Tempat Yang Sudah Dilawati Sepanjang Tahun 2015

2015 membawa pelbagai cerita dan pengalaman. Memang tahun yang seharusnya terus disyukuri kerana Allah sentiasa bersama hambanya yang lemah ini. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk DN terus bertemu dengan insan-insan yang baik budi pekerti, disayangi, dilapangkan rezeki dan dikelilingi dengan insan-insan tersayang terutama keluarga tercinta.

Walaupun perancangan 2015 tidak semuanya dapat dipenuhi terutama perancangan untuk menjejakkan kaki ke Jepun, tetapi DN yakin Allah has a better plan for me (smiling). InsyaAllah DN tetap akan ke sana satu hari nanti. Doakan DN ye... :)

Jadi, ke mana DN telah pergi sepanjang tahun 2015? Sebenarnya DN banyak ke negara jiran sahaja tetapi tidak semua DN dapat kongsikan di sini. DN cuba kongsikan cerita DN semampu DN ye sahabat semua.

1. Bali, Indonesia
Tahun 2015 merupakan kali ketiga DN menjejakkan kaki ke Bali, Indonesia. Disebabkan itu DN tidak kongsikan pengalaman DN semasa di sana memandangkan DN pernah kongsikan di entry DN sebelum ini. Kisah DN di Bali boleh lihat di entry berikut :-
Kunjungi Tempat Menarik di Bali

2. Jakarta, Indonesia
Entah kali ke berapa DN ke Jakarta, DN juga tidak pasti. Kadang sampai balik hari sahaja, pergi pagi dan balik malam. Ada cowok ke di sana? Hahaha... Ada urusan di sana tetapi jika memang jodoh DN orang sana, terima sahaja lah kan. Heee... Terlalu kerap ke Jakarta sampai tak tahu nak tulis entry apa lagi tentang Jakarta tetapi tempat yang harus pergi apabila ke Jakarta ada disini:-
Seharian Bersiar-siar di Taman Safari Indonesia - Cisarua Bogor

3. Ho Chi Minh City, Vietnam
Ho Chi Minh City (Saigon) juga merupakan kali ketiga DN menjejakkan kaki ke sana. Tetapi tahun 2015 DN pergi berdua bersama sahabat DN, Cik Nurul. Memang sangat teruja apabila dapat teman travel yang sekepala ini. Jadinya buat apa-apa atau pergi ke mana-mana senang sahaja. Kisah di Saigon boleh baca di entry ini :-
Seharian Tour Mekong River Vietnam

4. Chiangmai, Thailand
Pertama kali DN menjejakkan kaki ke Chiangmai, Thailang tahun lepas. DN redah sahaja sebenarnya dan disana DN dapat berkenalan dengan teman-teman baru. Itulah seronoknya apabila travel solo ini. Entry Chiangmai masih  belum habis sebenarnya. Antara entry yang telah DN kongsikan adalah seperti berikut :-
Chockchai Elephant Camp Chiang Mai Thailand
Food & Walking Street Anusarn Market Chiang Mai

5. Phuket, Thailand
Pengalaman DN di Phuket, Thailand belum lagi DN kongsikan disini. Gambar-gambar masih tersimpan elok di dalam folder. Entah bila DN hendak bercerita ye. Heee... InsyaAllah... Agak-agak DN terlebih rajin nanti DN semadikan kisah DN disini.

6. Makassar, Indonesia
DN menjejakkan kaki disini atas urusan bisnes dan tidak berpeluang untuk menikmati pemandangan serta keindahan Makassar. InsyaAllah DN akan kembali untuk menikmati keindahan ciptaan Allah disana.

7. Batam, Indonesia
Pertama kali DN menjejakkan kaki ke Batam, Indonesia tahun lepas. Dahulu DN sangkakan Batam ini tiada apa-apa yang menarik untuk dilihat. Rupanya sangkaan DN salah sama sekali. Ada beberapa tempat menarik boleh dikunjungi apabila ke Batam, Indonesia. InsyaAllah DN akan kongsikan pengalaman DN ke Batam tidak lama lagi.

Itulah antara tempat-tempat yang sudah DN lawati sepanjang tahun 2015. Untuk tahun 2016, ada beberapa tempat sudah di dalam senarai DN untuk DN kunjungi dengan izin Allah. Moga segala perancangan berjalan dengan lancar. Doakan DN ye sahabat semua... ^_^

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. Bro pernah pergi Phuket, tapi xde benda nk dituliskan di blog

    ReplyDelete
  2. byk jugak jln2 overseas tgk tmpt org....sronok

    ReplyDelete
  3. tahun ni kena tambah lebih banyak tempat ni DN.

    ReplyDelete
  4. wah, banyaknyer tempat yang dah dijejak..alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. wah banyaknya tempat dah pi. best2 semuanya

    ReplyDelete
  6. Banyak ke Indonesia, Thailan, Vietnam ya DN? Bila nak ke Eropah pula?

    haha

    ReplyDelete
  7. @Noriza Rahman Momma Vogue mungkin DN tggu masa honeymoon nanti kak..hehehe

    ReplyDelete
  8. @mama tisya tgk tmpt org, tambah pengalaman yg best tu

    ReplyDelete
  9. @JMR tahun ni cabar DN buat 2x dari tahun lepas hehe

    ReplyDelete
  10. insha Allah tahun ni zuan nak habiskan SEA :)

    ReplyDelete
  11. semua tempat yang DN senaraikan kan di atas tak pernah jejak lagi..huhu

    ReplyDelete
  12. @Uncle Zuan : semoga dapat habiskan SEA bro tahun ni...hehe

    ReplyDelete
  13. DN baru bali dari Aussie kan? bestnya tengok DN travel sana sini

    ReplyDelete
  14. @Ezad Skytechtime bujang ni elok la pergi ezad, senang nak bergerak..hihi

    ReplyDelete
  15. @JMROh masa honeymoon ya..

    untungla jadi DN

    hehe

    ReplyDelete
  16. @JMRDN ni memang 'kaki' kuat juga melancong ya..

    jangan melencong udah

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum DN..bestnya nak ikut la...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^