Royal Lighthouse Villas Boat Lagoon Phuket Thailand

Sebenarnya, ini kisah tahun lepas. DN menulis di sini untuk rujukan DN di masa akan datang dan juga mereka yang perlu. Selepas ke Chiang Mai, DN mengambil penerbangan ke Phuket pula. Penerbangan Chiang Mai - Phuket mengambil masa sekitar 2 jam. DN memilih untuk menginap di Royal Lighthouse Villas Boat Lagoon sepanjang 4 hari 3 malam DN di Phuket. Perjalanan dari airport ke tempat penginapan DN mengambil masa sekitar 30 minit. Ia merupakan villa persendirian dan DN memilih two bedroom apartment sepanjang menginap disini. Pertama kali DN menginap disini dan kemudahan yang disediakan diluar jangkaan DN.
DN dibawa menaiki buggy untuk ke apartment DN. Apartment ke? Ini rumah teres, bukan apartment. Hmm... Mungkin penginapan DN dinaiktaraf. Agaknya lah. Heee... Mungkin juga disebabkan lokasi setiap rumah jauh antara satu sama lain, kemudahan buggy ini disediakan. Selain itu, terdapat kemudahan pool, jacuzzi, gymnasium, games room, restaurant, bakery, convenience store, cafe house, car & motorbike hire di sekitar kawasan ini. Memang lebih selesa menaiki buggy ini jika hendak ke mana-mana. Tetapi jika ingin mengambil angin sambil bersiar-siar di kawasan ini, keadaan persekitaran tetap selesa. Jom DN tunjukkan 'apartment' yang DN dapat ini.
Ini adalah ruang tamu rumah ini. Memang sangat besar dan selesa dengan sudut sofa dan ruang makan jauh antara satu sama lain. Kemudahan wifi juga disediakan di dalam rumah ini.
Ini pula ruang dapur. Kelengkapan disini sangat lengkap dan kalau rajin memasak disini, memang tidak perlu makan diluar. DN mestilah memilih makan di luar. Paling selalu masuk ke dapur ini pun sebab masak air buat kopi. Heee...

Di tingkat bawah ini terdapat bilik air untuk kegunaan di bawah. Segala keperluan tuala, sabun mandi dan tisu telah disediakan di dalam bilik air ini.
Jom kita naik ke tingkat atas pula. Di tingkat atas terdapat dua bilik yang besar dan selesa. Jom kita menjengah ke atas.





 Ini adalah bilik tidur utama. Serba serbi lengkap di dalam ini. Apabila sudah berada di dalam bilik ini, memang malas sahaja hendak keluar ke mana-mana. Lebih-lebih lagi siaran TV di sini kesemuanya seronok-seronok belaka.
Bilik mandi di tingkat atas ada pintu masuk dari bilik tidur utama. Di dalam bilik mandi ini terdapat bath tub dan kemudahan seperti tuala, sabun dan tisu juga disediakan di bilik mandi tingkat atas ini.


Ini pula bilik kedua. Bilik kedua juga besar dan tetap ada LCD TV serta ruang bersantai. Memang serba-serbi lengkap seperti di bilik utama.
Jika dilihat pemandangan luar dari rumah ini ketika berada di bilik tingkat atas mahupun di ruang tamu tingkat bawah, semuanya cantik-cantik belaka. Memang terlalu mewah untuk DN. Tahu tempatnya sebegini, memang DN bawa ramai-ramai datang sini. Huhuhu...
Agak-agak lewat petang tidak mahu ke mana-mana, boleh bersantai di boat lagoon ini sambil minum kopi. Memang terbaik. Maklumat tempat ini adalah sseperti berikut :-
Royal Lighthouse Villas Boat Lagoon
22/1 Thepkasattri Road,
Phuket, Thailand

InsyaAllah DN akan datang lagi ke sini tetapi kali ini ramai-ramai pulak. Sayang rumah besar tapi bilik tak guna. Siapa nak ikut? Heee....
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. DN memasak? Bagi bro gelak guling2 sat

    ReplyDelete
  2. wahh...besar dan luas ni DN...DN sorang je ke masa ke sini ? berapa harganya ?

    ReplyDelete
  3. @Uncle Zuan : tak habis guling lagi tu...4 hari 3 malam baru habis...hehe

    ReplyDelete
  4. cantik..kalo besar camni mmg sesuai dtg rmi2

    ReplyDelete
  5. cantik, kemas dan nampak selesa. ramai2 sewa best ni

    ReplyDelete
  6. Cantiknya DN, bila la MV berpeluang nak pegi ni

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum DN...bestnya besar n cantik betul...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^