Meraikan Pengomen Tegar Julai-Disember 2015

Assalamualaikum... Selamat pagi... Sudah bangun belum? Lepas solat Subuh jangan tidur semula tau. Buat lah apa-apa kerana berpagi-pagian itu InsyaAllah ada keberkatannya sehingga bangun keesokan pagi. Heee... 

Hari ini bukanlah niat DN untuk bagi tazkirah, tetapi hanya ingin bercerita sedikit kisah DN meraikan pengomen tegar blog ini bagi bulan Julai-Disember 2015 yang telah diadakan pada 23 Januari 2016 yang lalu. Lokasi yang menjadi pilihan DN kali ini adalah di H-Gallery Cafe Sunway Nexis Damansara.
Jemputan Makan Malam Sesi 2 2015 telah diumumkan dan mereka yang dapat menghadirkan diri adalah seperti berikut :-
Noriza Rahman - 6 bulan (75 komen)
Bro Framestone - 5 bulan (35 komen)
Ezad Skytech - 4 bulan (39 komen)
JMR - 4 bulan (38 komen)

Seperti biasa, jemputan DN adalah untuk seisi keluarga kerana DN percaya apa-apa yang dilakukan dengan keluarga lebih seronok dan meriah. Ternyata hari tersebut sangat meriah lebih-lebih lagi apabila melihat telatah anak masing-masing. Bukan sahaja ibubapa dapat berborak di alam nyata, anak-anak juga dapat berkenalan dan bermain sesama mereka.
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi pengomen tegar yang setia meninggalkan jejak di blog ini, DN meraikan mereka dengan memberi kebebasan untuk mereka memilih apa sahaja makanan dan minuman yang ingin mereka makan pada hari tersebut. DN sendiri memilih Meatball Stuff with Mozarella untuk makan malam. Ia terdiri daripada meatball marinated with herbs and stuff with mozarella cheese and braised in homemade tomato herb sauce, top on pasta and drizzle with basil garlic oil.
Untuk minuman pula DN telah memilih You Are My Sunshine. Sweet sahaja nama minumam smoothies ini kan. Minuman ini terdiri daripada blended lemon and ginger with marshmallow topping.
Selesai sesi makan malam sambil berbual mesra merapatkan silaturrahim sesama blogger, DN memberikan sedikit cenderahati kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini. DN hargai sangat-sangat komitmen dan kesungguhan yang telah kalian berikan terhadap blog yang tidak seberapa ini. Moga ukhuwah yang terjalin sesama kita akan kekal berpanjangan selamanya.

Tahniah diucapkan kepada blogger Ezad Skytech kerana telah menjadi blogger pilihan sepanjang tahun 2015. Beliau telah mengungguli dengan komen terbanyak selama 9 bulan dengan jumlah komen 173.
Sebelum bersurai, kami bergambar beramai-ramai di depan H-Gallery Cafe. Terima kasih H-Gallery Cafe atas layanan dan makanan-makanan yang sedap untuk kami semua. Moga perniagaan anda akan terus maju dan terus menyajikan menu-menu yang sedap untuk pelanggan anda. 

Antara entry sahabat blogger yang boleh kalian baca :-

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. La, 9 bulan je ke.. boleh kejar tahun nie

    ReplyDelete
  2. Meriah la..tahnian utk deqnoor meraikan pengomen setia

    ReplyDelete
  3. Meriah la..tahnian utk deqnoor meraikan pengomen setia

    ReplyDelete
  4. banyaknya komen tu, memang tak terkejar...apa2 pun tahniah buat semua ;)

    ReplyDelete
  5. Banyak juga MV buat komen ya, tak sangka serajin tu membuat komen di blog DN ni...

    haha

    ReplyDelete
  6. Terima kasih DN..tahun ni nak kena komen banyak banyak lagi cam Ezad la

    ReplyDelete
  7. @mama tisya deqnoor sentiasa meriah meraikan pengomen tegar beliau. bila la DN nak sponsor trip pulak ek? :p

    ReplyDelete
  8. @JMR korang mesti bosan tanpa aku kan?

    ReplyDelete
  9. @Uncle Zuan ye kot bro, tanpa ko..tp mcm lebih meriah je tanpa bro haha

    ReplyDelete
  10. @Uncle Zuan kalau sponsor trip, DN kena update hari2, then kena komen kaw-kaw la kan

    ReplyDelete
  11. @Noriza Rahman Momma Vogue MV mmg rajin per..kat mana2 ada komen dr MV hehe

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone : tu pun saya jarang2 komen bro...tahu2 je 9 bulan mengungguli senarai pengomen tegar blog DN...hehe

    ReplyDelete
  13. @mama tisya : deqnoor memang rajin meraikan pengomen tegar blognya...hehe :D

    ReplyDelete
  14. @Muhammad Khairuddin Lim : boleh je joinkan diri...rajin2 kan tinggalkan komen di blog DN...tu je...hehe

    ReplyDelete
  15. @siti hazreen : komen terkumpul...tak sangka boleh komen sebanyak tu pula kat blog deqnoor ni...kih3

    ReplyDelete
  16. @JMR : bulan Januari sy kasi chance bro...jom start mengejar sekarang...hehe

    ReplyDelete
  17. @JMR : tak sangka pun da komen sebanyak tu...terkejut juga malam tu bila diumumkan pengomen terbanyak sepanjang tahun 2015...hehe

    ReplyDelete
  18. @Uncle Zuan : haha...ye ke...aku tak perasan la pula bro...meriah je aku tengok...kan bro JMR...haha

    ReplyDelete
  19. @JMR : kalau hari2 update...hari2 komen tak tinggal la...HAHA

    ReplyDelete
  20. @Uncle Zuan : haha..ko pula bila nak start mengejar ni bro...hehe

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^