotcom
Memang menarik apabila digabungkan cafe makanan dan minuman dengan butik yang dibuka kepada mana-mana vendor yang berminat. Boleh shopping sambil relax menikmati makanan, minuman dan bersantai disini. Aroneb Concept Boutique & Cafe ini telah dibuka sejak Mac 2014 dan pernah keluar di slot rancangan Saffiya TV9 serta surat khabar Berita Harian. Antara produk vendor yang terdapat disini adalah seperti berikut :-
1. Alyssa #alyssainstantshawl
2. Aleena #aleenatelekungexclusive
3. Cikedutbysaripdolninot #cikedut
4. Mr Takoyaki Shop #mrtakoyakishop
5. Mini Stylista #ministylista
1. Alyssa #alyssainstantshawl
2. Aleena #aleenatelekungexclusive
3. Cikedutbysaripdolninot #cikedut
4. Mr Takoyaki Shop #mrtakoyakishop
5. Mini Stylista #ministylista
Susun atur di dalam butik cafe ini sangat kemas dan teratur. Pemilihan warna putih menjadikan tempat ini lapang, menyenangkan mata untuk melihat barangan di dalam butik ini dan menyerlahkan produk vendor-vendor yang pelbagai warna. Menariknya, selain daripa tempat duduk untuk menikmati makanan dan minuman di cafe, terdapat ruang bersantai untuk menonton TV. Lebih menarik lagi, cuba cari 2 orang yang tersembunyi dari gambar di atas. Jumpa tak? Hehehe...
Di sudut lain butik cafe ini, terdapat lukisan tangan yang sangat menarik dan unik. Apabila diselidik, rupanya lukisan ini hasil tangan anak pemilik ini. Subhanallah... Cantik kan. Tidak semua orang dianugerahkan Allah dengan bakat sebegini. Mungkin boleh dapatkan khidmat beliau jika mahukan lukisan cantik seperti ini.
Inilah antara makanan dan minuman yang DN cuba di Aroneb Concept Boutique & Cafe ini. Macam-macam ada sebenarnya seperti lasagna, cakes, macaroon, spaghetti tetapi faham-faham sahaja, perut ini bukannya besar mana pun nak cuba semuanya. InysaAllah DN akan kembali lagi ke sini untuk mencuba menu selainnya. Jom! ^_^
Landmark ke lokasi adalah seperti berikut :-
- Sederet TNB Bandar Tun Hussein Onn.
- Berhadapan Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn.
- Sebelah Vape Don.
- Berdekatan Poliklinik @ Hospital Azzahra.
- Berdekatan Masjid Besar Bandar Tun Hussein Onn.
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
skarang byk butik ada cafe camni...sambil shopping lps tu leh lepak kt cafe plak kn
ReplyDeleteMacam menarik je deconya
ReplyDeletemenariknya minuman tu.
ReplyDeleteHi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDeleteBoleh habis ke sha segelas minuman tu, tak manis ke?
ReplyDeletemeleleh habis tu..cam sodap je tu
ReplyDelete@mama tisya tak pon jadi husband tunggu wife habis shopping kan hehe
ReplyDelete@Raihanah Ahmad memang menarik nampaknya tu
ReplyDelete@Noriza Rahman Momma Vogue tgk DN la kak..sure habis punya haha
ReplyDeletewah! hipster ni.
ReplyDeletep.s: uncle pun cadang nak buka kafe nanti. datang la ya beri suppor kalau jadi buka :D
@mama tisya minum air sambil shopping
ReplyDelete@Bro Framestone kan. bro bila nak buka satu macam ni?
ReplyDelete@Uncle Zuan ke sambil shopping minum air?
ReplyDeleteni yang dikatakan "menyelam sambil minum air"...hehe
ReplyDelete@JMR : kalau JMR belanja ni...lagi bertambah sodap...hehe
ReplyDelete@Uncle Zuan : wahh...nak buka cafe ye nanti ? bila ? boleh aku try...hehe
ReplyDeleteSedapnya sebab ada Mr.Takoyaki...bila nak boleh pi sana ni
ReplyDeleteI wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. Gebäudereinigung Northeim
ReplyDelete